Friday, January 22, 2010

Rabun Sejarah (Awas! Entry panjang)

Sejak zaman sekolah lagi memang aku tidak berminat dengan subjek sejarah. Bukan setakat aku terpaksa menghafal tarikh dan peristiwa, aku rasa sejarah Malaysia yang aku dipaksa baca, macam tak lengkap. Aku tak ada kepuasan belajar subjek Sejarah. Waktu tu manalah aku tahu yang sejarah itu ditulis oleh orang yang menang atau dalam konteks Sejarah Malaysia, ia ditulis oleh nasionalis ataupun orang yang takut tak dapat tender dari kerajaan (huhuhu). Disebabkan ketidakpuasan hati pada sejarah, aku tak ambil juga subjek Sejarah Islam. Ustaz memang bengang dengan aku sebab tak nak ambil subjek tu, tapi nak buat macamana, 'sejarah' masa lampau aku dengan subjek tu memang tidak memberangsangkan. Cinta pada sejarah memang sudah ada sebenarnya tapi sebabkan teknik pengajaran/pendidikan sekolah untuk subjek ini meloyakan, maka aku berazam tidak mahu ambil lagi subjek sejarah dalam peperiksaan - (dasar budak suka melawan, memang macam ni). Gambar cilok dari http://www.hazaldn.com/?page_id=1495
Keterangan gambar : Mayat Tok Janggut digantung oleh British. - beginilah penghinaan terhadap pejuang negara? (Hubb al watan min al-iman)

Tapi sejak lepas sekolah, baru aku minat pada sejarah datang kembali. Aku cari buku-buku sejarah yang aku tak pernah tahu wujud sebelum ini. Dari sejarah Melayu, sejarah Malaysia dan Sejarah Islam aku cuba baca. Dan ia sangat-sangat mengujakan dan membuatkan aku bertambah-tambah ingin tahu. Walaupun pembelajaran sejarah ini bukan secara formal, tetapi ilmu yang dikutip, sangat manis. Kalau zaman sekolah kita dimomokkan dengan komunism, Parti Komunis Malaya, bintang tiga, AWAS, MPAJA antara yang aku ingat, tapi lama kelamaan aku belajar siapa sebenarnya yang 'komunis'. Sedih rasanya bila nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Chin Peng diajar di sekolah-sekolah sebagai pengkhianat bangsa, sedangkan mereka inilah pejuang bangsa dan negara yang sebenarnya. Sanggup angkat senjata, masuk hutan, hidup susah semata-mata nak membebaskan Malaya dari penjajahan (Jepun dan British). Kalau tak ada parti komunis ni, aku rasa sampai sekarang Malaya masih lagi dijajah dan kalaulah British tak kacau kesultanan Melayu, Tuanku Abdul Rahman mungkin tak 'bangkit' menentang penjajahan. Katanya kemerdekaan di meja rundingan. Maruah kita banyak yang terkorban demi kemerdekaan meja rundingan ini. Sayang!

p/s - aku dah baca buku Shamsiah Fakeh. Memang rasa kagum dengan semangat pejuang wanita ini. Al-Fatihah untuk beliau dan suaminya.

Two sides of coin

Hari Khamis adalah hari yang sangat sibuk. Ada tiga acara yang berlaku secara serentak.
  1. Ceramah motivasi kehidupan oleh Professor Dr Muhd Kamil Ibrahim di SECC sempena Malaysia-Glasgow Doctoral Colloquium.
  2. Kelas Fiqh dan Al-Quran di Sumsa
  3. Ceramah dari bekas tahanan yahudi di kem Auschwitz, Dr Hajo de Meyer di Glasgow University
Aku pilih yang ketiga. Ada sebab mengapa.

