Monday, November 02, 2009
Nak tau kenapa aku suka balik Glasgow?
Sebab mudah nak solat.
Jawapan yang hampeh kan? Walaupun hampeh tapi benar.
Bukan apa, adalah satu kejadian ni semasa aku kat tanah air yang menyebabkan aku rasa (budaya) kita telah 'melecehkan' sesuatu yang wajib tu. Begini...
Pada suatu hari, sewaktu aku berjalan-jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur hendak menyelesaikan isu visa aku tu, tibalah waktu zohor. Aku ada dua pilihan waktu tu, nak solat jama' takdim atau takhir. Aku berkeputusan selesai urusan kat visa centre tu aku nak jalan-jalan kat KLCC dan solat terus di sana.
Dipendekkan cerita, aku dengan gembira suka ria masuk ke surau KLCC tu. Bekal solat aku cuma stokin hitam dalam beg aje. Memang kalau dulu, mana-mana aku pi mesti ada beg telekung dalam beg sandang aku, la ni aku cuma bawak stokin aje. Selesai berwudu' aku terus sarung stokin dan bergumbiralah berdiri dan hendak bertakbirratul ihram. Tetiba ada satu makcik ni dok cuit bahu aku, dengan suara yang aku kira agak kuat gaklah suh aku ambik telekung.
Alaa... makcik ni.. aku pun menolak dengan baik. Tak pe makcik, baju ni pun dah menutup aurat dah. Oh! Tidak, makcik tidak mahu mendengar alasan aku. Sebijik macam cikgu HEM sekolah menengah aku dulu. Tegas, tak nak dengar alasan. Ceh! Ye ye.. makcik tu membuatkan aku terkenang masa aku kena marah dengan cikgu HEM masa zaman sekolah menengah. Ceh! Apa cerita agaknya cikgu HEM aku dulu tu ye? Masih membela kucing-kucing lagi ke tak? huhuhu
Anyways, dipendekkan cerita yang tiba-tiba ni jadi panjang, aku terpaksalah mengalah dan mengambil telekung wakaf yang diletakkan kat situ. Eeeiii!!! Kenapa kuning dah? Bau pun tidak menyelerakan. Rasa macam nak menitik air mata ni tau!
Aku tak tahu apa salah aku. Sedangkan aku pakai baju lengan panjang (over panjang pun lengan tu), seluar pun warna cerah. Kalau kotor tu memang sah-sah akan nampak. Mana ada kotor pun, pakaian aku baru dibasuh dan baru dipakai paginya. Baju tu saiz XXL bukan S, seluar pun bukan ikut batang kaki, longgar, berangin. Aku pun bukan jalan kaki, naik kereta, naik lrt. Setokin aku pun mangi jer.. bau sabun. Tudung aku cukup panjang gak. Jadi tang mana yang menyebabkan aku perlu gak memakai telekung yang dah warna kuning kat dagu dan bau kurang menyenangkan tu?
Ni yang menyebabkan aku rasa kenapa kita nak susahkan sesuatu yang mudah tu?
Kat sini kalau dah keadaan terdesak, aku cari aje sudut yang tak ada orang, bentang jaket jadi sejadah dan bertakbirratul-ihram dengan jayanya. Cubalah kalau aku buat kat tepi pokok kat KLCC tu, mesti kena halau masuk masjid atau musollah.
Tapi kang mesti ada orang kata, dah ada masjid ngan musollah tu pi lah solat kat sana. Buat pa nak solat tepi pokok. Perkh! Katanya negara Islam tapi kenapa kena ada tempat-tempat tertentu nak solat? Asalkan bersih, boleh aje, kan?
Pernah tak korang solat kat tempat terbuka? Feeling dia lain tau. Rasa dekat sangat dengan alam sesangat. Sayu...
Aktiviti pagi tadi
Pukul 5.30am dalam keadaan yang gelap dan berangin kuat. Aku ngan cik Mimi sudah melakukan projek membuang tilam yang telah menyemakkan setor besar. Aktiviti dibuat sesenyap mungkin untuk mengelak diketahui orang akan siapakah yang telah membuang tilam sepering kotak-kotak biru bersaiz Ratu.
Berjaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam...
tulah org kita ni kan... suka sangat menyusahkan perkara yang mudah... org belah sini jer kan yang mesti bertelekong bila nak solat... bila tengok org solat tak bertelekong cam pelik jer...
Salam.org kita masih kuat dgn budaya ...Saya pernah bersembahyang di kawasan lapang..tapi rasa lainlah bila mat2 salih memerhati...saya kurang kuat mcm k...
salam khairyn,
solat di kawasan lapang, ditepi jalan yang saya paling ingati dan meninggalkan sejuta kenangan ialah semasa dlm perjalanan dr mekah ke mina berjalan kaki utk melontar di jamrah. Ketika itu masuk waktu asar dan masih belum sampai lagi ke kawasan jamrah, takut luput waktu lalu terus ke water cooler di tepi jalan, bersama rakan2, seorg tekan punat water coller sambil yg lain mengambil wuduk.
Beralaskan surat khabar di tepi jalan . Menjadi imam kepada rakan2 lain. Selepas saja solat, allahuakbar , panjangnya saf dgn diikuti jemaah dr negara lain yg saya tidak kenali.
Allahuakbar, indahnya islam . Itu yang dapat saya gambarkan dan rasai ketika itu.
kalau di negara kita yg dikatakan negara islam bersolat di tepi jalan atau kawasan lapang, tentu dipandang sinis oleh org lain.
bersabarlah dgn apa yg khairyn hadapi tu. Anggaplah itu satu dugaan dan cabaran.
psss ape cite cikgu HEM tu ngeh,ngeh,ngeh
Dear Khairyn.
