Monday, April 12, 2010

Undangan tetamu Allah

Hari 1 - Ke London


Kepala masih lagi berdenyut-denyut sebab malam sebelumnya memang aku tak cukup tidur. Menghabiskan esei Sosiologi yang perlu di hantar awal. Empat hari awal dari tarikh deadline. Nasib baik semua baju-baju banyak yang sudah siap digosok, tinggal nak dimasukkan ke dalam beg saja. Keletihan memang sangat terasa sebab pagi tu aku masih lagi bekerja. Jadi pagi tu, aku heret sekali beg besar ke tempat kerja. Selesai kerja jam 9, aku lari ke universiti dan masukkan esei dalam kotak. Lari balik ke kolej, ambil beg, heret ke Buchanan Bus Station untuk ke Glasgow Airport. Aku dengan Akuatik saja yang naik kapalterbang ke London sebab Mimi ambil tren ke sana awal pagi.

Dalam banyak-banyak perjalanan, ini merupakan pengembaraan yang sangat penting bagi kami bertiga. Akhirnya setelah menunggu tiga tahun lebih, Allah berkenan melayangkan kad undanganNya pada kami untuk ke rumahNya. Bayangkanlah tiga tahun menunggu, akhirnya diberinya peluang. Rasa macam tak percaya pun ada. Rasa macam sangat-sangat istimewa pun ada juga. Sepanjang perjalanan, aku tidur saja. Mata memang tak boleh bukak, badan memang sangat letih. Sebaik saja, aku pakai talipinggang keledar, aku dah lentok. Bukak mata bila kapal terbang mendarat di Heathrow Terminal 1. Dari airport, kami meneruskan perjalanan ke Kota London untuk penginapan satu malam di Malaysian Hall. Rehat sebentar, malam tu terus pergi untuk penerangan umrah. Penerangan selesai pukul 9.30pm, terus berlari kembali ke Malaysian Hall untuk berehat. Pagi esoknya berkumpul di Heathrow untuk penerbangan terus London - Jeddah.

Hari 2 - Ke Jeddah

Pukul 9.30am kami berkumpul di Heathrow Terminal 1 untuk proses check in. Dugaan Allah yang pertama. Sistem komputer rosak jadi semua kerja-kerja harus dilakukan secara manual. Bayangkan dari pukul 10am beratur hingga pukul 12, masih tak selesai lagi urusan di kaunter. Selesai aje urusan check-in, kami terus ke atas untuk sekuriti, dan kejar penerbangan yang sudah menunggu. Haish! Orang Arab memang buat kerja tak berapa nak senonoh. Tapi, redha ajelah. Lagi sekali, lepas solat Zohor dan jama' Asar, sepanjang jalan tu aku tdur aje. Bangun masa makan dan miqaat saja.

Tiba di Jeddah. Dugaan Allah nombor dua. Hampir sejam menunggu mahram di kaunter passport control. Orang lain dah lepas, kami tak lepas-lepas lagi sebab mahram sengaja melewat-lewatkan masa. Dalam hati rasa macam nak marah aje tapi itulah.. kena bersabar. Setelah selesai urusan paspot, berkumpul lagi untuk menaiki bas terus ke Makkah. Bisanya jemaah umrah dari Malaysia akan terus ke Madinah sebelum ke Makkah, tapi jemaah kami terus ke Makkah kemudian baru ke Madinah. Rasanya lebih untung buat macam ni sebab selesaikan semua ibadah umrah dulu baru berhorray-horray di Madinah. Lagi seronok macam tu apatah lagi kami ni students jadi by the time kami di Madinah, otak kami pun dah tenang-tenang aje.

