Friday, January 01, 2010

Masa untuk jujur

Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian. Kecuali oran-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Quraan: 103 Al-Asr: 1-3)
365 hari dalam tahun 2009 banyak ingatkan aku tentang masa. Masa yang seiring dengan usia. Masa yang seiring dengan nafas yang kita tarik dan hembus keluar. Hidup mengejar masa dan masa yang tiba untuk kita tinggalkan dunia.

Masa yang aku gunakan dan masa yang aku sia-siakan.

Kawan aku kata sekarang ini masa terlalu singkat. Mungkin sebab kami dalam musim sejuk apabila matahari cuma ada tujuh jam saja untuk menerangi bumi di sebelah sini. Hendak buat apa-apa pun tak sempat (atau kita terlalu malas... hmm). Padahal Allah sudah anugerah 24 jam satu hari, tapi kenapa masih rasa terlalu singkat?
Daripada Anas bin Malik r.a berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." (H.R Termizi)
Pembukaan 2009, Allah uji kesabaran dan keimanan aku. Dugaan yang paling hebat apabila orang yang paling kita sayang sudah tiba masanya dijemput Ilahi. Sampai bila-bila aku tidak akan lupa saat itu. Mungkin itu bahagian aku. Abah pergi pada hari aku menghadapi peperiksaan penting. Alhamdulillah aku lulus baik kertas tu. Bulan itu juga kali pertama aku pulang selepas 2 tahun 4 bulan di UK. Masih terbayang wajah abah waktu menghantar aku ke lapangan terbang lewat bulan Ogos 2006. Masih terasa hangat pelukan dia waktu itu dan terngiang-ngiang kata-kata semangat di telinga. Al-Fatihah untuk arwah abah. Sabtu depan (23 Muharram 1431) tepat setahun abah pergi.

Tahun lepas juga aku tiba-tiba jadi seorang aktivis ikut berkempen dan memprotes penggunaan air syarikat Israel di universiti. Bukan takut untuk berpiket tetapi tidur semalam di universiti ada risikonya terutama untuk pelajar asing yang mendapat biasiswa tahun akhir dari pihak universiti.Bulan 3 kami bergaduh lagi.. kali ini kelas sosologi bergabung tenaga memprotes kehadiran wakil BNP menyebar risalah di Sauchiehall Street.

Tahun lepas juga kami dapat neighbour from hell. Pasang lagu sekuat hati, menari dan mabuk-mabuk sampai polis terpaksa dipanggil. Hasilnya aku tak kerja hari tu sebab kepala sangat pening sebab tak cukup tidur.

Sepanjang tahun emosi aku tunggang langgang. Mana nak kejar belajar, mana nak cari duit. Waktu itu aku sedar kenapa masa aku begitu singkat sekali. sedangkan sebelum ini aku rasa aku pandai membahagikan masa untuk belajar, bekerja dan menulis tapi kenapa kemudiannya aku rasa seperti aku tak mampu nak buat semua itu? Aku rasa seperti aku jauhkan diri dari Tuhan. Aku jadi resah sendiri. Banyak masa aku habiskan mencari jalan keluar dari emosi aku sendiri.

Aku layan perasaan sendirian. Aku lupa solat malam. Aku tak bangun tahajjud. Aku tak buat istikharah. Aku tak buka Al-Quran. Aku sesat dalam jiwa aku yang berkarat. Benang aku dengan Allah hampir terputus. Semua ini aku rasa sendirian. Aku malu hendak beritahu siapa-siapa. Ini masalah dalaman aku jadi aku rasa aku perlu diamkan diri.

Tapi Allah sentiasa sayangkan hambaNya. Ini bukan cara untuk aku atasi masalah aku. Segala-galanya sudah Dia sediakan, tinggal aku saja yang perlu berusaha.Hidayah datang dalam pelbagai cara, cuma tunggu aku saja hendak hulurkan tangan dan ambil hidayah itu. Melimpah ruah hidayah yang Dia turunkan tapi aku yang masih takut-takut hendak menghulur tangan.

Buat aku hidayah tidak datang satu malam. Tidak datang dari kilat yang memancar di langit. Tidak datang ketika aku terkapai-kapai berenang dilaut. 'Hidayah' aku datang berkaki dua. Datang dengan senyuman memekar di wajah. Perlahan-lahan dia tarik aku secara sengaja atau tidak sengaja. Pelbagai cara dia guna untuk ketuk roboh ego dan malu yang tebal dalam hati aku dan perlahan-lahan aku kata, dia telah berjaya.

Mimi, thank you. Thank you so much.

Tadi mimi tanya aku apa azam aku tapi aku kata rahsia sebab aku tak mahu kecoh-kecoh takut tak jadi sebab ini azam yang paling besar yang pernah aku tanamkan dalam hati tapi mimi kata azam kena kongsi bersama sebab nanti kita boleh saling ingat mengingati.

so housemate, inilah azam saya. And I hope you will not give up on me.

p/s - masih harap diberikan kekuatan untuk membahagikan masa.

8 comments:

Dura said...

x tau kenapa hati aku tiba2 sayu bila baca entry ni.

Mimiamilia said...

tetiba sayu gak..hihihii..
maybe we can decide what to do next..:D

rezeki said...

salam

sememangnya kita sebagai manusia yg tidak sempurna sering kali alpa dan terlupa , namun hidayah dan petunjuk Allah kpd kita tidak pernah putus, insyallah

Imran Paris said...

Maha suci Allah. Alhamdulillah, moga kita dipermudahkanNya dlm mencari jln pulang ke sisiNya bersama.

Kebetulan baru aku catatkan dlm n3 terkini di blog...kawan2 adalah anugerah Allah utk kita mencari jln pulang...alhamdulillah moga kita sama2 berjaya mendpt keredhaanNya dunia akhirat.

Be strong girl. Alfatehah buat arwah abah.

ona said...

salam,

menitis air mata...semoga kita tidak terus menjadi hambaNya yang sering terlupa kehadiranNya...

khairyn said...

Salam

Dura
aku pun jadi sayu sendiri. Aku doakan semoga kau dan aku terus berusaha untuk mencintai Dia sedalam-dalamnya.

Mimi
thank you insyaAllah
Since you pun masih bz, let me continue the purification of heart dulu :). Susah nak tinggal habit lama

Imran
Thanks a lot friend
Semua nasihat kau 'satu tarbiyyah malam di paris' tu aku akan ingat. Yep kawan2 sekeliling aku sekarang ni banyak membantu untuk aku berubah. Doakan.

Mona
aku banyak lagha. Kadang2 kita tahu perkara itu salah tapi kita buat juga. Makin lama kita makin jauh dengan Allah. Semoga kita sama-sama strive for the best.

KAMATO said...

Memperbaiki diri atas kelalaian yang lepas itu merupakan satu rahmat, moga masa mendatang akan dikurniakan kejayaan segalanya, rohani dan jasmani

khairyn said...

Kamato
InsyaAllah and terima kasih :)