Cerita Balik Kampung
Cik mimi pulak, hari tu dok tanya-tanya bilalah osmet dia nak balik, bila osmet dah balik dia tinggalkan osmet dia sengsorang kat rumah dua malam berturut-turut.. amacam tu? Sila jawab juga ye cik mimi, hehehe
Tadi dah contact kawan-kawan satu kelas, depa pun dok tak sabar nak tau cerita pasal apa aku lambat balik hahahaha.. Nanti ada mood aku ceritalah pasal apa aku lambat balik ke Glasgow. Sebabkan tu jugak aku tak boleh ambil kelas tangan pendek hehe (shorthand) sebab kelas tu kelas intensif dan sekarang dorang semua dah kat modul 14, memang tak terkejar la.. tapi tak pe sebenarnya memang aku in two minds tak nak ambik ke nak ambik. Sebab dah macam ni memang tak leh ambik la jawabnya hehehe. Kena ambil kemudian atau secara persendirianlah jawabnya nanti.
Glasgow sekarang ni macam selalu gak, langit mendung dan dingin. Hehehe... aku tak komplen tapi alhamdulillah tak hujan, kering. Alu tengok orang dah mula pakai jaket tebal dah. Aisey, hari tu balik lupa pulak nak beli kasut sukan sebab kat sini mahal sikit. Kasut sukan yang ada pun dah berlubang-lubang hehehe... kena beli kasut ke ni? Ohkek, esok boleh tengok kat kedai, cari yang murah.
Hari tu balik sini pun dah extra 3kg sebenarnya. Nasib baik mangga mak tak boleh bawak balik, kalau tidak entah berkilo-kilo aku angkut. Yang berat bukan bawak apa sangat cuma buku-buku.. tu jer lah kerjanya. Hantar buku, angkut buku. Huk aloh baru teringat, buku Shamsiah Fakeh ada kat Izinni.. Weh! Aisey tu ada orang nak bacalah plak. But it is a very good book, highly recommended untuk sesiapa yang nak tahu cerita sebenar tentang perjuangan untuk memerdekakan negara juga perjuangan seorang wanita.
Memang lega sesangat dah dapat balik ke Glasgow. Bukan apa, fikirkan ada satu tahun lagi aje nak habis, sayanglah kalau tak dapat kejar belajar ni. Benda ni yang buat nak holiday kat negara sendiri jadi tak berapa nak best. Walau apapun seronok dapat jumpa mak dan kawan-kawan sehati sejiwa ni hehehe.
Jadi apa aktiviti kat Tanah Malaya?
Tak de apa sangat sebab asyik melayan mak aje. Dari hantar dia pi pasar pagi, pi buat paspot dia, pi book untuk umrah dia, pi antar dia untuk aktiviti dia yang lebih padat dari aku hahaha... Nak online jangan haraplah. Super duper slow walaupun aku beli broadband Celcom dan tempat aku ni kira dekat gaklah dengan universiti. Rasa macam nak tarik-tarik rambut jer tunggu loading. Tu yang aku tak dak update blog ka cek emel selalu. Sedey sebab dah biasa dengan internet connection yang laju ni hehehe.Aktiviti tetap pagi Jumaat, kami pi ziarah kubur arwah abah. Perkh yang ni memang tak ada ponteng. Panas ke hujan ke memang wajib pergi. Cuma aku kalau kat sana tak boleh nak nangis la, kesian kat mak. Tapi bila dah balik sini asyik teringat teringat dan mesti sedey woo...
Dapatlah tengok wayang cerita tahapa-hapa dari Singapore 'Where Got Ghost' (laugh until you scared, scared until you laugh) huhuhu seronok gak walaupun cuma aku ngan Elly jer Melayu kat dalam panggung tu. Tapi memang betul tagline dia, dalam ketawa-ketawa tu ada gak yang menyeramkan kami berdua hehehe. Dah lambat balik ni sempat lah tengok citer Papadom Afdlin Shauki. Oklah jugak cerita dia, terutama dialog-dialog spontan yang aku suka. Cuma cerita tu guna resipi Hollywood untuk teen movies. Ada rugby ganti football dan ada cheerleader squad plak huhuhu. Tapi, yang paling penting ada Harun Salim Bachik hahahaha.. Beliau adalah sangat kelakar gittew!
