Friday, February 05, 2010

Panas

Aku ada banyak cita-cita dan salah satu daripadanya adalah untuk menyejukkan rumah aku tanpa aircond. Tak ada pilihan lain untuk bina rumah tak menghadap matahari sebab rumah tu rumah teres yang memang sudah sedia terbina semasa membelinya. Kedudukan cul-de-sac menyebabkan rumah tu terlindung dari angin sikit. Penambahan beberapa bahagian rumah menyebabkan laluan angin sedia ada terganggu. Akibatnya rumah aku berbahang siang dan malam. Panas!

Alternatif
  • Ganti light bulb conventional ke energy saving.
  • Cat rumah dengan warna yang menyejukkan.
  • Tanam pokok banyak-banyak. Okey, kat rumah dah ada pokok mangga dan sekarang ni jadi rumah angkrang (kerengga). Lain-lain pokok bunga ditanam dalam pasu... tak mesra alam sungguh, ohkey!
  • Pasang ventilator. Tapi berapa biji nak pasang kat bumbung tu?
Aku sebenarnya tertarik dengan solar panel photovoltaic dan kalau tengok kat ebay, adalah dijual dalam £600 (Schuco Model) 175w. Tu baru satu panel, berapa panel aku kena pasang kat bumbung rumah? Kalau kat Malaysia memang banyak banglo dah pasang dengan PV solar panels ni kan? Tu yang menarik tu. Cuma rumah aku tak banglo. Rumah teres jer, berbaloi baloi tak kalau pasang solar panel? Berapa harga pasaran dan pemasangan?

Aku tak naklah takat heater untuk ayor aje. Kalau boleh nak menggunakan terus solar power ni. Kalau dapat buat rumah aku jenis self-sufficient lagi bagus, tapi setahu aku kalau pasang solar panel ni kena masuk err lebih kurang skim MBIPV kan? Or maybe aku yang tak berapa nak faham. Watt dia berapa ek? 3kW minimum? Dah tu nak kena bid plak kan?

Kalau dah dapat bid BIPV ni, boleh pasang solar panel kat rumah pas tu bolehlah kalau nak jual energy balik pada TNB. Tapi aku tak naklah buat bisnes sebenarnya. Takat nak pakai sendiri aje. Ada tak skim yang tak melibatkan BIPV ni? Woah pening kapla. Kalau ada sesapa yang faham dengan skim ni silalah terangkan pada aku. Tujuan aku bukanlah untuk mendapatkan duit kalau pasang solar panel ni. Aku cuma nak simpan duit aje hahaha sebab bil api kat rumah aku tu dalam RM50-RM60 sebulan. Gila batak tinggi, padahal yang kat rumah cuma mak dan dua orang separa budak. Aku yang kat sini pun bil sebulan £30, hah! Dalam musim sejuk plak tu. Punyalah berjimat!

Jadi kalau ada idea yang bernas untuk aku pasang solar panels kat rumah teres setingkat di Melaka ni, silalah bagi ye. Jangan segan silu. I'm open to any suggestion.

7 comments:

Pa'chik said...

kalau kena pasang 10 panel... dah 6000 paun tuh... dah 32k lebih tuh...

32k/60... 533 bulan; dah pat puluh pat taon tuh...

5 panel... 22 taon...

1 panel... 4 taon 5 bulan lebih kurang...

khairyn said...

pa'chik

jadi camno?

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

oit...apahal bil api smpi RM50 - 60sebulan? terkejut badak aku...umah mak aku pasang air cond sepanjang masa pun sama harga ngan umah mak kat melaka..biar betulllll :-p

izinni said...

harga yang perlu dibayar untuk berjimat-cermat.

beli rumah baru je la .. heheh

kingbinjai said...

pasang sepuluh kipas kat hall

DeeN said...

Nanti saya tolong survey kat boss saya. Hehehe...

Pa'chik said...

aku nak kata macam tak practical... tapi... tak tau berapa banyak yang perlu ada untuk kaver satu umah... tu pecahkan jadik gitu... hihihi..

satu lagi... itu kira-kira untuk pasang saja... taim matari tak kuar... musim ujan lah... kena gak pakai tienbi punya...