Rabun Sejarah (Awas! Entry panjang)


p/s - aku dah baca buku Shamsiah Fakeh. Memang rasa kagum dengan semangat pejuang wanita ini. Al-Fatihah untuk beliau dan suaminya.
Hari Khamis adalah hari yang sangat sibuk. Ada tiga acara yang berlaku secara serentak.
- Ceramah motivasi kehidupan oleh Professor Dr Muhd Kamil Ibrahim di SECC sempena Malaysia-Glasgow Doctoral Colloquium.
- Kelas Fiqh dan Al-Quran di Sumsa
- Ceramah dari bekas tahanan yahudi di kem Auschwitz, Dr Hajo de Meyer di Glasgow University
Dapat hadiri sekejap acara no 2, tapi tak dapat pergi langsung ke ceramah no 1 sebab masalah logistik. Tak ada bas yang lalu depan SECC dan kalau naik teksi, tambangnya dari pusat bandar tu £6.20. Tapi alhamdulillah, aku masih boleh dengar ceramah Prof Kamil di sini. Lagi satu sebab, ceramah Dr Hajo juga berkait dengan sejarah.
Systematic discrimination and dehumanization are necessary to prepare a population of a country with a minimum of civilization and culture for things to come.Dr Meyer ni dari IJAN - International Jewish Anti-Zionist Network dan ceramah minggu ni beliau yang berasal dari Germany memang sibuk bagi ceramah di serata UK dan Dublin. Ceramah ni anjur bersama dengan Scottish Palestine Solidarity Campaign.Dr Hajo de Meyer.
Nobody has ever suffered or will suffer like the Jews. Therefore whatever we do to Palestine is less than what we suffered.
Ini antara kata-kata Dr de Meyer yang aku suka. Justifikasi kenapa Zionist perangi Palestine. Mereka tak mahu lagi tertindas tapi pada masa yang sama doktrin Zionism adalah menindas rakyat Palestine. Jadi apa beza mereka dengan Nazi? Sedangkan hampir kesemua pegawai Nazi sudah dihadapkan ke mahkamah dunia dan menerima balasan mereka, Zionist Israel dibiarkan lepas bebas menyiksa rakyat Palestine, mengambil tanah mereka secara paksa dan menghalang pendidikan kepada anak-anak Palestine. Seboleh-b0lehnya mereka hendak meminimumkan pendidikan dan ketamaddunan Palestine, membodohkan mereka dan menyiksa.
Semua sedia maklum tindakan Zionist ke atas Palestine. Antaranya;
- Mengambil tanah secara paksa
- Menghalang dan meyusahkan anak-anak untuk belajar
- Menangkap sesiapa tanpa soal
- Diskriminasi dan mewujudkan kaum superior dan inferior
- Mengambil tanah orang asli tanpa fikir kebajikan mereka
- Tidak menggalakkan atau menyediakan insentif pendidikan percuma untuk semua, (apa salahnya kan?)
- Menangkap sesiapa tanpa soal (ISA,OSA, Sedition Act)
- Ketuanan Melayu. (Tiap-tiap tahun topik yang sama. Dah ada 1Malaysia ni pun tetap ada ketuanan Melayu. Apa kes?)
Bagi aku nasihat-nasihat beliau sebenarnya sangat ringkas tapi sangat efektif.
- Gunakan masa sebaiknya. Sekurang-kurangnya baca Al-Quran atau tafsir satu muka satu hari, jadi kita dapat faham kandungan Al-Quran itu. Kalau tak lancar baca Al-Quran (macam aku huhuhu...) praktis selalu. Mulakan dari belakang (Juz Amma). Mulakan dari surah yang paling ringkas.
- Berdoa pada masa setiap masa dan berdoa ni tak boleh putus asa. Allah suka hambaNya sentiasa berdoa kepadanya. Berdoa untuk semua orang. Diri sendiri, orang yang kita sayang dan juga muslimin dan muslimat. (Peringatan lagi).
- Berdoa itu juga meminta. Meminta pada masa yang paling afdhal. Iaitu rajin bangun solat malam. Masa itu biasanya Allah akan perkenankan permintaan kita. Tapi bila Dia akan perkenankan itu adalah rahsia Dia. Yang penting berdoa dan meminta. Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih Penyayang dan Tidak Kedekut. Kadang-kadang kita malu nak minta dengan Allah sebab kita rasa kita tak layak, insan yang berdosa. Takkan Allah nak perkenankan permintaan kita? Tapi, sebenarnya itu salah. Minta dan berusaha untuk jadi hamba yang baik sebab Allah tidak bakhil.