Thursday, June 21, 2012

Di sebalik Korea (2011)

Turun flight naik flight lain.

Dalam keadaan hidup tunggang langgang tu sempat juga aku bercuti ke Korea Selatan. Perkh! Tempat yang aku tak pernah berfikir untuk bercuti. Nak buat macam mana kan? Kurang berminat dengan Korea. Kalau ke Jepun tu mau aku melompat yabedabedoo! Tapi dah orang ajak dan bakal tinggal percuma di rumah orang lain... takkan nak tolak kan? Cuma yang hebatnya kami bercuti 14 hari. Waaahhhhhhh!!! Hebat tak hebat???

Apa lagi sehari selepas turun flight Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lusanya aku ke LCCT untuk kejar flight Air Asia ke Incheon pula.. yippie!

Acara pertama: cuma berjalan-jalan di bandar Seoul. Apa ye yang menariknya bandar Seoul ni.. err.. rasanya sebab ia bandar besar jadi bagi aku, dia macam bandar-bandar besar yang lain jugalah. Tapi berjalan-jalan di bandar Seoul waktu musim sejuk adalah..... sangat sejuk!!! (duh!). Tapi rasa sejuknya ni, lain macam sikit. Sejuk kering. Hehehehe.. memandai aje kan? Konon jadi expert la fasal musim sejuk, padahal cuma nak masuk 5 tahun aje duduk di negara empat musim.. mengada sungguh.

Cheonggyecheon river
Acara seterusnya, aku mencari sungai yang diberi kehidupan baru, Sungai Cheonggyecheon. Kalau ikut sejarahnya, sungai ini sebenarnya dah jadi longkang, (senario biasa untuk sungai-sungai di Malaysia), tapi kerajaan Korea Selatan berpendapat sungai ini perlu diselamatkan. Dan tak silap aku dengan kos lebih AS$900 juta, mereka mulakan projek sungai ini. Sungai ini sangat popular di musim bunga dan musim panas. Bila datang tengok pada musim dingin dan waktu maghrib macam ni.. err... aku rasa macam longkang biasa aje hahahha.. Sangat sadis dan kejam gittew!



Bandar Pusan waktu malam.
Tak sah rasanya kalau ke negara lain, tapi tak ke bandar lebih kecil. Kali ini kami pilih untuk ke Pusan atau Busan. Kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta api dari Seoul ke Busan. Bandar ini dulu terkenal sebab menjadi tuan rumah untuk Asian Games 2002. Sekadar berjalan-jalan sekeliling bandar yang sangat banyak kedai jual segala jenis gajet tapi jangan haraplah nak membeli telefon bimbit di sini walaupun aku pakai jenama Samsung sebab sistem yang digunakan tak sama dengan sistem yang kita guna di UK atau di Malaysia. Setakat nak jadikan mainan tak berguna tu bolehlah hehehe

Makanan laut sangat popular di Korea terutama Busan

Akhirnya kami buat keputusan untuk melawat kuil atas bukit yang terkenal di Busan. Apa ke hal lah tiga perempuan Melayu Islam ini melawat kuil Buddha atas bukit. Tapi tak apalah, in the spirit of camaraderie  kami mencari jalan ke kuil atas bukit. Ha ha ha... sebenarnya kuil ni disenaraikan sebagai tempat patut dilawati di Busan lalalalala.


Pintu gerbang kuil yang tak guna satu pun paku
Tengok! Sedap kan kami makan?

Kawan-kawan bergambar dengan tauke kedai makan paling best di Busan

Huh! Turun aje dari bukit, perut masing-masing dah berdondang sayang. Sebabnya, masing-masing dok makan roti sebagai breakfast jadi dah tiba nak kunyah nasi pula. Di terminal bas di Busan, ada satu kedai makanan Korea yang menunya ditulis dalam bahasa Inggeris. Tanpa mengharapkan apa-apa dari segi kesedapaan, kami pun masuk. Yang penting kami tahu apa yang kami makan. Itu sangat penting. Tapi kami memang tak haraplah makanan itu akan menjadi tersangat sedap.. Rupa-rupanya masuk tanpa harapan rasa makanan itu menjanjikan sesuatu yang sangat indah. Rasa makanan yang dihidangkan adalah sangat sedap. Terlalu sedap sampai ada orang masuk angin dalam perut, dan yang selebihnya makan macam tak nak angkat muka. Akhirnya untuk menunjukkan kami sangat appreciate makanan mereka, kami mengambil gambar dengan tuan punya kedai yang boleh juga berbahasa inggeris sikit-sikit. Aku? tukang ambil gambar pun jadilah...

