Friday, November 06, 2009

Sejuk macam mentos... ye ke?

Cik Som yang sama-sama Fall-ing. Lahai, Cik Som, 4 musim gak kamu ye?


Stress level?
Sudah berada di bawah paras bahaya.
Yep aku dah cool sikit. Dah mula organise kerja. Walaupun dalam hati macam nak sangat-sangat berhenti kerja kat spital tu... (minah baju biru tu yang buatkan aku rasa stress kerja kat situ). Tapi kena cekalkan hati. Kena buat derk aje dengan dia. Kata-kata semangat hari ni - don't let her ruin your day! Turun... turunkan stress level.. *sigh*
Tadi pi jumpa dua orang head of department - English Department dengan Sociology Department. Akhirnya atas auta dan sikap positif yang aku persembahkan di hadapan lelaki-lelaki penting tadi, keputusannya - aku dibenarkan terus belajar hahaha... Tapi tak ada extension untuk assignments cuma kata mereka we understand and will put into consideration of your present situation. Dalam kata lainnya - aku bakal dapat markah kasihan. Okaylah tu. Yabedabedoo!
Anyway, semalam adalah hari yang penuh aktiviti. Pagi kerja, lewat pagi pi kelas sampai pukul 1 tengahari. Pas tu pi solat zohor, pas tu pulak pi shopping kasut. Huhuhu... kasut untuk winter aku dah berlubang sana berlubang sini. Kalau hujan stokin aku basah dan kaki aku kesejukan.. Pathetic! Awal pagi semalam aku terlepas bas sebab mencari boots aku la.. Sayang pulak nak lenjan boots merah tu.. jadi memang kena beli kasut sukan yang baru. Yang tak basah kalau kena hujan dan yang murah.
Aku nyampah pi shopping sebenarnya sebab aku susah nak buat keputusan. Kalau pi beli buku tu aku sukalah sebab aku memang tahu apa yang aku nak. Tapi kalau shopping benda-benda lain ni aku seriau. Sebab apa? Sebab sebenarnya aku high taste kekekeke.. Nak pi beli kasut sukan pi tengok jenama Nike, Adidas, Reebok sampai ke Rockport pun aku belek gak. Jenama Karrimor pun aku suka tapi tu lah harganya semua melebihi £20 huhuhu... Tak nak plak tengok jenama Lonsdale hahaha. Tapi cuci-cuci mata tak salah kan?
Ok.. jauhkan diri anda dari jenama-jenama besar ni huhuhu.. Tengok ada satu kasut ala Karrimor namanya Campri. Kaler coklat, harga dalam £14 ok la kot. Tapi, jenis materialnya macam boleh membasahkan jari-jari kaki di kala hujan.. huhuhu.. letak baliklah...
Akhirnya aku pilih yang ini. Eh gambar mana? Sat lagi la kot
Tempat ni je yang selalu ada jualan murah huhu

Macam ni pun £15. Kita tengok tahan berapa lama aku lenjan nanti.

Jenama Umbro. Hitam, bolehlah bawak pi kerja kat spital (malas, malas, malas - *sigh*). Harga? £15. Bolehlah. Huhu.. kalau kat Malaysia aku beli kasut Power tak sampai RM50. Tapi, nak buat camner, nak angkut balik pun tak lepas... beg penuh daa...
ops sambung nanti - kelas dah nak setat!

ops sambung, lepas balik keja nanti...

18 comments:

soliloquy said...

sejuk macam mentos ek?
kat sini, sejuk cam duk dlm jag air batu :P

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam khairyn,

baguslah, stress level tu dah decrease...takmo stress lama2 sgt, tak baik utk minda!

mana gmbr kasut tu?

rezeki said...

salam khairyn,

alhamdulillah, semua dh cool and steady. saya punya prob. pun dh settel, cuma bebudak kena ot hari ahad , cover yg kene deliver pepagi isnin.

rasanya glasgow dh mula sejuk, yg tak tahan madang hujan je. tapi apa nk buatkan, rezeki Allah SWT.

mana gmbr umbro tu, 2005 saya ada beli sepasang umbro kat Braintree Free Port, sampai sekrg ada lagi. Tapi tapak dh tanggal gamnya, ngeh,ngeh,ngeh

FdausAmad said...

Salam,

gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

Selambe.

rezeki said...

salam,

aiyooo, kalau tgk direct.com fobia psl rambang mata . selalu disc. sgt tinggi , tak tahan ngeh,ngeh,ngeh

tu yg kalau ke sana, boleh spent 2-3 jam dlm lilywhites . Rasanya lilywhtes dia join dgn direct.com utk pembelian secara online.

CS said...

