Wednesday, April 14, 2010

Undangan Tetamu Allah II

Usai saja solat subuh dan solat jenazah, kami berkeputusan untuk pulang ke hotel. Badan masing-masing memang sudah terlalu letih dek perjalanan yang panjang. Masa itu, aku memang sudah tidak ingat nak cari sarapan sebab dalam kepala cuma nampak katil saja. Lagipun kami tak tahu mana nak cari sarapan di kota Makkah ini. Belum mampu nak explore kawasan penginapan untuk mencari kedai jual sarapan pagi. Tiba di hotel, salin baju dan masuk bawah gebar. Tidur nyenyak hingga jam 11am. Ya Allah! Nikmat sungguh tidur bila badan letih. Lega juga sebab mampu menyelesaikan ibadah umrah dalam masa beberapa jam dan seterusnya bertahlul. Jadi, lepas bangun tidur, kami bersiap kembali ke masjidil haram untuk solat zohor.
Melangkah masuk kembali ke bahagian solat di masjidil haram, mata aku terpaku sekali lagi ke arah Kaabah. Matahari tengahari memancar terik sehingga payah untuk dibuka. Tidak ramai orang bertawaf waktu ini. Bagi mereka yang sudah biasa dengan terik matahari mungkin tidak merasa apa-apa tapi bagi aku yang baru tiba, harus menyesuaikan diri dengan panah matahari yang memancar terang begini. Alhamdulillah kami berpeluang ke sini dalam musim bunga, kalau musim panas.. aduh! Mesti lebih mencabar.

Mata tak henti memandang kaabah tapi perasaan sayu tetap tidak terbit dalam hati. Aku masih lagi rasa kagum dan tidak percaya. Aku? Aku jadi tetamu Allah? Memang rasa tak percaya. Macamana aku ni boleh ada kat sini? Tiba-tiba aku rasa sangat-sangat happy. Tak tahu macamana nak describe perasaan gembira aku. Bukan gembira nak ketawa kuat-kuat, bukan gembira yang aku dah berjaya datang ke Makkah, tapi lebih kepada rasa gembira dan yakin sangat-sangat yang Allah sayang aku! Masa tu aku rasakan personal connection aku dengan Allah sangat-sangat kuat. Bukan sebelum ini aku tak yakin yang Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim tapi kali ini rasa itu terlalu peribadi.

Hari 3

Masih lagi duduk merenung kaabah dari tingkat atas. Nampak gaya tempat solat di sini jadi tempat feveret aku. Tak ramai yang berada di sini. Mungkin ramai yang ingin duduk di multazam tapi di atas ini aku rasa tenang dan damai. Setiap kali datang ke masjid, inilah tempat pertama yang kami tuju. Aku tak berapa suka berasak-asak untuk bersolat. Di mana-mana pun sama saja. Bukankah kami sedang berada di masjid mengelilingi kaabah?

Hari ini barulah hati aku rasa sayu berada di sini. Pagi tadi selesai solat Subuh dan taubat, aku panjatkan doa panjang untuk arwah abah. Rasanya air mata memang sangat-sangat murah di sini. Menitik tanpa henti. Teringatkan mak, teringatkan dosa-dosa sendiri. Tapi, memang lebih teringatkan pada arwah abah. Terasa sangat-sangat rindu pada arwah. Apatah lagi sebelum ke Makkah, aku pernah meminta pada Allah moga ditemukan aku dengan abah di Makkah. Ya Allah! Maha besarMu, permintaan aku dikabulkan. Subhanallah, sejak awal pagi tadi, bukan satu tapi lebih 10 'abah' aku temui. Dari abah waktu muda hinggalah abah yang aku ingat waktu di KLIA menghantar aku buat kali terakhir, empat tahun yang lalu. 'Abah' dari Indo, dari Tanah Arab dan lebih ramai dari Turkey. Susuk tubuh, gaya mereka mengenakan ketayap, seluar dan cara berjalan memang macam arwah abah. Sepanjang-panjang jalan ke masjidil haram dan pulang, aku cuma mampu tersenyum dan bertasbih dalam hati. Puas!


Hari 4

Ustaz bawa kami berziarah dan juga bermiqaat di Masjid Sayyidatina Aisyah di Tanaim. Ziarah bermula awal pagi, jadi sebaik saja selesai solat Subuh, kami terus bergegas pulang untuk cari makanan sarapan pagi. Cik Mimi bawa kami ke sebuah restoran India dan beli roti naan dengan kari ayam dan chickpeas. Tinggi rupanya kos hidup di sini. Satu tub kari dengan seketul ayam dan dua roti naan harganya sudah SR6. Entah, mungkin sebab kami dari UK, melepasi unit 2 itu sudah dikira mahal. Tapi yalah, kalau tak convert, makan pagi itu yang dikongsi 3 orang, cuma mungkin dalam £1.20 aje.

Destinasi ziarah kami yang pertama adalah Jabal Tsur. Oh! Yang pasti kami tidak mendaki. Setakat berhenti di bawah dan mengambil gambar dari situ saja. Ustaz kata kalau mendaki, mungkin mengambil masa 2-3 jam. Itupun sekiranya mendaki laju. Kalau lambat, hurrmmm... sampai maghrib tak tentu turun lagi. Ia dikenali sebagai Tsur sebab bentuk bukit tersebut seperti belakang lembu jantan. Dari Jabal Tsur, kami menghala ke Arafah. Ustaz beri penerangan tentang pembesaran Masjid Namirah terkeluar dari Arafah. Jadi berhati-hati selepas solat Zuhr dan Asar di situ. Jemaah Haji harus memastikan mereka berada di Arafah waktu wukuf. Kalau tak Haji mereka tidak sah.