Tapi ada satu insiden yang tidak boleh dilupakan oleh semua jemaah yang ke Busan. Berangan naik bas open top city travel. Tengok suhu katanya 8C aje. Ah! Okeylah kan duduk atas. Perkh! Rupa-rupanya tulis aje 8C rasanya macam -80C. Gila sejuk! Tapi sebab nak buat endurance test aku tak turun bawah. Biar sejuk, biar beku... aku akan tetap tahan. Akhirnya, aku dah tak boleh rasa sepuluh-sepuluh jari lagi. Kebekuan. Dan pemandu bas buat gila bila lalu jambatan di pinggir laut. Dia bawak laaajuuu.. sampai aku rasa tudung macam nak terbang dan aku-aku sekali macam nak terlompat keluar dari bas. Nasib baik beku, jadi keras macam patung kat atas hahahaha. Akhirnya kami dapat 'cairkan' diri kat restoran Filipina. Sampai mintak owner tolong halakan heater ke arah kami. Bukanke aku pernah kata pada makcik Jehovah Witness, neraka itu pun entah-entah boleh sejuk yang tak terhingga hehehehe


Pertukaran pengawal istana, lebih kurang macam kat Istana Negara kut, cuma lebih banyak warna
Memandangkan banyak masa berjalan-jalan, jadi kami betul-betullah menghayati setiap destinasi yang dilawati. Melawat ke salah satu istana raja di Seoul. Haish, aku tak ingat apa nama istananya tetapi senang nak pi sebab rangkaian metro yang sangat extensive di Seoul. Matahari memang terang benderang tapi cuaca memang sangat sejuk. Seronok juga tengok upacara guard changing ni. Kalau kat London, pengawalnya pakai topi besar, tinggi, berbulu, kat sini lebih berwarna warni. Aku ada juga ambil video, tapi entah kat mana aku simpan videonya.
Kawasan istana ni memang luas. Siap ada dua ke tiga kolam dan aku bet, suasana kat sini lebih cantik bila tiba musim bunga dan musim panas. Selain istana, ada juga muzium dan macam biasa, kena pi cari makan. Kali ini aku berjalan dengan orang beruang eh berwang, jadi pilihan venue makan adalah yang ada er.. haish! Class jugalah. Kalau ikut aku, entah-entah takat makan roti aje kut. Tapi at least aku dapatlah makan makanan pelik sikit di kedai yang agak posh! hahahahaha.. Aku makan nasi dengan empat jenis seaweeds. Pelik tapi sedap!



Kau kunci hatiku???
Destinasi seterusnya ke Seoul Tower. Fuh! Masih tergedik-gedik kesejukan. Hahaha.. itulah.. pergi bercuti dalam musim sejuk, mestilah kesejukan. Kalau musim panas mesti kepanasan.. err tak gitu? Ok, apa yang menariknya di Seoul Tower ni. Okey, nak ke atas, perlu menaiki tram dulu. Kalau nak lebih adventure, boleh aje jalan kaki ke atas. Bukan terus ke atas tapi separuh jalan. Lepas tu boleh naik cable car sampai ke atas. Pemandangan atas puncak bukit memang menarik. Dapat tengok bandar Seoul dan sungai yang berlingkar-lingkar. Memang menarik. Dan satu lagi yang menariknya kat sini, banyak sangat mangga kunci warna warni yang diletakkan di pokok besi macam pokok krismas. Sebenarnya ia sebagai lambang cinta yang dikunci. Memang setiap kunci itu bertulis kata-kata cinta antara aweks kepada balaksnya dan balaks kepada aweksnya he he he. Memandangkan hampir 99% ditulis dalam bahasa Korea, tak adalah aku dapat memahami luahan hati dan cinta yang ditulis pada mangga besi itu.