Interesting blog. Will start reading tonight....
salam dari Mekah.
Uncle
salam perkenalan khairyn,
akak menjenguk ke blog khairyn melalui blog uncle..
akak nak komen sikit,
memang sedih dengan telekong2 kat surau di malaysia ni, kadang-kadang akak ambil bawa balik dan basuhkan.
jika ada kesempatan jemputlah ke blog
http://akak-akak.blogspot.com
semuga persahabatan terjalin.
nasib baik bukan aku yg ditegur makcik tu kalau x jenuh ler makcik tu kena khutbah dek aku...hahaha...mmg org2 kita suka menyusahkan sesuatu yg mudah! tp bab sembahyang kat surau tu aku leh terima sbb kat tempat kita mmg byk disediakan surau & masjid jadi lebih elok bersembahyang disitu,lagi pun lebih selesa, x semua tempat org ada kemudahan mcm tu & mmg x pelik pun kalau nak sembahyang kat tepi jalan skali pun tapi kat sini mesti org akan heran ler ngapa nak sembahyang kat tepi jalan sedangkan kat mana2 pun ada kemudahan surau...ibarat kita ada rumah tapi kenapa nak tidur kat luar haaa...gitu ler pendapat aku...
tapi yg kat surau tu pun agak2 ler nak letak telekung tu biar ler yg bersih, nama pun nak mengadap Allah, jumpa bf pun pakai cantik2 x kan nak mengadap Allah main asal boleh jek!
ada skali tu minah arab ni dok bersolat dlm KFC masa tgh2 org ramai dok beratur smpi org pun pelik tgk dia dok bersolat kat situ...bukannya apa sbb surau pun ada je kat sebelah tu, lagipun dah tentu lagi bersih ye x? yg lebih pelik laki dia dok selamba badak melantak KFC ngan anak2 time solat jumaat...camno kekdahnya tu?
apa pun selagi pakaian tu bersih & menutup aurat x salah pun kalau kita nak bersolat cuma kalau berckp psl tempat aku tetap ler nak bersolat disurau sbb ada dimana2 cuma nak ngan x nak solat je...lgpun setiap shopping mall di msia yg nak dibina 'DIWAJIBKAN' mempunyai surau!
salam
neen
hehehe.. kadang-kadang kita payah nak terima perubahan padahal perubahan tu baik untuk kita.
mama ju
biasa tu sebab kita rasa malu dengan orang, saya pun ada rasa malu dengan orang ni. Seboleh-bolehnya nak cari tempat yg tak ada orang tapi payah la pulak kan. Kita buat aje yang terbaik dan ikhlas, asal Allah terima amal kita :)
Rezeki
huhu.. masih lagi menagih jemputan Allah ke rumahNya.
Yang paling syahdu takat ni bila bersolat di tepi laut dgn kawan2. Best sangat. Rasa macma tak nak habiskan solat tu cepat2 hehehe
huhuhu cikgu HEM saya tu garang sebenarnya. Tapi, senang jer nak ambik hati dia.. kami sembang pasal kucing. Jek kucing2 dia pas tu dia tak de la nak marah2 kami huhuhu.. kecik2 dah belajar ngampu huhuhu
Dear Uncle
thanks for stopping by. Tak de yg bestnya, merapu jer ikut emosi huhu
Ibu dan Abah
Terima kasih datang menjengah
Kat sini pun kadang2 ada musulmah yang bergilir2 bawa telekong balik dan tolong basuhkan. Memang kadang2 saya sedih tengok telekong2 wakaf kat surau atau masjid kat Malaysia tu. Ada yang kuning dan bertahi lalat. Bau tak yah ceritalah. Tu yang saya fikir, antara telekung kuning dan baju sendiri yang lengkap menutup aurat, mana yang lebih baik digunakan untuk menghadap Allah? huhuhu
Elly
hang ni macam tak tau aku kalau dah bengang tu macamana. Buang karan ja ngomel ngan orang tua hahaha.
Memang ada surau dan masjid. Tapi, saja2 nak solat kat luar tak buleh ka? hehehe
Ada satu ustaz ni pun galakkan sekali sekala kita cuba solat kat luar, rasa macamana. Arwah abah pun dulu selalu solat malam kat balkoni rumah. La ni aku nak buat kat sini mau beku la jawabnya hahaha
salam khairyn,
mama ingat mak cik tu 'tak berapa faham' kot! tak semestinya kena pakai telekung baru boleh solat...anyway, baguslah khairyn cuba gak dgr kata mak cik tu...hormat orang tua!
ooooo patutlah selama ni aku dok solat tak pakai telekung orang dok pandang pelik je. ngeh ngeh ngeh. lagipun kalau dah berjubah ke nak pakai telekung lagi .. panas la weiii. malaya ni dah la panas berdegung. huhuhuhu ... yang penting tutup aurat, tudung labuhkan ke depan, baju labuh tutup punggung. ok dah tu. kan kan kan ..
salam
mama
rasanya dia suka tengok orang semua bertelekung waktu solat. Saya baik sangka jer la ngan dia hahaha.. Ya ya sentiasa menghormati tua.. kena ingat nasihat tu hehehe
izinni
hahaha.. ko pun kena gak ke? Aku ingat aku jer yang sentiasa dipandang serong kekekeke
Harny...aku sokong 100%...tp mcm kau kata...kita bebrbaik sangka je, sbb mungkin makcik tu suka tgk org beruniform telekung utk sembahyang...tak leh pakai lain...tak pe tak pe asala jgn dia paksa lelaki2 bertelekung udah le :-)
Buang tilam...syyyyy, aku pun buat gak kerja2 senyap sunyi mcm tu masa kat Jepun dulu...heheheh
Post a Comment