Wednesday, December 02, 2009

Perihal nama

Kawan aku si Frenchie tak jadi dok buat teka nama anak kat blog dia. Anak lelaki dia lahir pada 10 Zulhijjah bersamaan dengan Hari Raya Eidul Adha. Alhamdulillah ibu dan anak sihat-sihat aje. Memandangkan lahir pada hari kebesaran ni, aku teka anak dia nama Aidil Adha tak pun Qurbani. Nampak gaya tekaan aku tak mengena. Sesiapa yang nak teka nama anak dia, silalah ke blog dia ye.

Citer pasal nama ni, tadi ada sesi suai kenal dengan 'orang-orang' baru dan lama di Sumsa. Saja jer majlis untuk sisters kat sini. Sambil-sambil mengeratkan silaturrahim dan memperkenalkan Sumsa dan aktiviti-aktiviti untuk muslimah. Biasalah mesti ada sesi suai kenal err... taaruf gitu hahahaha.

Aku bab-bab nak mengenalkan nama dengan geng-geng Arab ni memang lemah sungguh. Bukan apa, tiap kali kita perkenalkan diri mesti depa akan fikir apa maksud nama kita. Kalau nama orang tu Nur.. oh depa akan kata light, cahaya la tu. Fatimah, wah nama isteri Rasulullah s.a.w Aisyah pun nama isteri Rasulullah s.a.w.. kira semua tu nama yang baik baik kan? Terpegun aku.

Tapi, bila tiba masa aku pulak kenalkan diri, masing-masing mesti tercengang.

What does it mean?

It doesn't mean anything.

Nothing?

Not even in Malay language?


Nothing.

There must be something interesting that made your parents gave you that name.


As far as I know, it carries no meaning.


Sedih...

Yep, nama aku tak de maksud apa-apa dalam Bahasa Arab mahupun dalam bahasa Melayu. Udahlah ejaan pun bukan ejaan bahasa Melayu baku, tapi itulah nama aku. Lima abjad je. Kalau buat name tag tu memang rugi ajelah. Ciput, dok kat tengah-tengah. Tapi lebih satu abjad la dari nama kawan aku sorang ni. Nama dia JURA huhuhu. Tapi, biasalah kan, orang Melayu. Dalam dah pendek-pendek tu, tetap dipendekkan lagi. Dari dua suku kata, panggilan aku jadi satu suku kata jer. Tapi, tak pe. Satu suku kata tu reserve untuk kawan-kawan rapat aku kan kan kan?

Tapi err... siapa kata nama aku tak de maksud. Tak de sejarahnya. Yang paling best aku jumpa takat ni, nama aku ada kaitan dengan pokok yang tumbuh melata kat tempat /lokasi Hanuman atas perintah Dewa Rama mengalahkan hantu (demon) jahat. Pokok-pokok yang tumbuh melata tu namanya Arni (yang berkemungkinan menjadi asal usul nama tempat Harni di Gujarat). Dan sekarang ni ada sebuah kuil yang terkenal kat situ. Cayalah!


Jadi kira nama aku bersempena pokok Arni ni lah. Perkh! Merimbun you!

Well, apa pun Allah knows every language he creates and Your name is the first gift your parents ever gave to you. So cherish it!

P/s - oh tadi pi tengok wayang Paranormal Activity. Best gak.

11 comments:

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

nama aku pun xde maksud, at least nama tu parents hang yg letakkan...aku? dah ler xde maksud yg letakkan nama aku pun si nurse indian kat hospital temerloh tu, nasib baik dia x bubuh LETCHUMI atau MEENA MENACHI! tapi kira nama kita tu international ler kan, kalau gi US tu xde ler kena banyak soal ye tak?

hang ingat lagi si Jura tu yek...kat mana ler minah tu skang, dok keja kat tol lagi ke...nasib baik bukan aku ngan hang yg jumpa dia aritu kalau x mau bergegar rumah tol tu!

achik said...

xpe la xde maksud pun kan.. yg penting bukan maksud yang tak elok.. :)

kawan saya lepas abis sekolah, dia tukar nama sbb nama dia dlm bahasa arab maksudnya x bape elok.. tp kitorang tetap panggil nama lama, dah terbiasa.. huhu..

izinni said...

ko dan nama ko. hehehe dari dulu sampai sekarang dok sedih. relex aa. nama aku pun tak bermakna. itu menandakan kita UNIK! kan kan kan

akirasuri said...