Salam. Singgah disini sebab terkesima bila terpandang nama Cik Som disebut disini... rupanya daun kesum?? hehe..

onna said...

salam beb,

psatinya setiap masalah ada penyelesaian...akalu tak ada pun ia akan hilang dek masa...apa2pun jangan sesekali cakap bosan dengan keje...(aku dah insap nak kurangkan cakap bosan kerana takut kene murkaNya)....
semoga senow kali ini lebih membahagiakan...begitu jugak tengkujuh di malaya, begitu membahagiakan walaupun baju tak kering...

khairyn said...

salam

sas
fikirkan satu pantai yang indah, matahari memancar2, pohon nyiur melambai2.. err sejuk lagi tak? huhu

Mama Zainab
hahaha alhamdulillah. Sebab satu2 dah settle. Istighfar banyak2 :p

Rezeki
Saya memang suka lenjan kasut. Orang lain tahan 3 tahun, kasut saya tahan setahun jer hahahaha... Ada satu but ni yg saya pakai hari2 sampai tapak koyak. Kalau nak tukar cobbler kata kena £20 dia suruh beli baru jer. Adeh!

Fdaus
InsyaAllah kalau hati gua senang gua pi melawat tempat lu

khairyn said...

Rezeki
ya sangat betul. Kat kedai tu la beli kasut, selipar, baju sampai basikal pun beli kat situ hehehe. Err.. Lilywhite tak jenguk lagi :p

Puan Som
Adeh.. dia memang Cik Som kami. Kena diajak berbual selalu kalau tak, dia merajuk :)

Onna
bukan apa, rasa sebab dah lama sangat cuti lepas tu pulak supervisor tu memang sengaja nak cari pasal dengan kami. Management dia sangat teruk dan kitaorang la yg terpaksa tanggung. Lagilah kami ni jenis yang pi kerja, kerja, huha, kerja, balik. Jenis yang tak suka berpolitik. Tu yang sakit hati tu. Bukan setakat orang asing kat sini yang terasa, scottish pun terkena tempiasnya.
Tengah nak tanya Big Boss, okay tak kalau tukar tempat kerja huhuhu

QUDS REALCLOCKWISE said...

salam..

tawkey...
lu boleh tlg survey safety boot brand red wing ...member wa ckp ale murah2 lekat sane..kalau betul murah kita boleh meniaga.
kalau ade masa laaa..

mama ju said...

tiba2 mama rasa terharu pulak!

onna said...

salam beb,

apa kata u call tubuhkan union n piket ramai2 suruh si supervisor yang banyak cikadak tu letak jawatan...hidup dalam dunia yang penuh demokrasi..hehe..

oklah apa2pun buatlah yang terbaik n jangan pening2 kapla , enjoy life selagi ada kesempatan...aku tau ko kuat....

CM said...

salam harny

harap semuanya ok,dan bersabar yer dirantau orang..

Uncle said...

Dear Khairyn.
Cik Som tu kalau buat pindang pun best jugak tu.......about shoes, memang Karrimor tu best tapi harganya sangat mahal. Orang naik Everest pun pakai Karrimor. Kalau terbeli, cari yang material dibuat daripada goretech (i'm not sure about the spelling but it sounds identical!). Memang tak basah luar dan dalam dan kaki pun masih berbau harum macam bunga Tanjong...Bunga Tanjong?

DeeN said...

Tiba-tiba teringat pernah ada beg sekolah jenama umbro. Ntah ke mana la beg tuh.

Kak, jangan stress2. Kalo nak hilangkan stress tumbuk jer minah baju biru tuh. Amacam? Hahahaha!

All the best, kak!

rezeki said...

salam khairyn,

mana pegi meyepi , mesti sibuk nk catchup study dan assigment .

uncle, kalau bau bunga tanjong baik lari dulu siap2, bunga tu byk kat kubur org tanam keh,keh,keh

Imran Paris said...

Harny....wah kasut baru...utk winter ke utk raya haji :-) Europe ni semua mahal, dok kat Paris lagi mahal giler...my sister (Kak Ana) ada sini, will be here till 29 Nov, td ajak dia jln2 beli souvenir...dia pun kata mahal kat Paris....

khairyn said...

cucumatlela
aktiviti membeli, memborong, berhutang diberhentikan buat seketika sehingga segala urusan selesai, sekian terima kasih. Adeh!

Mama Ju
Huwaaa... saya pun ikut terharuh huhuhu

mona
huhuh.. aku ingin hidup aman damai. Tunggu sehingga aku meletup macam karakatua kekeke. Thank you for the support!

cikgu mas
Baik cikgu!!

Uncle
Ada karrimor yg murah tapi memang dah diri sendiri lasak, main belasah aje hujan ke kering ke guna kasut yang sama. Kasut goretech tu memang sangat best dan sangat mahal. Kalau kaki dah terperap lama, bunga tanjung pun jadi fermented. Sekian terima kasih huhuhu

Nur@Deen
Ya ya.. umbro ni jenama lama. Ada jam tangan jenama Umbro gak tapi bateri dah flat huhuhu. Nur tolong tumbukkan minah tu buleh?

Rezeki
Adaa.. ada.. tapi kena tahan diri dari berblogging huhuhu

Imran
Kirim salam kat Kak Ana. Bila dia nak melawat ke sini? Shopping kat sini la best. Christmas sale dah stat dah ni hehehehe