Monday, March 01, 2010

teh o limau dan sesi memujuk

Teh O Limau

Aku rasa sejak balik dari Malaysia bulan 10 tahun lepas, aku tak ada ambik cuti Sabtu Ahad. Jadi sempena ada orang nak belanja makan sempena hari ulang tahun, weekends lepas aku pun ambil cuti. Seronoknya tiba-tiba tak kerja hujung minggu. Tidur memang aktiviti yang sangat menyeronokkan sampailah kepala aku sakit sebab terlebih jam tidur huhuhu.

Margaret kawan Polska aku ajak keluar dinner hari Jumaat lepas. Sempena hari jadi yang dah lepas gittew. Lagipun dia nak kenalkan aku dengan kawan dia yang suka sangat pi Asia. Minggu lepas pulak tu asyik hujan aje. Kami janji nak jumpa jam 7pm kat stesen keretapi Central. Ada orang nak mengendeng, jadi terpaksalah bawak kan? Hehehehe... aku kena bawak si akuatik sebab nak kenal gak dengan kawan si Margaret ni.

Huhuhu... yo lah... kawan si Margaret ni kaum Adam. hahahaha... Namanya pun Adam gak. Tapi tulah, dah suka sangat dengan Asia kan? Sampai perangai pun terikut2 orang Asia. Janji dalam kul 7pm, alih-alih jam 9pm baru ler tiba. Sejuk beku kami tiga orang menunggu dia. Margaret tu dah 80 kali agaknya nak 'membunuh' si Adam ni.

Mulanya Margaret bagi aku 'kuasa' nak pilih makan apa, aku kata kita try Italian. Dah dia tak suka italian la plak. Akhirnya kena tanya dia, nak makan apa. Dia nak makan Asian food. Huhu.. terpaksalah kami bawak dia makan di Rumour, kopitiam Malaysia kat sini. Aku tak berapa selesa sebenarnya makan kat situ tapi tak apalah sebabkan Margaret, kami ikut ajelah. Aku dengan akuatik order teh tarik. Tapi sayang... tariknya tak hebat. Tak de buih. Ceh! Bila Margaret nampak kami minum teh susu dia kata kalau datang Poland, jangan mintak teh susu nanti orang kat situ kata kita mengandung d'ohHuk aloh! Jadi nak minum apa? Margaret kata kat sana minum teh dengan lemon. Cuma orang mengandung aje yang minum teh dengan susu. Tapi kalau minum kopi ngan susu tak pe. Orait!

Satu lagi yang aku belajar pasal Polish ni. Pasal nama manja. Kalau benda yang comel-comel tu otomatik dia akan tukar ejaan yang belakang jadi SH. Contoh. Margaret, nama manja dia Gosha. Dan Adam pulak nama manja dia ADASH. Tu pun sebab aku tanya pasai pa Margaret tipon ADAS (S tapi bunyinya SH) bukan ADAM. Dia kata Adas(h) tu nama manja untuk ADAM. Ni panggilan kalau kita dah rapat dengan orang tu. love struck... (Kan Ly? Kan Ita? Kan Dura? Kan Ika? huhuhuhuhu)

Adash ni suka pi IndoChina. Dia tengah ambil kursus dalam pelancongan dan bulan 4 ni nak pi sana bawak pelancong-pelancong dari Poland. Tapi biasalah kan orang Polska ni, Vodka tu asalnya dari tempat dorang. Si Adash ni pun suka melawak. Tanya kami nak minum apa.. vodka? rum? whisky? Bila si Margaret kata kami tak minum.. dia sambunglah "I don't drink too... much." Perkh! Kagum gak lah aku tengok, dia minum segelas jah. Bukan ke Polish minum arak macam minum air oren ja? hahahaha

sesi memujuk

Macam biasa hari Ahad aku telefon mak. Kalau hujung minggu aku boleh dapat panggilan percuma, tapi masih kena bayar lah untuk sambungan panggilan antarabangsa. Harga tak mahal, cuma 1p seminit. Boleh cakap laaamaaa-laaamaaa hehehe. Banyak benda jugalah bercerita dengan mak sebab mak nak buat umrah cuti sekolah bulan ni. Seronok mak, tak sabar-sabar dah nak pergi buat umrahnya. Siap pesan kat aku suh anak-anak angkat dia (a.k.a kawan-kawan aku) pi epot sekali untuk pesanan last minute. Tu dia... prihatin sungguh nak mendoakan untuk mereka.