Dapat hadiri sekejap acara no 2, tapi tak dapat pergi langsung ke ceramah no 1 sebab masalah logistik. Tak ada bas yang lalu depan SECC dan kalau naik teksi, tambangnya dari pusat bandar tu £6.20. Tapi alhamdulillah, aku masih boleh dengar ceramah Prof Kamil di sini. Lagi satu sebab, ceramah Dr Hajo juga berkait dengan sejarah.
Systematic discrimination and dehumanization are necessary to prepare a population of a country with a minimum of civilization and culture for things to come.
Dr Hajo de Meyer.
Dr Meyer ni dari IJAN - International Jewish Anti-Zionist Network dan ceramah minggu ni beliau yang berasal dari Germany memang sibuk bagi ceramah di serata UK dan Dublin. Ceramah ni anjur bersama dengan Scottish Palestine Solidarity Campaign.
Nobody has ever suffered or will suffer like the Jews. Therefore whatever we do to Palestine is less than what we suffered.
Dr Hajo de Meyer

Ini antara kata-kata Dr de Meyer yang aku suka. Justifikasi kenapa Zionist perangi Palestine. Mereka tak mahu lagi tertindas tapi pada masa yang sama doktrin Zionism adalah menindas rakyat Palestine. Jadi apa beza mereka dengan Nazi? Sedangkan hampir kesemua pegawai Nazi sudah dihadapkan ke mahkamah dunia dan menerima balasan mereka, Zionist Israel dibiarkan lepas bebas menyiksa rakyat Palestine, mengambil tanah mereka secara paksa dan menghalang pendidikan kepada anak-anak Palestine. Seboleh-b0lehnya mereka hendak meminimumkan pendidikan dan ketamaddunan Palestine, membodohkan mereka dan menyiksa.

Semua sedia maklum tindakan Zionist ke atas Palestine. Antaranya;
  • Mengambil tanah secara paksa
  • Menghalang dan meyusahkan anak-anak untuk belajar
  • Menangkap sesiapa tanpa soal
  • Diskriminasi dan mewujudkan kaum superior dan inferior
Bila dilihat dengan teliti, tindakan kita juga hampir sama dengan Zionist...
  • Mengambil tanah orang asli tanpa fikir kebajikan mereka
  • Tidak menggalakkan atau menyediakan insentif pendidikan percuma untuk semua, (apa salahnya kan?)
  • Menangkap sesiapa tanpa soal (ISA,OSA, Sedition Act)
  • Ketuanan Melayu. (Tiap-tiap tahun topik yang sama. Dah ada 1Malaysia ni pun tetap ada ketuanan Melayu. Apa kes?)
Okey kalau sesiapa yang nak tengok ceramah Prof Kamil, click aje kat link yang diberikan. Buat beberapa minit pertama memang tak ada suara, masalah teknikal, tapi seterusnya tak ada masalah. Secara ringkasnya, beliau menceritakan kembali pengalaman beliau menunaikan haji, seperti yang beliau ceritakan dalam buku best seller Travelog Haji beliau. Dan yang menarik sudah pasti setiap pengalaman itu adalah nasihat-nasihat pada kita terutama tentang konsep menggunakan masa, berdoa dan meminta.

Bagi aku nasihat-nasihat beliau sebenarnya sangat ringkas tapi sangat efektif.
  • Gunakan masa sebaiknya. Sekurang-kurangnya baca Al-Quran atau tafsir satu muka satu hari, jadi kita dapat faham kandungan Al-Quran itu. Kalau tak lancar baca Al-Quran (macam aku huhuhu...) praktis selalu. Mulakan dari belakang (Juz Amma). Mulakan dari surah yang paling ringkas.
  • Berdoa pada masa setiap masa dan berdoa ni tak boleh putus asa. Allah suka hambaNya sentiasa berdoa kepadanya. Berdoa untuk semua orang. Diri sendiri, orang yang kita sayang dan juga muslimin dan muslimat. (Peringatan lagi).
  • Berdoa itu juga meminta. Meminta pada masa yang paling afdhal. Iaitu rajin bangun solat malam. Masa itu biasanya Allah akan perkenankan permintaan kita. Tapi bila Dia akan perkenankan itu adalah rahsia Dia. Yang penting berdoa dan meminta. Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih Penyayang dan Tidak Kedekut. Kadang-kadang kita malu nak minta dengan Allah sebab kita rasa kita tak layak, insan yang berdosa. Takkan Allah nak perkenankan permintaan kita? Tapi, sebenarnya itu salah. Minta dan berusaha untuk jadi hamba yang baik sebab Allah tidak bakhil.
Yang lepas biar jadi sejarah dan kita berusaha menjadi yang terbaik. InsyaAllah. Amiin.



