Saturday, January 16, 2010

Aiseh

Aku rasa blog ni boleh jadi blog review apa yang aku tonton jer. Yep, banyak tengok dokumentari sekarang ni. Kalau dah kurangkan tengok TV pi pulak tengok dokumentari kat internet ahaks!

Channel 4 dan BBC 4 memang banyak dokumentari yang best. Biasanya kalau terlepas kat TV bolehlah nonton online kat web dia. Tapi aku rasa ini cuma untuk penduduk UK aje, luar kalu tada boleh access la kot. Minggu lepas aku tengok Defamation: True Stories. Kali ni pasal antisemitism. Memang best la kalau sesapa nak crash course pasal propaganda ni. Israelis memang paranoid gila pasal bangsa diorang ni. Mereka kata satu dunia benci kat depa. Propaganda Holocaust memang dihidupkan untuk generasi akan datang. Motto depa Never Forget, Never Forgive. Jadi budak-budak sekolah di bawak ke Poland melawat kem Auschwitz. Sebelum pi depa dah dibagi taklimat pasal holocaust, apa Nazi buat kat depa, kejam tak kejamnya Nazi kat orang2 Yahudi ni.. err... orang-orang lain yang mati kat kem tu adalah tak penting okay! Bila kat sana budak2 sekolah ni dalam teenagers 15-17 tahun ni tak dibenarkan bercampur gaul ngan orang2 tempatan sebab orang2 tempatan ni memang bencikan dorang. Untuk keselamatan jangan cakap dengan sesapa pun.

Pas tu plak ada SB yang ikut depa dan sepanjang perjalanan tu propaganda habis-habisan. Budak teenagers la kan, tak berapa nak cerdik ni ikutlah cakap SB tu yang kata Polish memang bencikan Israelis. Tahu dek Margaret kawan aku si Polish tu, mau mengamuk dia huhuhu. Masa melawat kem tu adalah yang nangis-nangis sedih sangat. Bila dah keluar, si Yoaz Shamir ni (wartawan yahudi gak) tanyalah sorang budak perempuan ni apa dia dapat dari lawatan tu. Budak tu kata dia sedih sebab Nazi siksa kaum dia. Memang dari dulu mereka asyik kena tindas aje. Kalau boleh budak ni nak balas perbuatan Nazi tu. Yoaz kata Nazi tu pun dah mati, nak buat macamana? Budak perempuan tu kata.. dorang tu kan ada waris... huhuhu.. Tak dapat orang yang siksa tu, dapat anak cucu keturunan pun tak apa. Tu lah kan.. tak berapa nak cerdik.

Ada satu interview lagi, kali ni kat US. Orang Yahudi kat situ kata depa ni soft target. Kalau satu Yahudi jalan dengan satu orang hitam, yahudi akan jadi target orang jahat nak rompak. Bila Yoaz tanya orang hitam kat situ plak, orang hitam jawab buat apa nak merompak orang Yahudi, kadang2 mereka ni tak bawak apa2 pun. Lagipun lebih baik rompak kaum sendiri sebab kalau rompak kaum lain, mereka kena lagi teruk sebab akan dilabel racists. Lagipun orang Yahudi kat US ni macam ada hak istimewa huhuhuhu.

Tak heranlah Yahudi memang pegang hampir semua media. Bab-bab propaganda ni memang mereka terer sangatlah. Anti semantic ni dipolitikkan habis-habisan oleh Zionist. Yoaz tanya apa beza denga Palestine sekarang, bukanke dorang ni pun kena siksa diskriminasi macam puak Yahudi dulu, tak salah ke Israel ambik tanah dan rumah dorang? Jawapan budak perempuan sorang lagi, tak pe.. dorang tu banyak rumah. Huhuhu... boleh?

Tu lah dia kerja aku... tak tengok tv, aku nonto docu kat internet plak. Haish! Camno?
Bila tengok workstation aku dengan dissertation yang tak habis-habis ni tahu plak takutlah, nak paniklah.. tapi tak de usaha nak habiskan cepat. Ayoyo!

Padahal jadual dah siap lama dah huhuhuhu... aku ada lagi seminggu aje sebelum kelas start 25hb ni. Adoi!





6 comments:

Pa'chik said...

tak pe la.. nanti mati derang masuk neraka... kikiki... komen ala-ala no komen senarnya... :P

orangjahat said...

ishhh aku dah komen tadih tapi tak msuk pulak... siot tol..

i was just wondering, ko dengan mimi kat sana apa cerita? dengar2 kat situ suhu dia sejuk na'uzubillah, ada butul kaaaaaaaaaaaa???

KAMATO said...

memang sedia asal perangai yahudi begitu, suka susahkan bangsa lain

izinni said...

oooo sebab tu yang call aku tu. ala2 dah panik la ni ek? hahahah

DeeN said...

itulah yahudi. semua bangsa lain dianggap jahat dan tak betul, diorang jer baik dan betul2 belaka. huh!

Er.. kak, banyaknyer kertas jadual bertampal. saya plak naik takut. huhuk.. chaiyok kak! :)

khairyn said...

Salam
Pa'chik
:)

OJ
huhu dah tak sejuk sangat dah. Salji dah cair. Glasgow back to normal winter weather. Hujan :)

Kamato
Paranoid plak tu huhu

Izinni
Kau dah ready nak terima panik???

Nur@Deen
sebab memang dah diajar pada generasi dorang begitu huhuhu
oh jadual itu.. ku cuba untuk mengikutnya :)