Dah tu opkoslah masuk cerita plan dia nak mai sini. Aku cadang datang bulan 7, cukup sesuai sebab masa tu musim panas, tak daklah kesejukan ke apa ke. Bla bla bla.... dia tanya aku nak balik bulan berapa? Errr....

Bab ni memang aku lemah sikit. Aku tanya boleh tak aku dok luar lagi. Maksudnya tidak menjejak tanah Malaya? Mak pulak bukak cerita sedih. "Mak tak ada kawanlah." "Tak ada sapa nak hantar mak pergi ambil barang bla bla bla." Hadoi! Tapi yang ni memang buat aku tak tahan. "Nanti kalau mak mati pun tak sempat nak tengok."

Mak ni! Memang sukalah ugut aku dengan ayat-ayat mati ni. Bukan aku hati kering tapi pikir sat, kalau aku mati kat sini pun mak tak dapat tengok gak? miahahahahaha... Ajal maut di tangan Allah, tak kira tua tak kira muda, tak kira sakit tak kira sihat. Siapa-siapa saja kalau janji dah tiba, kenalah menghadap Dia. crying

Bukan aku tak nak balik, tapi hutang aku berlambak nak kena langsai. Bukanlah hutang dengan bank tapi hutang duit yang aku guna nak ke sini dulu. Aku nak ler kena ganti kan? Takkanlah balik dengan tangan kosong. Dah lah ada cita-cita tak nak kerja dengan kampeni kat Malaysia, ada hati nak dok goyang kaki. Lagipun hidup kat Malaysia ni kos tinggi. Nak tak nak aku kena ada kereta untuk memudahkan pergerakan. Dahlah Miss Wira sudah dijual dan yang tinggal MAE yang dah semput-semput tu. Sian MAE, takkanlah nak lanyak sampai lunyai. Memanglah aku boleh buat freelancing ke apa ke? Tapi ... err aku ... aku .... macam teringin nak cuba nasib kat negara lain pulak. Manalah tahu rezeki banyak pula kat tempat tu. confused

Aku pujuk mak, kalau aku dapat kerja kat negara idaman aku tu, aku nak ajak dia dok dengan aku. Lagipun negara tu dah dekat juga dengan Tanah Malaya.. Alah... dalam 6, 7 jam penerbangan jer ahaks! Lagipun agak dekat juga dengan Saudi. Senang jer mak nak buat umrah kalau mahu. Mak taknak la pulak. Bukanlah aku ni tak berhati perut, tak sayang mak. Huhuhu.. sayang mak sangat-sangat cuma aku akan tahu kalau aku dok Malaysia memang hidup aku akan sedentary dan mundane. Aku bercerita pasal diri aku bukan orang lain yang penuh dengan aktiviti.

Alaaa... mak. Nak kena pujuk lagi lah ni cool

14 comments:

rezeki said...

salam khairyn

semoga suksess dlm apa jua perancangan , diam tak diam dah nak habis belajar kat sana

maka perancangan utk selepasnya akan bermula tak lama lagi

all the best

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Aagak2 aku leh tukar jadi nama Lysh x? huahuahua....agak2 Adash tu ada..er..er..er...kawan x?hahahaha i pun asian youuuu :-D

aku harap dpt jumpa mak sebelum dia pergi menunaikan umrah tapi takut aku lak yg takde masa tu..nnt aku akan pesan kat Zura,kasi hambat dia pergi gak jumpa ngan mak kat epot, at least ada wakil...harapkan anak2 ramai pastu sekoq dok bz memanjang...derhaka sungguh! hahaha..

errr...mak doakan kami ye mak, doa seorg ibu itu paling makbul skali ye mak..ye mak..hehehe...mak x sabar nak tgk kami kawen mak kan? kan? kan?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda ,

Surga di bawah tapak kaki ibu.

wassalam.

khairyn said...

