Wednesday, September 02, 2009

Bosan

Hari-hari makan nasi briyani pun bosan gak kan?


Hari-hari makan nasi hidang pun boleh rasa bosan gak kan?

Hari-hari makan ayam, boleh tak raya bosan?

Tak kut... hahahaha

Dah beberapa hari aku tak ke Sumsa untuk iftaar. Bukan apa, asyik hujan aje petang-petang.. sejuk pula nak keluar. Nak lepak library saja pun tak boleh sebab sementara sekolah belum buka ni, library tutup pukul 5pm. Jadi, nak tak nak, tengahari aku balik rumahlah. Tu yang nak keluar balik petang-petang dekat waktu Maghrib tu agaklah lemah sikit, terutama bila hujan kat luar huhuhu.

Memandangkan kemalasan tu dan berseorangan berbuka, aku masak ajelah makanan yang aku teringin nak makan. Ahad lepas berbuka kat rumah akuatik sebab dia teringin nak makan nasi dagang. Percubaan pertama buat nasi dagang guna ketuhar gelombang mikro. Jadi juga. Cuma kurang masin sebab si akuatik guna garam bukit kasar. Gulainya pula guna ikan mackeral. OK jer masuk tekak aku.

Isnin plak sebab sorang je kat rumah, aku pulun buat nasi lemak je. Sambal ikan bilis, goreng ayam dan telur. Sahur plak? huhu.. aku makan jagung manis dalam tin hahaha..

Semalam, akuatik bawa tetamu dia datang rumah. Aku pun berkira-kira nak masak apa agaknya. Hari tu aku ada beli tiga tin jagung manis, jadi aku ingat nak buat apam balik jer. Dan oleh kerana ada kebosanan dengan nasi, aku tukar menu. Buat meehoon goreng je. Campak sayur campak udang. Kayuh!

Jadi pagi tadi pun aku taklah makan jagung manis dalam tin, aku habiskan meehoon jer hahaha.

Apam balik
2 cawan tepung
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
1 camca teh soda bicarbonate
1 camca teh baking powder
1 1/2 cawan air
taburan - gula, kacang (kisar kasar) dan jagung

Cara
1 - pukul telur dengan gula sampai kembang
2 - masukkan soda bicarbonate dan baking powder
3 - masukkan air
4 - masukkan tepung
Adunan siap.

Lebih senang kalau gunakan non stick pan. Sapukan minyak sikit dan masukkan adunan ikut suka ketebalannya.

Satu adunan boleh dapat lebih kurang 5 apam (guna pan sederhana kecil)

16 comments:

Dura said...

Wow wow wow Ny ..sorang2 pun jadik jugak aktiviti main masak2 ..hehe

nasi goreng peria apa khabar?.
Makan time sejuk2 hujan2 ni sodapppp ..buat makan sahur pun walla :)

Mimiamilia said...

kenapa time i ada kat umah tak buat pun apam balik tu...ermmm

khairyn said...

Salam

Dura
kat sini peria mahal sangatlah. Hari Ahad lepas pi kedai cina, nampaklah peria. Ingat nak beli tapi tak jadi la plak. Dun wori... balik mesia sok, aku buat nasi goreng peria hahaha..
Weh! Kak aku pun terkenang2 nasi goreng peria aku hahaha

Mimi
Ohkek, memandangkan kita ada pan yg best, u balik sini kita buat apam balik kay!
Amacam gerai tepi jalan hari ni? Laku ke? hehehe

hazeleyed lady said...

Salam
Syabas...jauh di perantauan...menu melayu tetap di hati...
Apam balik tu nampak sedap...minta resepi...hahaha

khairyn said...

