Monday, September 07, 2009

Innalillahi wa inna illahi roji'un

Antara politik dan agama.

Antara kasih sayang dan benci




Al-Fatihah dan semoga rohnya Mariam Johari mendapat belas dari Allah swt.

Hanya Allah yang maha mengetahui derita dan siksa yang dia tanggung. Ya Allah lapangkanlah kuburnya, jauhkan dia dari siksa kuburMu, jauhkan dia dari azab api nerakaMu. Hanya kau yang maha Mengetahui.

Sabda Rasululullah:
Apabila seseorang itu mati, terputus segala amal solehnya kecuali tiga perkara
sedekah jariah
ilmu yang dimenfaatkan
doa anak yang soleh.

Semoga anak-anaknya tetap mendoakan kesejahteran ibu mereka.

link
Mariam Meninggal - Berita Harian
Tua - http://ohmegosh.blogspot.com/2007/06/tua.html

6 comments:

rezeki said...

Salam,
Cuma kita tak tahu agama apakah yg dianuti ketika ia meninggal dunia. Hanya Allah maha mengetahui.

Salam Nuzul quran

khairyn said...

Salam Nuzul Quran buat rezeki.

Kisah beliau sungguh menyayat hati sebenarnya. Saya tahu dari sahabat yang pergi menemubual beliau sendiri. Terlalu banyak yang tersirat. Apa yang kami yakin, ini semua bukan kehendak beliau. Semoga Allah kasihi beliau.

BaYu SenJa said...

Kematian seseorang, satu pendidikan untuk orang hidup!

Selamat Memenuhi Tanggungjawab Ramadhan.
Semoga tergolong dalam golongan Muttaqin!

Salam Ramadhan. Selamat memburu Lailatul Qadar!

Selamat menyambut syawal ;)

onna said...

salam,

Mariam adalah mangsa keadaan, mangsa sistem dan mangsa segalanya. Mana ibu yang sanggup tinggalkan anak. Cuma keadaan dan kekejaman manusia yang memaksa. Anak2 dia kena tahu perkara sebenar, jika tidak masyarakat akan terus menyalahkan makcik Mariam...al-fatihah

Dura said...

Sedih ..pilu..antara agama ..mangsa keadaan dan pendirian. Semoga Allah swt mengampuni segala doasa2 arwah .. Kita sbg hamba tak tahu apa sebenarnya yg tersurat dan tersirat..semuanya di luar kawalan kita.Allah maha megetahui ..maha pengampun ..hanya doa dan al fatihah utk arwah ..amin..

khairyn said...

Bayu
Memang betul, ia untuk peringatan pada yang hidup
Selamat memburu Lailatul Qadr untuk Bayu juga :)
Eid-Mubarak untuk Bayu and family :)

Mona
Allah yang tahu penderitaan dia kan? Sebenarnya dia sangat kuat. Tapi kalau betul dia buat wasiat tu, aku terfikir apakah sebenarnya yg buat dia putus asa sampai macam tu sekali.
Memanglah dia mangsa kekejaman manusia.
Betul cakap ko, kalaulah masyarakat tahu or even anak2 dia tahu apa yg arwah lalui mesti dorang takkan cakap2 buruk pasal arwah
Semoga Allah belas atas arwah

Dura
Betul.. sayu sangat2. Aku yang mendengar cerita tu pun rasa sedih. Bayangkan dia seorang diri, disiksa lahir batin. Ya Allah... berat telinga yang mendengar berat lagi bahu yang memikul beban.Tu aku sakit hati sangat bila dengar or baca orang mengata pasal arwah. Apa yg dorang tahu pun?? Pandai kritik tapi tak mahu pun hulur tangan atau doa membantu semasa dia hidup.
Semoga aku tak lupa sedekah doa untuk arwah dan arwah insan2 yg terdekat dengan kita.. :(