Salam

rezeki
Memang ada dua perancangan tapi itulah, kena tunggu greenlight dari bonda :)

Ellysh
Haish! Cukup piawaian ke? Nanti kalau ada rejeki hang, aku kenalkan hang dengan ADAM and the Gang, kot kalau ada genglah kan? ADAM kat CCC pun ada. Yang ni lebih cute dan muda. Awat depa suka nama Adam ni ek?
Haaa... kalau tak dapat pi hang call, sat gi mak ligan hang aku tak tau naa. Hang jawab la senrik. Hahahaha. Hangpa semua dapat spesel treatment, aku ja selalu kena sideline. Ceh!

Ayahanda
Dusyum!
Terima kasih atas ingatan
*sob* *sob*

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

tu ler mak suruh balik x mau pastu jeles kat anak2 mak yg kat sini...miahahaha....tadi dah bagitau Zura mintak dia pergi jumpa mak kat epot, kalau x nnt aku suruh mak ligan dia :-p

Dura said...

kalau aku jadik dursh ke..ish ish ish tak elok sgt ghopernya ..hehe.
boleh dipujuk lagi tu Ny..slow2 ler..boleh tu ..aku doakan hehehe.

Pa'chik said...

kalau panggey khairysh... dah macam quraisy la pulak... :P

khairyn said...

Ellysh
Ater kalau aku kat mesia pun korang dapat spesel treatment. Podah! Mau ke si Zura tu pi epot sengsorang diri? Bukanke dia nak pi ngan ko jer? huhuhuhu

Dura
Dursh ke Durash? hahahaha
Tak pe bagi dia cool dulu. Pi Mekah dulu... pas tu kita bincang balik huhuhu...

Pa'chish
Ko memang, pa'chish! hahahahaha

izinni said...

tersedak aku! Kan Ita? sapa? sapa? sapa? hash laaa ... ala2 hash brown gitu. hahahaha

gi epot ek? aku suka ... hehehe pukul berapa flight? hari apa? elly ... jom plan makan2! ekekekeke

mak nak gi sana time world cup kaa?? boleh teman hang nengok bola ek. nanti bila dia jengok hang kat sana, hang pujuklah kaw2 lembut punya. dulu pun dia keras tak nak bagi hang pi belajar kan? last2 dia bagi kan kan kan ... ehsan pujukan arwah ayahanda jugak tapi aku sure kalau kena cara hang pujuk dia, insyaAllah dia bagi ... entah2 dia nak ikut duduk dengan hang sekali.

pelan2 .. jika Allah izinkan hang akan dapat apa yang hang rancangkan dan mak hang akan restu. banyak2 doa :)

izinni said...

.. dan aku tau kenapa mak tak nak tinggalkan Malaya :)

khairyn said...

izinnish

hahaha.. belum confirm timenya lagi. Nanti dah kompem aku bagi tau ek... si ellysh nak pi berendut kat seberang tambak, tak taulah tu.
Memanglah tang ni memang aku serah kat Allah jer. Ikut hati memang tak nak balik tapi kalau mak tak bagi aku KENA balik.. mesti teriau la berbulan2 lamanya. So aku bagi dia cool dulu, pi umrah dulu, pas tu kita bincang naaa...

setahu aku dia tak moh keluar mesia lelama tu sebab dia nak pi melawat kubur abah selalu. Huwaaaa!!!

soliloquy said...

wah2..dimanakah tempat idaman tu? :)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Nysh : kalau bab2 jodoh cik Zura dgn bangganya akan pergi sorang diri tanpa aku!hahahaha...kalau aku kawen esok pun dia kena tinggal gak..bukan ka? bukan ka?

Hash a.k.a Itash : hang nak plan makan2 kat epot ka? ka nak ajak aku pi naik flight pastu kita pi cekik kat mana?hahaha...aku x leh nak pi hantaq mak kat epot psl aku nak pi meronggeng kat spore...ala2 dah bohsan tahap gaban dah pi jalan2 kat KL smpi x tau nak pi mana...hahaha poyo x?

onna said...

salam....

semoga si adam terbuka hati menerima Islam dan jadik Saudara Adam Abdullah...sesuei dengan Saudari Harny Abu Khair..Amennn..hehe..

Update ek...

keje di Asia Barat ..bestnyer...paling penting dekat dengan Kaabah n masyuk banyak walaupun wanita tak boleh sebebasnya seperti di tanah air n tanah ratu...jika ada peluang teruskan sedara ku...