King
Salam ramadhan. Semoga amalan kita diterima Allah :)

Hazeleyed
salam
Hehehe... betul tu. Tekak Melayu la katakan
Err resipi apam tu senang jer.
nanti saya tuliskan ye

izinni said...

ayam adalah yang paling best dalam dunia. ayam goreng, ayam percik, ayam golek, ayam panggang, ayam bbq, ayam rendang, ayam sambal, ayam masak merah, ayam kicap, ayam asam pedas, ayam masak lemak, ayam kari, ayam chop .. and list goes on and on and on .. hehehehe

rezeki said...

Salam,
alhamdulillah, mmg sama je kita semua. kdg kala my mrs spi tak tahu nak masak apa, makan ikan tiap2 hari pun bosan juga, ayam & daging pun gitu juga. Bukan kita tak bersyukur, tapi dh nama tekak manusiakan.
Tu yg keluar menu conkodok la, spagetilah dll utk nak ubah selera.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kagum..kagum...kagum aku tgk hang leh buat apam balik! selalu kalau nak apam balik pergi je beli kat pasar malam, pasni kalau hang balik aku nak hang buatkan! itu jagung dlm tin aku beli extra sbb sambil masak hang boleh makan yg dlm tin tu..hehehe

kalau Dura tgk ayam mesti ingat kat hang, kalau aku lak tgk peria mmg ingat kat hang! lagi satu air tebu ngan tapai pulut...mmmm terliur x? terliur x?

achik said...

nak try la buat apam balik.. makasih bagi resepi.. :)

khairyn said...

izinni
ya ya... itu adalah binatang kegemaranku hahahaha. Malam semalam nasi ayam.. malam ni nasi minyak dengan ayam percik plak kekeke.. Alhamdulillah, murah rezeki di bulan ramadhan ni. seminggu sekali jer dapur aku digunakan hahaha

rezeki
salam
ya sungguh bagai dikata. Kadang2 sampai tak tahu nak masak apa. Alhamdulillah juga kat sini tak de la teringin yang bukan2. Tapi yang best bila dapat jemputan berbuka puasa hehehe.. murah rezeki
Ahah! Kat rumah ni ada pisang lembik sebiji, elok gak kalau dibuat cekodok pisang hihi

Elly
hahaha.. kalau aku buat mesti jagung ngan kacang kasih lebey punya. Kat pasar malam tu kedekut, jagung ciput. Aku la ni dah jadi macam kau plak.. suka sangat dengan jagung tapi air jagung still aku tak leh telan lagi hahaha
Bestnya kawan-kawan aku associate makanan ngan aku hahaha.
Nasi goreng peria tu dah lama aku tak buat.. ada peminat rupanya nasi goreng peria tu hahaha

khairyn said...

achik
sila la buat apam balik tu.. senang sangat.. tapi yang penting pan atau kuali leper tu jenis yang tak lekat.

Kalau menjadi, silalah tayang kat blog ye hehehehe

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Khairyn,

wah power betul orang Glasgow, siap buat apam balik lagi.Bila teringat kenangan berpuasa di Bradford dulu,rasa seronok dan rindu pulak dengan juadah simple berbuka ketika di sana,or dok bertandang ke rumah postgrad mencari makanan berbuka yang sedap-sedap.

Kat sini, dah bosan dah melayan makanan pasar ramadan. Mahal dan tak berbaloi.

Nur,Bintun Wan_AbZa said...

Salam..kagum2 org dok oversea pun pandai masak and sempat wat macam2..selalunyer apam balik ni beli je..n nasi dagang plak tau makan jer yg mak wat..nmpaknyer sy kene dok jauh2 yg x blh blk umah mak agaknyer baru blh blaja masak...

Unknown said...

memang jemu mkn menu yg mcm nk serupa je.

hari ni aku blk kg, haruslah kumencari nasi ambeng kt bazar ramadhan. 5 hengget sepinggan beb. kongsi 3 org mkn. haha.

KAMATO said...

kalau sorang nak mengabis 5 keping apam balik tu jenuh juga

mama ju said...

Masa mama kat san maama belajar resepi apam balik dari ustaz...kat san semua boleh buat kan..