15 comments:

Dura said...

Fuh ! Byk yg aku dpt dari entri penuh makna ko kali ni ..TYVM !

Mimiamilia said...

Amin,
i pun sebenarnya rakamkan prof kamil nyer talk untuk you...huuuu..lupa nak habaq

akuatik said...

2nd quotation tu bukan dia punya, dia quote orang lain yang mendasarkan falsafah zionis

Pa'chik said...

kata sesetengah orang tu bukan tok janggut...

dalam buku lambaian dari puncak, boestaman cerita pasal dia ditahan bersama pelacur-pelacur yang jadi pengintip untuk ibrahim yaakob...

kalau tengok cerita bukit kepong pun... melayu berusaha nak pertahankan orang putih...

Pa'chik said...

kata mat sabu... melayu patut time kaseh kat chin peng pasal tulung bunuh gurney yang pernah jadi chief secretary untuk palestine mandate masa perang sivil di palestin yang membawa kepada penubuhan negara israel...

kingbinjai said...

letih ooo nak baca sejarah

CM said...

salam..

kalau cm ajar harny sejarah mesti harny dah jd cikgu sejarah skrg wakaka..

aku seorang manusia yg sgt giler dgn sejarah..

khairyn said...

Salam

Dura
huhuhu.. best dok dengar ceramah Meyer, cuma biasalah orang tua, cakap kurang clear sikit huhuhuh

Mimi
mana? mana? huhuhuhu

akuatik
tau. Dia quote sorang rabbi ni, aku lupa nama dia

Pa'chik
Kalau Tok Janggut sapa yg kena gantung tu? Heh?
Dia pejuang besar negeriku tapi tu lah di hina sebegitu sekali. Sedih aaa...
Err bagus kempen Ahmad Boestamam ni. Dia memang pejuang through and through. Shamsiah Fakeh dulu pernah kawen dgn Ahmad Boestamam sekejap.
Msa aman nasionalism tu, semua bangsa nak freekan Mesia dari jajahan British.

King
betul-betul.. tu sebab aku tak baca sejarah kat sekolah. Penat gila huhuhu

Cikgu Mas
Alamak cikgu dah datang!!! Takut... huhuhuhu

akuatik said...
This comment has been removed by the author.
akuatik said...

elie wiesel

izinni said...

aku suka sejarah.
aku suka buku shamsiah fakeh tu. bila ek aku nak pulangkan? aisehhh ..
aku benci yahudi zionist.
aku benci ketuanan melayu.
aku pun rasa tak layak nak meminta2. banyak dosa.

... tapi, aku nak jadi orang baik. boleh kan?

Iskandar said...

Khairyn,

Saya pernah diberitahu Sejarah Pahang yang ditulis oleh Hj Buyong Adil banyak fakta yang tak tepat.Ia banyak agung-agungkan penjajah dan memperlekeh-lekehkan pejuang bangsa.

Terima kasih kerana berkongsi tip-tip dan nasihat Prof. Kamil itu. :-)

Pa'chik said...

cik cik cik... cik nak tunggu entri ni masuk lam buku sejarah dulu ke baru nak buat entri baru?? :P

DeeN said...

Tu dia, pa'chik dah wat ayat yg bernada serupa seperti dibuat kat kak Has. Hahahahaaaa....!

khairyn said...

akuatik
dia tu rabbi gak kan?

izinni
ya ya silalah pulangkan Samsiah Fakeh. Aku ada berlambak lagi buku2 yang tak terbaca lagi ni huhuhu

Iskandar
Salah satu sebab kenapa saya tak suka belajar sejarah kat sekolah. Adoi! Teringin nak duduk berhari2 kat London Library dan baca balik Sejarah Melayu/Malaysia :)

Pa'chik
entri dah masuk buku sejarah. Tak nak baca ke? huhuhuh

Nur
Dia dengki tu. :p