Tak ada makna tapi namamu adalah sweet.. Hehe!

Pa'chik said...

kalau orang tanya... maksud dia...
1.A sexy woman that would make a heterosexual male or a lesbian horny
[urbandictionary.com]
:P

rezeki said...

salam khairyn,

nama mu pendek, nama ku pula panjang 12 abjad ngeh,ngeh,ngeh

kalau buat name tag , tulis yg hujung je

so, how's life, ni dh masuk winter, tentu semua jaket dan kasut serta seangkatan dgnnya dh keluar dr kotak

salji je belum turunkan

my mother in law dan adik2 ipar i sekrg ada kat UK , ziarah anaknya di sana, kami je tak pegi, psl 2012 kami akan pegi uk tgk olmpic

kalau khairyn ada masa tu, boleh kami ke glasgow he he he

soliloquy said...

akak...jgn la risau...
nama fatimah tu maksud dia : bayi yang sudah habis menyusu 2thn.
nama khadijah tu maksud dia: bayi yang lahir tak cukup bulan.
nama maryam tu drpd bahasa hebrew maksud dia: ahli ibadah.


nama yg berbeza.kdg2 maksud dia cm erk...pelik gak. fatimah mmg menyusu smpai 2thn and khadijah mmg lahir tak cukup bulan tapi, makam diorang tetap as penghulu wanita syurga. nama maryam je maksud dia mcm hebat skit.

so doesnt mean nama kita takde maksud ke apa kita takle dpt tmpt yg baik dlm syurga.

p/s:tp saya still tak tau maksud nama asiah

DeeN said...

Setengah orang kata, apa ada pada nama. Asalkan ada nama, Alhamdulillah. Takdak la orang panggil kita hoi ke woi ke. Nama saya yg depan jer tahu makna dia (cahaya) yg kat blakang ntah apa la maksud dia. Tanya mak pon, mak tak tau. Sbb yg bagi nama ada sorang tok imam sekampong. Ntah2 dia sendiri lupa apa makna yg dia bagi tuh. Huk huk huk!

en_me said...

nama me bermaksud 'hamba kepada Yg Maha Kaya'.. ehehe, salamm akak ittewww

khairyn said...

salam

Elly
hahahaha... ya ya. Aku tak terkomen dah dengan komen hang hahahaha..
Nama2 international. Aku boleh ke ngaku jadi Irish? Dekat api ngan panggang kakakaka.. Macamana la aku nak lupakan si Jura yang havoc tu hahaha

Achik
ya betui. Nama yang bermaksud tak baik, kenalah tukar kan.. Tapi memang mak2 arab kat sini suka laa bila dah tanya nama dok tanya apa maksudnya

izinni
hehehe individualistik gitu. Nyway, nama yang baik tu kan doa. Jadi bila nama kita baik, dan orang panggil nama penuh kita tu ibarat dia mendoakan kita kan? huhuhu

cik akira
huhuhu.. tengkiyu. Yu pun sweet juga

Pa'chik
aku memang menunggu-nunggu jawapan tu dari ko. Bahaya ko ni Pa'chik, kang jatuh wajib kahwin kang hahaha

khairyn said...

rezeki
hehehe... Dalam pendek2 pun dipendekkan lagi namaku. Alhamdulillah memang dah masuk winter dah. Hari ni jer suhu turun lagi, esok maybe -3. Beku tapi tak salji. Kami salji nanti bila nak masuk Easter huhuhu.
Oh mak mertua di sini? Mesti nak Christmas and Boxing Day shopping ek? huhuhu
2012 - Tak tahu la ada ke tak kat sini. Adeh. Tapi macam ada tapi macam tak de. Kalau ada, meh lah datang Glasgow. Kat sini 2014 Commonwealth Games.

Cik Sas (multiple personalities ek? hahaha)
Apa ada pada nama ek? Asalkan bermaksud yang baik dan bukan yang tak baik. Thats why I said that Allah knows every language. Dia yang mencipta kan? Cuma tengah bayangkan bila nama kita diseru kat padang tu... semua orang cari sapalah dia hahahaha.. InsyaAllah teruskan membuat kebaikan dengan ikhlas.
Nyway, amacam dengan projek seterusnya?

Nur
apa pun memang saya sangat suka nama Nur@Deen tu. :) Lembut huhuhu - obedience gitu

En Me
Semoga namamu itu menjadikan mu lebih 'kaya' - err rezeki, akhlak, akidah dan iman - insyaAllah