Friday, October 10, 2008

Tua

Kesian kan?... Dia dah tua... dah 71... dah nyanyuk.



Pak aku pesan.. kalau tua-tua nanti tak nak nyanyuk, alaaa bak kata orang puteh kat sini dementia atau pun Alzheimer, selalu-selalulah buat solat malam atau Tahajud. Aku rasa dia kurang amalkan petua pak aku kot ni, sebab tu lah tetiba datang meroyan nak bagi datukship kat Shah Rukh Khan tu.

Huh ni yang aku malu nak ngaku anak angkat Melaka. Perkh! Dia pun orang Pahang gak. Orang Pahang jadi Yang DiPertua Melaka, macam tu lah. Bengong! Achum!

Oh! Oh! Aku demand Abang Denan bagi DATUK SERI kat Allahyarham Sudirman Hj Arsyad. (Doakan beliau di 'sana')

18 comments:

mudin001 said...

aku tak salahkan dia... ini ali rustam yang punya kerja...

lelakiyangbaikmacam... said...

ko lah tak nak balik negeri...

achik said...

mmg bengong!!! huhuhu..

cucumatlela said...

memang bengong????pahang dah rejek LAMA....memang melaka bengong..
nasib baik aku bukan org melakee.

akuatik said...

sebengong-bengong org yg bagi datuk kat malik mydin atau s muzafar tu, rupanya ada yg the bengongest wakakaka

khairyn said...

salam

mudin,
sama ja dua-dua bengong. I wonder kalau kat 'satu negeri' tu nak dapatkan datukship kena bayar RM50k, SRK tu bayar berapa rupee? hahahaha

lelakiperasan
Boleh jer balik negeri. Aku bayar cukai pintu cukai tanah apa!

achik
silalah jadi pelakon Bollywood. Lepas ni boleh jadi Tun Achik ke, Datin Amar Seri DiRaja Achik ke hahahaha

cucumatlela
acheh cheh chewah!
Weh! 'Abang Denan' tu bila awok nak dush out nyer???

akuatik
tu laaa aku cakap. Orang Pahang ni (bukan kau kau kau atau kau) masa kecik-kecik dulu tak cukup bitamin. Khasiat tak sampai kat kepala. Kedudukan tu jauh sangat. Naik ketapi pun berejam nak sampai. Tu dululaaaaa.... masa dorang bukan masa korang dan aku hahahahaha

Rayyan Haries Ean Rael=R.H.E.R said...

salam akak,

kak mimi dah sampai ke?

sehat x?

si YTM 2 terlebih minat kat mamat Hindustan 2!!

ieuw...geli i!hikhikhik(gelak mcm keldai)

hakim dirani said...

saya juga malu dengan anugrah tersebut. itu lebih kepada macam mana mereka berfikirkan?

faridmw said...

salam.. susah tul klu dah jadi mcm tu.. beringtla yg kita akan tua.. hehehe berdoa la semoga kita mudah dihari tua...

drbubbles said...

khairyn,

Betullah..malu nak mengaku orang Pahang.Yesterday was talking to a retired soldier in Kelantan, and he remarked,

"SRK diberinya datuk, bagaimana nasib askar-askar yang bergadai nyawa dan berkorban demi tanahair?"

ELLEMILANO7 said...

seumur idup aku ini ler lawak antarabangsa paling best aku dengar!....SRK tu haram tak tau kat mana letaknya melaka tu! Ngapa masa Sean Connery & Zeta Jones mai shooting kat KLCC depa tak dapat datuk pun!

Kalau camtu senang benar nak dapat datukship ye....ko promote ler bandaraya melaka kat glasgow nun kot2 esok balik hang leh dapat title 'datuk' ke 'batuk' ke sukati ler....

Aku pun x paham camne lak dia yang dok pahang leh tetiba jadi Yang DiPertua Melaka? Tapi ajenya yang asal pahang ni suka wat menda merepek2 ni kan,sesuka nak bagi title datuk...waaaaa ngapa kita orang pahang!!!!!

