Friday, November 20, 2009

Ya Ampun

Minta maaf banyak-banyak sebab lama dah tak berkongsi cerita. Ada 2 esei yang kena hantar Isnin ni dan masing-masing 3,500 perkataan. Lepas tu nak kena sediakan pelan untuk dissertation dan borak-borak lagi dengan lecturer/supervisor (ohhh.. semalam sudah bergosip pasal lecturer ni - nanti cerita)
Hari ni kita cerita sedikit pasal pronounciation atau sebutan.
Tomb Raider - bunyinya adalah tumb reider ye adik-adik
Sambil buat kerja tadi sambil dengar Sinar.fm lalui web. Dengar berita yang disampaikan oleh Iswan (Izwan?) Samad. Konsentrasi mendengar dalam 30 peratus, tapi ada satu yang menarik perhatian.
Berita mengenai seorang banduan rakyat Malaysia di Australia yang ditolak permohonan parol (parole) [sistem di mana banduan boleh memohon untuk dibebaskan awal tetapi pergerakan mereka diawasi oleh pegawai parol]
Dalam Bahasa Inggeris sebutan parole adalah pê-rol
Ejaan dalam Bahasa Melayu mengikut Kamus Dewan Bahasa adalah Parol maka:
sebutannya sepatutnya adalah pa-rol
Kalau nak ikut sebutan bahasa Inggeris pun boleh tapi sebutlah pê-rol. Bukan pei-rol.. tu dah jadi macam payroll, tu dah jadi gaji dah tu, huhuhu. Erk, Tak semestinya huruf A dalam American-English itu berbunyi a-ei ye. Adeh!
Oh! Hari ni dapat gaji. Yahuu!
Oh maafkanlah daku yang sudah mengong, tiba-tiba nak membetulkan sebutan orang pulak huhuhuhu

10 comments:

rezeki said...

salam khairyn,

hari gaji keh,keh,keh
kat sana gajikan bayar ikut minggu
hari ni pun saya dah bayar gaji staff psl raya haji , bayarlah cepat
tapi saya sendiri belum ambik gaji ngeh,ngeh,ngeh

takpa , hari ni khairyn jadi guru bahasa

Mimiamilia said...

gaji gaji gaji..ayam jom!!

mama ju said...

Salam K.Semlm Mama nak masuk komen tapi tak dpt masuk.Mama harap K BAHAGIA di sana.Bagus juga belajar bahasa.Mama dah tua tapi bahasa pun masih lintang pukang..Apa yg mengongnya K?
K tahu pasal Hlovate ke,cita sikit.Dia kat mana ya?Agak2 bila keluar buku baru?OK K,selamat semuanya.

izinni said...

pedulik .. nak sebut pei-rol jugak! hahahaha

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

sukati ler aku nak sebut TOM RAIDER ke...TOASt BREAD ke...ada saper2 kesah? boleh dapat anugerah ke? mat saleh pun x leh pronounce perkataan kita jadah mendanya aku nak kena sebut betul2 perkataan diaorg...wakakakaka...familiar x? ALPHARD tetap bunyi Alfard ye bukan ELFERD! harap maklum :-p

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

silap...bukan TOASt BREAD, TOASt BOX...ada lak aku sebut TOOLS BOX...jauh tu!!

onna said...

salam,

bestnyer dapat gaji, nstp dah jadik macam orang gomen kalau ada perayaan tak kira apa gaji masuk awal n penangannya tunggulah dua bulan baru nak dapat gajik satu lagi..haru2...

Beb: nak bagi tau petau daun kesom nak jadik gemok, kena banyak air..cepatlah gemok...

ok selamat bermain senow..dah turun ke lum...msia pun kecoh konon ada senow jumaat itu hari sehinggakan Jabatan meteorologi tepaksa menafikan..haha...bukan senow dari langit tapi senow dalam shopping mall seolah2 penduduk msia ini ramai benor yang sambut Xmas...letih2...

Pa'chik said...

peroi kata orang kedah... :P

ada orang sebut peirol ke?? kawan aku yang bekas banduan 5 kali pun tau sebut perol opiser... :P

che'gu che'gu... pronunciation la che'gu

“Pronounce” is the verb, but the O is omitted for the noun: “pronunciation.” This mistake ranks right up there in incongruity with “writting.”

KAMATO said...

Bagus juga topik ni...

khairyn said...

To all
Kekekekekeke Maleh den nak menaip satu-satu

aiyoh pakcik
typo erro tu akan dibiarkan disitu kakakaka