Tuesday, April 28, 2009

Halamak!

Sejak kebelakangan ni tiba-tiba pula suka makan roti. Dua minggu lepas asyik makan roti disapu butter and jam hehehehe. Dalam seminggu tu habislah satu buku roti. Jem pun dah nak habis, tinggal sipi-sipi jer. Minggu lepas pula beli peanut butter pulak huhuhuhu.. Ada lagi.

Jadi memang hampir tiap-tiap hari menu sarapan pagi aku adalah roti ngan air kosong hahahaha. Teringin gak nak bawak kopi tapi tak dan pulak nak membuatnya. Tu lah orang suruh bangun awal tak mahu. Mana sempat nak siap-siap pas tu nak buat air kopi dalam masa 40 minit jer hahahaha.

Roti ni aku makan masa aku rehat sambil baca suratkhabar Metro percuma yang aku ambil dalam bas. Pagi tadi tak terkecuali. Sambil kunyah-kunyah aku bacalah suratkhabar. Baca pasal Selsema Babi yang tengah panas dan happening sekarang ni. Scotland dah dapat satu kes dah. Kat Falkirk. Couple yang baru balik dari bercuti di Mexico huhuhuhu.

Tengah-tengah baca tu, aku tibalah ke mukasurat 13. Tajuk besarnya "Veggies must use their loaf when buying bread". Apa hal cerita pasal roti ni? Perenggan pertama berbunyi.

"MOST bread sold in shops is not fit for vegetarians because it is baked using animal products, food campaigners say."

Alamak! Tak jadi nak telan roti yang dah dalam mulut.

At least 90 per cent of loaves are made with additives which could include enzymes from the pancreas of pigs

Huwaaaaa!!!!!! Biar betul. Aku selalu beli jenama Hovis sebab kat situ ada label kata suitable for vegetarians.



These are used to speed up the baking processs. But because they are destroyed during cooking, bakers are not required to list them as ingredients, according to the Real Bread Campaign Group.
These claims cast doubt on the vegetarian status of pre-packaged and in-store bakery bread, said Philip Lowery, director of the campaign, which represents local and organic bakers.
"This is a significant issue for vegetarians, vagans and Muslims, whom I believe would be outraged if they knew this was in their bread," he added.
"We have written to the industrial bakers, asking them to voluntarily label their bread or stop using these additives but have yet to get a reply."

Sepanjang-panjang aku baca artikel ni, aku tak sanggup nak telan roti yang aku dah kunyah lumat. Huwaaaaa!

Campaign organisers are offfering the public warning stickers to put on bread and urging them to sign a petition against additive use.
The Federation of Bakers which represents makers of leading brands suc as Warburtons, Hovis and Kingsmill, said consumers need not worry.
"UK bakers habve nothing to hide. All wrapped bread produced in the UK is clearly labelled and strictly adheres to EU legislation," said director Gordon Polson.

Fuh! Lega.... Boleh telan dah. huhuhu... erk

Tapi dia tak de plak cakap, roti-roti dia tak guna addititive kan? Alahai.....

10 comments:

saffaa saidatul said...

kesian...
kesian kt peminat roti..
huhuhu

Kehelan said...

salam...

teringat pulak satu citer...

ada satu non-muslim pernah ckp kat kawan sy, muslim nih ckp jek tak makan babi dan sewaktu dgnnya... tp dlm tak sedar tuh sepanjang hidup nih agaknya dh 3 ekor babi masuk dlm mulut!

makanan2 kat malaysia ni rupanya masih boleh diragui kehalalannya..

orangjahat said...

perrghhh..

savor the flavor sehhh..

hahahhhaa..

sufiyyah zulkifli said...

huhuhu.
alhamdulillah, dapat ugak ditelan.
uhuhu.
bahaya roti...

izinni said...

hang buat roti sendiri la yonggg .. heheheh
uli uli uli jangan tak uli. mesti muscular jadinya tangan tu ... huhuhu

khairyn said...

salam

saffa
alahai.. terbantutlah dengan pemakanan roti selepas ini XD

Kahelan
Kena hati-hati dengan makanan yang mengandungi bahan E. Kalau yang E441 tu memang dah sahlah dari haiwan. Selalu beli barang yang ada tanda suitable for vegetarian or vegan jer kalau nak selamat huhuhu

OJ
nak makan Walker Crisp bacon flavour nak tak nak nak nak? hahahaha

suffiyah
bukan setakat bahaya roti jer bahaya makanan yang diproses secara mass produced ni. Hati-hati membaca ingredient di label makanan ;)

izinni
huhuhuhu dah tengok2 bread maker dah ni lalalalala

KAMATO said...

memang kadang2 susah makan makan roti kat oversea

ona said...

Malaysia mendakwa sebagai halal hub for food tapi kalau gi medan selera yang jaga di kaunter depan indon bertudung tapi tokeh cina bukan islam...

pasal kopitiam yang berlambak di msia lak hanya 20 persen je ada sijil halal, HDC (yang kononya pengeluar sijil halal) kata apabila ditanya reporter pasal status halal kopitiam, dia cuma kata suka hati lah orang Islam nak masuk kedai tu atau tidak..ikut masing-masing..ada ka jawapan macam itu. inilah apabila orang yang bukan arif agama yang mendapat kontrak untuk kuau sijil halal..cable mesti kuat...

ona said...
This comment has been removed by the author.
kingbinjai said...

mcm anak akuyang suka roti hehehe