Tapi yang sangat best mestilah acara makan-makan. Permintaan untuk mak masak ikan aje. Ayam aku tolak ke tepi buat seketika ahaks! Dapatlah makan puas-puas ikan keli goreng berlada, ikan terubuk bakar, ikan parang masak asam pedas - antara ikan yang aku suka. Beli gak perut ngan paru lembu. Perkh! Sangat sedap bila dilemakkan dan di goreng makan dengan nasi lemak kekekeke. Ya, ya... itu makanan yang kurang menyihatkan huhuhu.
Acara makan-makan diteruskan dengan penuh iltizam dan semangat juang yang sangat tinggi hahaha. Viatnamese beef noodle telah diperkenalkan kat aku masa aku pi Saigon dulu, jadi bila balik mesia memang aku suka makan makanan ni. Masa tu yang ada kat Ampang Point jer, tapi sekarang ni dah ada kat Secret Recipe cuma versi Secret Recipe ni terlebih masinla plak.. tapi apa pun tetap habis.#
MyCikguMas plak belanja aku makan steamboat kat Johnnys Alamanda hehehehe... gambor dia ada tapi kang aku tepek kat sini kang kena marah, jadi tepek makanan aje lah ye hahaha. Biasalah aku ni, dah lama tak memandu kat Malaya, asyik sesat barat aje. Jadi untuk mengelakkan tersesat sana sini, aku dok tanya Elly. Sudahnya tetap sesat masa nak balik umah kakakaka. Apa pun best dapat makan steamboat dan akhirnya dapat jumpa Cikgu Mas ni. Boleh masuk kepala. Lawak orangnya. Cik Elly nak ngurat adik kawan cikgu tu, boleh ke? Boleh? hahahaha
Sesi borak kat kedai makan diteruskan. Kali ni kat KL Sentral plak. Dari sarapan sampai nak masuk makan tengahari sampai tokey kedai pun resah tengok kami dok hogging meja tak nak bangun-bangun. Manalah nak laku kedai macam ni kalau ada orang jenis dok lepak yang tak nak bangun-bangun macam kami ni. Nasib baik tak kena halau hahaha.. tu pun dah bagi hint tapi kami ni jenis ketegaq tak paham bahasa hahahaha.
Cuti-cuti tu sempat gak lah pi kenduri tunang orang kat Ipoh nuu...
Pelamin tunangnya
gambar hantaran 1
gambar hantaran 2
gambar hantaran 3
Mak yang khusyuk mendengar adat Perak+Melaka huhu
Haish! Siapa kata jadi anak bungsu ni senang?
11 comments:
salam khairyn,
alhamdulillah, aktiviti seharian berjalan seperti biasa .
Itulahlah hikmahnya tersangkut lama kat mesia, Dapat lakukan mcm2 aktiviti dan jumpa kekawan. Ni mesti berat pun tambah sikit psl makan je ngeh,ngeh,ngeh
cite psl celcom broadband ni, mmg hampeh. Psl saya pun pakai juga yg rm 68.00 unlimited. Tapi kerap sgt lampu biru tu tukar hijau, bila hijau faham2 jelah. byr je mahal, service outtttt. itulah, malaysia boleh ngeh,ngeh,ngeh
so , bila start kelas ?
rasanya glasgow sekarang semakin sejuk .
salam khairyn,
alhmadullilah...dah balik glasgow... selamat belajar!
Assalammualaikum,mama doakan k sihat sejahtera.Baik2 di negara orang....
kecur air liur tgk mangga tu.. :D
hihihi
nak buat camner...
i ada kelas memalam.
nak balik dah tak larat
:P
wah wah, bertambah kilo la eh.
selamat meneruskan perjuangan dan hepi2 sakan. haha
saja je dok letak gambaq mangga tu nak kasi aku terliur...hampeh!!!!! kalau dah balik kampung tu tetap gak nak tepek gambaq kucing dia tu...cet!
hang dah balik ni xde ler kawan nak pi tgk wayang...malam ni aku nak pi tgk mikel jekson sorg2...boleh?? aku pun x tau ngapa aku nak pi tgk citer tu sbb yg suka kat mikel jekson mmg hang ngan ayeen...hahaha...x kisah ler sorg pun aku on jek!