Bas bertolak sekitar jam 11pm dan sepanjang-panjang perjalanan kami tak henti-henti bertalbiah. Labaikallah humala baik. Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu. Kami tiba di Hotel Johrat Mona sekitar tengah malam. Selesai urusan bilik, makan malam dan mendengar taklimat, kami terus dibawa untuk melaksanakan umrah. Ustaz dari Indonesia yang bimbing kami. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram kami melalui jalan pasar dan Masjid Kucing. Itu kira landmark kami. Ustaz kata kalau sesat, check direction kat situ. Dari situ kami terus ke pintu Babussalam. Pelan-pelan melangkah ke masjidil haram. Hati mula rasa berdebar-debar. Bertanya dalam hati, apakah Allah akan tahan pandangan aku? Akan nampakkah Kaabah yang aku lihat gambarnya setiap kali bersolat 5 waktu? Masa tu memang berdoa semoga nampaklah Kaabah tu. Dan bila terlihat aje... Subhanallah, inilah rupanya Kaabah.

Bila dah nampak kaabah tu, segala perasaan hilang. Aku tak ada rasa sedih, sayu atau takut tapi lebih kepada rasa kagum. Macam woaaah! Inilah Kaabah yang sebenar-benarnya. Besar sungguh!Bila melangkah turun dari tangga menuju ke dataran untuk bertawaf pun rasa kagum tu tak hilang lagi. Jam waktu itu dah melewati 2 pagi tapi, orang masih lagi ramai yang bertawaf. Melangkah mendekati baris Hajarul Aswad, berniat dan melambaikan tangan lalu memulakan tawaf umrah - Dengan Nama Allah, Allah Maha Besar! Sepanjang-panjang tawaf aku memandang objek empat segi besar yang bernama Kaabah. Hati masih lagi tak percaya aku dah berada di dataran dan bertawaf mengelilingi Kaabah. Mulut kumat kamit mengikut bacaan ustaz. Buku panduan aku jeling sekali sekala. Tiba di Maqam Ibrahim dan seterusnya ke Hijri Ismail kemudian aku mendongak ke atas memandang pancur emas. Berjalan lagi hingga ke Rukun Yamani dan seterusnya ke Hajarul Aswad sekali lagi. Tamat satu pusingan. Seterusnya begitulah sehingga cukup 7 pusingan. Aku rasa kalau ustaz tak bawa malam tu entah berapa kali agaknya aku pusing bertawaf mengelilingi Kaabah. Aku mudah hilang tumpuan kerana asyik memerhatikan persekitaran Kaabah.

Selesai bertawaf dan melakukan solat sunat di hadapan multazam, kami terus ke kawasan Saie. Ah! Yang ini memang mencabar kekuatan mental dan fizikal. Badan mula terasa sangat-sangat letih apatah lagi aku memang tidak cukup tidur sejak dari Glasgow lagi. Tapi, aku gagahi juga. Apalah penatnya aku berbanding Siti Hajar yang berlari antara Safa dan Marwah mencari air untuk anaknya Ismail a.s? Aku cepat-cepat beristighfar. Aku bersaie di waktu malam, berbumbung dan berlantai mar-mar. Kipas berpusing dengan laju dan ada paip air zam-zam di sepanjang perjalanan sedangkan Siti Hajar berlari dibawah matahari terik, di kawasan bukit yang tajam menggigit dan mampu melukakan tapak kaki. Dugaan aku tak sehebat dugaan Siti Hajar. Tiap kali aku mula hendak mengaduh mengeluh, aku ingatkan diri sendiri tentang Siti Hajar. Setiap kali kaki terasa sakit berjalan di lantai mar-mar bersegi empat, aku terbayangkan kaki Siti Hajar. Ya Allah! Ujian aku tidak sehebat ibu nabi Ismail a.s. Siapalah aku untuk mengeluh?