Perjalanan di teruskan ke Jabal Rahmah. Kami diberi masa 20 minit di situ. Mak memang pesan untuk aku naik ke Jabal Rahmah dan berdoa di atas, tapi menurut Ustaz, lebih baik berdoa di depan Kaabah. Yang afdhal berdoa di Jabal Rahmah hanyalah pada 9 Zulhijjah. Tapi kalau nak naik dan tengok panorama saja, tidak mengapa. Hurmm... 20 minit boleh ke panjat dan turun? Lagipun matahari memang memancar-mancar, nak ambil gambar sambil buka mata pun payah. Akhirnya kami berpusing-pusing di atas dataran dan cuba ambil gambar huhuhu...















Perjalanan di teruskan lagi ke Muzdalifah dan seterusnya ke Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira'. Memandang ke jabal Nur, hati terdetik. Bersungguh-sungguh Rasulullah s.a.w memanjat bukit tinggi ini semata-mata hendak melarikan diri dari keadaan huru-hara di Makkah, mencari ketenangan dan berkhalwat di dalam gua. Terkenang juga kegigihan Sayidatina Khadijah, isteri kesayangan baginda yang memanjat bukit tinggi ini demi menghantar makanan untuk suami tercinta. MasyaAllah, indahnya hubungan cinta antara Rasulullah s.a.w dan Khadijah. Bukti kasih dan cinta seorang isteri kepada suaminya dan bukti cinta sejati Rasulullah s.a.w kepada Allah s.w.t Hati sendiri tertanya-tanya, kalau aku di tempat Khadijah, mampukah aku jadi seperti dia? Subhanallah!

Sebelum pulang ke Makkah, kami ke Tanaim dulu untuk Miqaat umrah ke 2. Bas berhenti di Masjid Sayyidatina Aisyah. Keadaan agak sibuk sewaktu kami tiba. Ada beberapa buah bas yang membawa jemaah umrah yang lain turut berhenti di masjid ini untuk bermiqaat. Kebanyakan jemaah yang kami temui di sini datang dari Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah dapatlah menunaikan solat sunat dan seterusnya bermiqaat dan kembali ke Makkah untuk bersolat zohor dan seterusnya menunaikan ibadah umrah kali ke 2.


****
Kami dapat merasa makan kibas mandy buat kali pertama kerana ada jemaah dalam kumpulan kami membayar nazar. Baru hari pertama berada di Makkah, anak seorang jemaah tiba-tiba 'terhilang'. Rupa-rupanya dia mengikut 'abang-abang' bersolat dan beribadah di Masjidil Haram tanpa memberitahu ibu bapanya. Kasihan ibunya, menangis kerana disangka anak lelakinya sudah hilang. Itu yang bernazar untuk menjamu kami sekiranya anaknya ditemui. Untung kami kerana dapat merasa kibas mandy.

Yang lawak, sejak hari itu tiap kali kami akan meninggalkan Makkah, nama anak itu akan dipanggil dahulu untuk memastikan dia ada di dalam bas bersama-sama kami.


7 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Moga mendapat umrah yang mabrur.

Tolong doa untuk ayah sama.

Wassalam.

Dura said...

Sedih..sayu..rasa berdebar2 pun ada bila baca entries ni semua..hmm..bercampur gaul perasaan aku..alhamdulillah sesiapa yg dpt peluang keemasan mcm ni memang betul2 bertuah..itu belum pergi haji lagi. Setakat pergi umtah & haji sesiapa pun boleh..tapi nak mendapatkan yg mabrur tu yg susah..timakasih sahabatku..kau telah byk membuka mata & hatiku..dan tahniah kerana telah berjaya mendapat jemputan dan menjadi tetamu Allah.

rezeki said...

salam khairyn

semoga pengalaman yg dilalui sepanjang di sana banyak memberikan pengajaran dan iktibar bukan buat khairyn je tapi kita semua dalam mengejar cinta yg agung iaitu rasa kecintaan kita kpd Allah

khairyn said...

salam

ayahanda
Alhamdulillah anakanda ada doakan semoga sahabat-sahabat semua diberi rahmat Allah.

Dura
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Aku harap ibadah aku diterima Allah dan harap juga ada perubahan yang positif apabila sudah pulang ni. InsyaAllah. Aku doakan kau pun dipelawa kerumah Nya satu hari nanti. InsyaAllah, buat yang terbaik.

Rezeki
Saya memang rasa cintaNya di sana. Alhamdulillah, Allah menegur saya dengan manis sekali. Nanti InsyaAllah saya akan cerita 'teguran-teguran' Allah pada saya. Memang banyak cerita waktu di Makkah dan Madinah yang menginsafkan dan menyakinkan saya yang Allah sayangkan saya sangat-sangat.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam khairyn,

mama memang sentiasa teruja baca entri hal pengalaman menunaikan haji & umrah. tk...:D

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Kalau punya masa insyaAllah aku nak naik Jabal Rahmah tu,mmg betullah lebih baik berdoa di depan kaabah tapi alang2 dah smpi teringin juga nak mendaki, lagipun kalau nak memohonkan kepadaNya kenalah usaha sikit kan...kan..ini pendapat aku je ler :-p

khairyn said...

mama zainab
Alhamdulillah rasa manis pengalaman ni sebab rasanya memang puas bersusah-susah dahulu :)

Elly
Kekangan masa tak mengizinkan kami mendaki bukit Rahmah. Don't worry boleh jer kalau kau nak mendaki Jabal Rahmah tapi kena mohon dari Allah tau, bukan sebab kau dah daki bukit tu. Yang penting sabar dan berserah pada Allah. Selamat mendaki :)