Aku cinta kamu....
Okey kalau kat luar tu penuh dengan pokok mangga, kat dalam pulak, dindingnya penuh dengan jubin warna-warni dengan konsep yang serupa. Menayangkan rasa cinta untuk dibaca oleh orang ramai. Tapi kalau pengunjungnya macam aku yang tak paham satu apa pun tulisan Korea, tak adalah nak berjalan dan membaca kecuali adalah satu dua jubin yang bertulis tulisan roman tu hahaha.

Okey  melawat pula rumah tradisi Korea yang dipanggil Hanok. Ada beberapa tempat yang boleh dilawat. Satu tak jauh dari Seoul Tower dan satu lagi yang dekat dengan Namdaemon. Aku suka juga dengan rumah tradisi ni, siap ada wakaf lagi untuk berehat. Rumah tradisi ni nampak sangat berangin hehehe. Kalau nak buat model rumah kat Malaysia pun aku rasa sesuai. Cuma perlu diubah sana sini sikit. Kebanyakan Hanok ni Cultural Village ni kepunyaan orang persendirian. Cubalah kalau Kampung Baru kat KL tu jadi macam ni... kan ke best?

Tapi kat Melaka pun ada... kan? Kampung Morten. Hurrmm... bila pulak aku nak ambil masa melawat ke rumah tradisional Melayu tu ek? Nanti... akan dibuat juga satu hari. Insya-Allah (perkh! Cakap macam akan hidup seribu tahun!)



Rumah tradisi Korea


Ini lampu waktu malam di rumah2 Hanok tak jauh dari Seoul Tower

Solat di Masjid Besar Itaewon.

Masjid Besar Itaewon

Sebenarnya tak susah nak cari masjid besar ni, kami aje yang tiba-tiba macam lost gitu. Apakah ia satu daripada Get Lost Mission  aku? Entah. Masjid ni terletak atas bukit. Dan dekat jalan raya di bawah tu ada tanda jalan tunjuk masjid ni di mana. Masjidnya besar dan bahagian perempuan terletak di atas. Tapi, seperti biasa, aku rasa kenapalaaaahhhhh toilet masjid mesti tidak mencapai piaiwaian kebersihan yang sepatutnya??
Apapun, dapatlah kami bersolat di masjid ni. Dan kami angkut juga dua orang gadis Filipino duduk berehat kat dalam ni. Huh! Siapa nak tegah kan? Sekurang-kurangnya kita buka mata mereka mengenai masjid. Insya-Allah kalau terbuka hati nak pulang kepada Islam, sekurang-kurangnya dapatlah juga sehiris dua pahala hehehe


Sarung tangan selepas di mesin menjadi saiz kanak-kanak
Tak sah rasanya kalau tak melawat stadium atau Olympic Park di Seoul sebab kan saya ada kawan yang sangat cintakan sukan. Dan kami pun dah berjanji, kalau berjalan-jalan perlu melawat tempat sukan? Ahaks! Makanya kami ke Olympic Park. Dari petang sampailah ke malam. Huhu... memang sungguh banyak masa kan? Tapi, tak apa, yang penting ada orang gembira dan saya juga gembira sebab dapat menikmati suasana di Olympic Park pada waktu malam. Cantik, penuh lampu yang berwarna warni. Lampu hiasan Krismas pun belum dicabut lagi



Pokok Krismas yang warna warni
Tapi tetap juga pergi ke Stadium Seoul. Alasan... erk konon nak cari souvenirs dan macam aku cakaplah melawat stadium itu adalah kewajipan kami hahahaha


The three setans!

Ke Naminara
Bukan peminat drama Korea langsung. Malah, tak kenal pun pelakon-pelakon Korea yang muka pun sekarang susah nak bezakan yang mana satu lelaki mana satu perempuan. Tapi kawan kata, kalau dah ke Korea Selatan tu, pergi ajelah ke Naminara. Minat tak minat tu belakang cerita. Dan oleh kerana keempat-empat wanita ini bukan peminat cerita Korea, tapi Allah sangat generous tetiba dapat pula merasa ala-ala Winter Sonata hahahaha.. Ya salji sangat lebat masa kami di pulau itu. Bolehlah pendengki dengan peminat cerita Winter Sonata lalalalala

Dua kawan Filipina kesejukan dalam salji

Perkh! Jalan yang sunyi. Bukan senang nak dapat jalan sunyi macam ni di Naminara.