Selesai ibadah Saie, aku rasa lega ya amat-amat. Alunan azan yang pertama mula berkumandang mengingatkan umat supaya bersedia untuk menunaikan solat Subuh. Ah! Sudah hari baru di Makkah al Mukarramah. Kami mula bergerak meninggalkan kawasan Saie dan mencari tempat untuk bersolat. Inginnya bersolat di hadapan Multazam tapi kawasan itu dah penuh. Aku berkeputusan untuk naik ke tingkat atas dengan harapan dapat mencari tempat yang selesa, berada di hadapan dan memandang Kaabah ketika bersolat. Alhamdulillah, Allah tunaikan hajat aku, kami dapat ruang yang luas dalam keadaan yang nyaman.

Buat pertama kalinya, aku bersolat fardhu berjemaah di dalam masjidil haram, tanpa perlu menundukkan kepala memandang tempat sujud. Kaabah dan aku saling menghadap.

10 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

SALAM ANAKANDA,

ALHAMDULILLAH.
WASSALAM.

rayyan haries said...

salam akak,

meleleh air mata membaca...sebak...

=')

alhamdullillah....u have been there...

rezeki said...

salam khairyn

alhamdulillah, syukjur ke hadrat Allah swt . Sehala penantian selama 3 tahun akhirnyanya terjawab dengan panggilan Allah menjadi tetamuNYA.

Tentu pengalaman kali pertama ke sana sungguh indah krn perjalanan ke tanah suci tidak akan sama dgn perjalanan ke tmpt2 lain

Lps ni dah boleh sematkan tekad untuk menjadi tetamu Allah lagi dalam mengerjakan Fardhu Haji pula

insyallah

achik said...

seronoknya baca.. tiba2 rasa macam tak sabar plak nak jejakkan kaki kat sana..

*mula menabung*

:)

khairyn said...

Salam

Ayahanda
Alhamdulillah. Akhirnya menjadi tetamu Allah jua :)

Rayyan Haries
Akak dah doakan di Marwah untuk sahabat-sahabat yng menyimpan tekad untuk ke sini semoga mendapat jemputan dariNya :). InsyaAllah, Rayyan Haries bakal menjadi tetamuNya.

Rezeki
Ye, rasa sangat-sangat istimewa sekali menjadi tetamu Allah ni. Memang kembara ini takkan sama dengan kembara yang lain. Yang ni tetap nombor 1 terpahat dalam hati. Rasa macam dah lengkap pengembaraan ini. Dan sudah berdoa semoga Allah jemput untuk menunaikan haji pula diwaktu muda ni :)

Achik
Semoga rezeki Achik berkat dan dapat menabung untuk menunaikan umrah pula. :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam khairyn,

alhamdulillah..seronok mama baca pengalaman pertama khairyn menunaikan umrah. alhamdulillah.

khairyn said...

mama zainab
Alhamdulillah :)

rayyan haries said...

salam akak,

I don't know why but i cried reading all your post.It's so beautiful that i can't hold my tears. Subhannallah, I am far away from Him. and thank you for your prayers at marwah.really appreciate it. InshaAllah,i've promised myself to be there one fine day....one fine day.. =)

mamawana said...

Salam caiyang...

Mama pun selalu rindu nak berhadapan dan saling mengadap dgn Kaabah. Insyaallah. Doakan mama sampai di musim Haji 2010 ini.

khairyn said...

Rayyan
Like you, there were times when I thought that can Allah loves me? Am I worthy of Allah's love? But know what? Allah does love me and you. We are too far away from Allah but Allah never leaves us. Allah is very near to us than ourselves. Remember, if we take a step closer to Allah, Allah will take 10 steps closer to us.

I know that you are strong but I pray you to be stronger. InsyaAllah, tanam tekad untuk berubah, ambil langkah untuk jadi yang lebih baik dan mohon pada Allah untuk dijemput jadi tetamuNya. Dan akak pasti, your experience will be sweeter. My du'a for you dear :)

mamawana
Semoga mama mendapat jemputanNya untuk mengerjakan haji tahun ini. Du'akan saya juga ye. Teringin sangat nak selesaikan rukun yang ke 5 ni :)