nampak gayanya mak lagi suka hang xde..jadi paham2 sendiri ler bila dia x kasi hang balik tu...hahaha...kalau hang balik gak alamat kerja hang bertambah byk sbb kena pikirkan aktiviti mak skali...kuikuikui...kalau korg semua dah dok Brunei ulang alik ke sana ler pulak aku yek! at least dekat ler skit drp glasgow nun!
hang balik lagi skali (yg x tau bila zaman tok kadok tu kan) kita pi t'ganu nak? aku tetiba teringat2kita makan ikan & sotong goreng celup tepung kat tepi pantai tu, kalau pi ngan mak aku paham2 je ler kan, habis penuh bonet keta aku dgn kain batik, kain pelekat, kain pasang, keropok lekor bagai...biasa ler mak aku selalu ingat keta aku tu cam treler!
eh eh ... ada gambar baju aku sikit laaa kat nasi lemak tu. ahhahahaha.. sungguh aku tak perasan depa dok jeling2 kita. aku tau depa dok rajin bersihkan pinggan gelas je. sembang tak hengat dunia pulak tu. huhuhu ..
ohhh ... buku hang aku lupa sungguh la. padahal buku tu ada dalam kereta. lupa nak bawak keluar. nanti aku abih baca aku pos je la ek.
mangga adalah sangat gomok dan gebu. BELUM MAKAN lagi! hahahaha .. elok je duduk dendiam dalam fridge tu. anak2 aku tak tau tu. kalau tau dok suruh aku potong je. hujung minggu ni baru nak arwahkan mangga2 tu. huhuhuhu .. dah terliur dah ni ... ekekekkee
elly,
hang nengok wayang sengsorang ek? samalah kita. cuma aku nengok wayang time siang la. malam idak ler boleh. aku tengah dok plan nak nengok wayang minggu depan. show pagi atau tengahari. boleh? hahahahaa
salam harny
wah sekali jumpa auramu melihat i miss u arr....take care tau,aduuh sungguh mulia hatimu tak memaparkan gambarku,gambar periuk tu cam wajahku yg bulat ni..
Salam
Rezeki
hahaha masa tersangkut tu, saya interrogate mak, tanya dia redha tak saya balik ke Glasgow. Saya kata selagi mak tak restu selagi tu lah saya sangkut kat Mesia. Akhirnya mak kata dia restu (dalam berat tu hahahaha)
Tang berat badan tu toksah citer la dah memang kerjanya sayik makan aje huhuhu
Kelas dah start dah, ni yang lecturers semua bimbang, takut saya x leh catch up huhuhu
Suhu makin turun. Hari ni dah 11C tapi angin kuat jadi lebih sejuk lagi.
Puan Hajah
terima kasih. Doakan untuk saya sekali ye :))
Mama Ju
Terima kasih banyak-banyak. Mungkin ada yang pelik tapi saya memang rasa lebih tenteram dan teratur kat sini berbanding kat Malaysia. Asyik rasa serabut jer, nasib baik ada mak, family dan kawan2 baik huhuhu
achik
Silalah ke Melaka. Mak kata by raya haji maybe banyak mangga yang dah masak ranum huhuhu.
mimi
huhuhu.. yu memang tauu!!
nyways, bila yu tak de ai pun lari dari rumah la kan
Ainin
sekarang projek mengurangkan kilo plak.. macam tak berjaya jer ni huhu
Elly
Ya lah aktiviti mak lagi banyak. Hang turunla melaka ambik mangga lagi. Lega aku dapat makan mangga. Hari tu balik satu pun takdak yang bergayut. La ni banyak sungguh sampai hari2 mak aku gaduh ngan burung yang curi mangga dia kat pokok. Kedekut mak aku, ngan burung pun boleh gaduh hahahaha. Dia marah sebab burung tu makan tak habis pas tu dok patuk buah yang tempat lain plak, membazir kekekeke
Ya ya.. aku nak pi terengganu. Best makang ikang pas tu jangang lupa basuh tangang kakaka
Izinni
ya la... dia dok jeling kat kita yang dok borak sakan.
Buku tu hang bagi habis baca. Mesti hang rasa nak nangis. Aku rasa macam tak dak wanita yang lebih berani dari Allahyarham Shamsiah Fakeh.
Cikgu Mas
huhuhu.. kang letak gambarmu kang ada yang terpikat dan tak boleh tidur malam.. bahaya tu hahahaha
InsyaAllah next time kita deting lagi ek. Hari tu macam sekejap sangat :p
Post a Comment