Disebabkan salji yang lebat hari tu, jalan pun tersangat sesak. Sejam lebih tersangkut dalam kesesakan lalulintas, sampai pemandu beritahu seeloknya kami turun dan pergi ke stesen kereta api. Dan satu hal yang aku belajar di Korea ini, walaupun penduduknya kebanyakan buat hal sendiri dan tidak sopan (suka tolak-tolak dalam kereta api), mereka sebenarnya beradab juga. Ada beberapa budak muda yang kasihan tengok kami sebab tak boleh berbahasa Korea dan bantu kami dalam bahasa Inggeris tersekat-sekat. Beritahu suruh ikut aje dia sebab mereka akan turun untuk berjalan kaki ke stesen. Maka berbondong-bondonglah kami berjalan kaki dalam keadaan salji turun mencurah dan malap ke stesen kereta api. Alhamdulillah ramai yang membantu untuk mencari jalan pulang ke Gangnam. Walaupun terkial-kial dan mengira stesen, akhirnya tiba juga ke destinasi.

Boleh baca? hehehe
Menonton bola keranjang

Aku bukan peminat sukan, tapi aku ada kawan yang sangat gila sukan. Tiga puluh kali dia terangkan fasal bola, aku tak faham-faham langsung. Cerita fasal golf, aku akan bosan. Tapi aku tetap akan temankan dia kalau dia nak tengok bola atau pergi stadium. Bagi aku dia suka sukan dan aku akan sentiasa dapat cari aktiviti aku sendiri. Kalau dulu aku temankan dia kat Stadium Santiago Bernabeu tengok kelab Real Madrid beraksi, aku duduk luar tengok orang parking kereta. Sebabnya, rupa-rupanya kalau ada bola, satu bandar Madrid tutup kecuali kelab dan kedai minum.
Tapi kali ini aku masuk stadium. Sebabnya ini pertama kali aku akan tengok match bola keranjang. Antara Samsung Thunders dengan Elephants. Dengan bekal susu coklat dan kudap-kudapan dapatlah aku tengok game ini buat pertama kali secara live. Hehehe.. dan aku sangat suka!! Mungkin kalau ada lagi game macam ni, aku akan tengok cuma... err... yang kat TV Air Asia punya tu err... jarang tengok hehehehe.



Susu coklat sekotak dengan tiket, saya suka hati

Samsung Thunders sedang berlatih
Kiranya, begitulah aku menghabiskan masa dua minggu di Seoul dan Busan. Satu pengalaman yang lain. Yalah, sebab sebelum ni aku lebih banyak habiskan masa di Barat dan bukan ke Timur. Mungkin lepas ni akan cuba lebihkan masa ke Timur.. terus timur.. terus lagi.. sampai tiba Barat balik hahahaha... Itulah Allah jadikan bumi ini bulat.
Tapi, pada masa yang sama, aku kena habiskan masa berjalan-jalan di negara sendiri hehehe.. adoi!

9 comments:

nabilah saraf said...

Sangat bertuah!

khairyn said...

Alhamdulillah. :)

shiyda sahari said...

akum...saye nak tanye...pegi korea guna travel agent ke???

khairyn said...

salam Shiyda

maaf lambat balas, dah jarang buka blog sekarang.

kami pergi korea sendiri tanpa ambil mana2 pakej.

Mark_Gyver90 said...

Hai...berapa agak2 kos perbelanjaan kalau nk pegi Korea ni?

Ariff Lee Photoworks said...

boleh emel saya tak.nak tanya pasal busan, korea.
nurhidayah2301@gmail.com

sabby zain said...

salam sis.. nak tanya pasal kedai makan kat busan boleh? kt mana kedai makan best eh? bole bg tips/ address kedai makan tu? trimas... my email sabby_zain@yahoo.com

Ifa Bunga said...

hi salam sis...blh tau kt mne nk dptkn subway map....tq

pacak said...

download je kt android "korea subway"..mmg detail