Aku rasa kalau kita kemaruk sangat nak datuk tu kan boleh ler kita pikirkan cara camne nak dapatkan tu....aku cadang kita lompat katak dr tower bridge smpi glasgow selain drp dapat mempromosikan malaysia kita juga akan mendapat tempat nan selesa di tanjung rambutan....gitu ler....

Datuk Shah Rukh Khan...kuikuikui....budusssssssssss!!!!

bimmer553 said...

sebenarnya it's an open secret. dikalangan kekawan yang dah bertitle tu, datukship conferred by melaka di consider sebagai second class datukship. ramai juga kekawan saya sendiri yang terima datukship dari melaka bila ditanya segan nak mengaku dapat title tu dari melaka. bersama shahru khan juga, anak seorang kenalan yang baru berumur 23 tahu (baru graduate last year dari newcastle) pun dianugerafkan datukship. tak tahulah apa jasa dia ke negeri melaka. mungkin sebab lulus LLb dari uni. newcastle upon tyne kot, atau mungkin dia keturunan hang jebat kot. tapi yang sah rakan saya tu memang close dengan KM. khairyn bila lagi nak demand ???

IRA said...

mungkin sebab politik negara pun dah macam cerita bollywood...

nak gelak ada.nak nangis pun ada.

khairyn said...

Rayyan
Kak Mimi sampai aje, terus pi beraya :)
Gilalah dorang ni. Lepas ni nak bagi kat sapa plak? Catherine Zeta-Jones plak ke? kot la Jodie Foster Chow Yun Fatt ke? hahahah

hakim
Sedih memang sedih. Dah tiba masanya orang macam ni diganti dengan orang yang boleh berfikir dengan waras.

farid
amiin. :)
Takut tengok orang tua-tua yang nyanyuk macam ni

Dr Bubbles
Ramai lagi yang deserve dapat gelaran macam ni. Tapi tulah, orang yang berjuang tu mana ada duit nak beli datukship ke apa ke.
Err.. doc tak nak cuba-cuba ke? Kan ke buat banyak program kemasyarakatan hahahah

Elly
eh eh.. ko bukan orang Ipoh ke? hahahaha
Tu nak sangat bagi kat artis tu bagi jer la kat Allahyarham Sudirman tu. Allahyarham P. Ramlee pun dah bertahun meninggal baru dapat gelaran Tan Sri. Duit Royalti yang berjuta banyak tu pun tak settle lagi.
aish! Dah orang melaka tak ada yang layak nak jadi YDP, tu yang dia dpt jawatan tu hahahaha ye la tu.

bimmer
ha ah. Memang member pun kata kalau dapat datukship dari melaka rasa macam second class jer sebab tengok list datukship dari sana tu dapat kat tahapa-hapa orang. Semuanya duit. Siapa sanggup bayar, dapatlah datukship. Boleh haggle lagi. Tu kan kira duit senang.
Hohoho nak demand datukship? Nak mintak scholarship/sponsorship dari Kerajaan Pahang nak study pun kena reject. lalalalaa

ira
hahaha.. well said.
Jom tengok sambil makan popcorn. :)

akirasuri said...

sy pn nak tuntut title datuk gak la..

hahah

ńĕĕń said...

Salam...

bila sesorg tu dpt title datuk, antara yang biasa ditanya... negeri mana yang beri? kalau disebut salah 1 dari 2 negeri tu, org mcm tak heran ...

hahaha

Anonymous said...

Baik bagi gelaran Dato' kat jackie Chan plak lepas neh. Pastu bagi kat aiswarya rai, pastu bagi kat andy lau, pastu bagi kat eddie murphy plak dan seterusnya sampai abis satu bolly..holly, cholly wood... hukhuk..

Salam Kak, Salam Eidulfitri, Maaf Zahi & Batin yer. Kak sihat? ;)

DeeN

khairyn said...

akira
boleh boleh.. berapa nak?

neen
salam
ya ya.. hahaha memanglah. Orang kita taksub dengan gelaran.

nur
tu lah dia... bagi semua kat pelakon dari situ.. err jangan lupa.. bagi kat belah timur gak.. tu korean celebrities tu jgn lupa pula hahaha
Khabar baik... Nur apa khabar? Selamat Hari Raya