Pulang...
Bukan pulang ke tanah air. Pulang ke tempat mula-mula tinggal di Glasgow huhuhu.
Maaf lama tak update blog ni. Sekarang sedang cuba habiskan buat terjemahan sekuel untuk Terowong (Tunnel). Tajuk buku yang ini Deeper. Ada lebih 600 mukasurat dalam buku ini dan Puan Editor hendak pada 15hb depan. Jadi tengah berhempas pulas siapkan yang ini sebelum habiskan projek seterusnya. InsyaAllah.
Rumah masih lagi tunggang langgang. Kami berpindah balik ke flat PPRT huhuhuhu. Dari poskod G31 kami ke G21 pula. Kenapa? Sebab akhirnya Cik Mimi dapat masukkan nama sebagai salah seorang warga "rakyat termiskin" hahahaha dan layak tinggal menyewa di PPRT. Dapatlah jimat dalam £100 seorang untuk duit sewa. Rumah yang ini ditingkat 11, rendah enam tingkat dari tingkat yang dulu. Tapi, masih lagi dapat pemandangan yang menarik. Apatah lagi Tesco bertambah dekat. Boleh membeli belah bila-bila masa. Kalau ikut pengalaman dulu, kami membeli belah biasanya jam 6.30-7am pagi. Tesco besar 24 jam.
Dah nak masuk tiga minggu tak hujan di Glasgow. Musim panas yang kering. Jarang berlaku sampai mungkin jabatan air akan ambil tindakan 'kemarau' kalau paras air di empangan tak naik-naik lagi. Mendung hari-hari tapi hujan tak turun. Sekarang cuba berjimat cermat dengan air.
Alhamdulillah, dah dapat keputusan peperiksaan. Lulus. Akan convo pada 12 Julai. Insya-Allah. Tamat sudah kembara ilmu sekular di sini. Empat tahun. Satu jangkamasa yang panjang. Perasaan? Ada pasang dan surut. Jadi rahsia antara aku dengan Allah. Dia saja yang faham.
Emak dah beli tiket untuk ke sini. Lepas ni boleh jalan-jalan sekitar Glasgow, ke London kemudian ke Paris mungkin boleh juga singgah jenguk Imran dan new addition si Iman. Terus ke Amsterdam dan bertolak ke Malaysia. Aku? Dari Amsterdam akan pulang ke Glasgow. Sendiri.
Semoga Allah beri lebih rezeki dan mudahkan laluan emak ke sini dan perjalanan kami. InsyaAllah.
12 comments:
salam khairyn
alhamdulillah
tahniah kerana lulus dan berjaya menamatkan cabaran di bumi asing
lps ni bergelar dr khairyn hehe
semoga perjalanan ibu khairyn ke sana dipermudahkan dan sentiasa mendapat kerahmatan dan perlindungan dr Allah
salam khairyn,
Tahniah di atas kejayaan anda.Dan selamat pulang berkhidmat untuk negara.
Negara pun perlu sangat cerdik-pandai.Banyak dah hilang pedoman,lebih2 lagi pedoman agama.
Sealamat dlm perjalanan.
Wassalam.
salam
tahniah ryn,,cm tumpang gembira atas kejayaan ryn,,,cm excited tadi,ingat ryn nk balik,rupanyer nk pindah jer,,kalau balik leh kita datingg...
salam.
KM7 link dgn blog ini.TQ
salam,
Pada satu hari tiga sahabat yang sudah kepetakan dan kebosanan dengan kehidupan masing2 membuat perancangan untuk berhijrah ke negara Ratu. Dua sahabat di selatan tanah air, manakala seorang di Pantai Timur. Rancang punya rancang kuasa Allah mengatasi segalannya. Sahabat di Pantai Timur membatalkan hasrat selepas dipinang jejaka Pahang walaupun sudah mendapat tempat, manakala sahabat yang berasal dari Muar terpaksa melupakan hajat kerana masalah peribadi.
Maka sahabat yang berasal dari negeri Hang Tuah meneruskan cita2 dan impian. Dengan izin- Nya, selepas empat tahun, berjayalah hamba Allah ini menggenggam segulung ijazah, manakala dua lagi sahabat yang tidak berjaya ke sana memperolehi perjalanan hidup yang lebih baik. Kita semua boleh merancang, tetapi Allah sudah menetapkan perjalanan yang terlalu indah buat kita yang sering kita terlupa...mudah-mudahan kita semua menjadi hamba Nya yang lebih baik dari sebelum ini...

Salam
Rezeki
Alhamdulillah huhuhuh... nak dpt gelaran Dr tu jauh lagi ler... huhuhuu.. nak abiskan yang ni pun sesak2 nafas tapi alhamdulillah selesai juga :)
Ayahanda
InsyaAllah ke mana saja Allah tetapkan rezeki saya, saya akan buat yang terbaik :) Semoga Allah kuatkan iman saya lagi :)
CM
huhuhu ya lah bestnya kalau makan err dating hahaha. InsyaAllah kalau balik nanti ai beritau yu yek yek! hehehehe.. sila simpan perut.
mona
tak sangka hahaha.. memang kalau ingat2 balik kisah dulu memang lawak sungguh. tapi kalau tak "idea bernas" kau tu mungkin aku tak sampai sini lagi.. hahahaha.. thanks friend. Semoga perjalanan korang ke sini selamat!!!
semoga dipermudahkan.
wah2 bestnye jalan2 :P
tahniah tahniah.. bestnya tgk orang dah abis study.. :)
sas
thank you insyaAllah :)
achik
terima kasih.. ala achik pun tak lama lagi tamat belajar :)
salam khairyn...
Tahniah...
Semuga rancangan emak khairyn nak dtg untuk convo akan dipermudahkan. Amin YRA.
Alhamdulillah.
Post a Comment