Sunday, June 17, 2012

Sepintas lalu

Sejak balik, memang mood untuk menulis pun semakin hari semakin kurang. Bukan sebab tak ada masa, tapi rasanya tak ada cerita nak dikongsikan (walaupun sebenarnya banyak aktiviti yang dibuat). Sebenarnya banyak benda yang bermain di kepala tapi tapi macam tak tergamak pula nak ditulis d'oh

Sebenarnya satu hari selepas mendarat di KLIA, sudah naik pesawat balik, terus menghala ke negara sebelah negara matahari terbit. Negara yang ada lambang fenshui dengan batu bata di empat penjuru. Dari satu tempat beku, menghala ke satu lagi tempat beku. Empat belas hari percutian di Korea Selatan dalam musim sejuk. Menjejak hero dan heroin Winter Sonata di Pulau Nami. Salji turun menderu-deru sampai lalulintas pun terhenti. Tu diaaa...

***
Rindu anonymity 
 
Terbaca status Ustaz Hasrizal di Facebook rasminya. Dia rindu masa-masa menjadi John Doe sebab sekarang kata-kata santai dia pun boleh jadi kata-kata hikmah. Aku pun rindu nak jadi Jane Doe walaupun aku tak ada kata-kata santai yang boleh dijadikan kata-kata hikmah. 

Mungkin sebab itu aku dah malas nak menulis. Menulis setakat merapu di status Facebook. Masih mahu menyorok di sebalik nama sendiri agaknya. Masalahnya menulis sudah jadi darah daging. Sekarang ada tiga manuskrip yang tersadai tengah jalan. Entah bila nak siap. Ada konflik dan plot yang tak boleh nak diselesaikan. Mesti muhasabah diri, sebab bila sudah sudah menulis tiga buku, aku ada tanggungjawab meneruskan menulis. Mesti tanam dalam hati... menulis adalah untuk fissabilillah.

***
 Aktiviti
Kalau dulu, berjalan kaki setengah jam pergi dan setengah jam balik bukanlah satu aktiviti tapi kemestian, sekarang berjalan laju satu jam SEMINGGU pula menjadi aktiviti riadah. Apakah??? Dan untuk berjalan laju itu, aku perlu bercinta dengan Abang Vee O yang membawa aku ke Taman Tasik Perdana. WHAT THE FART???

Aku rindu kena bangun awal jam 5 pagi dan sumbat telinga dengan MP4, berjalan setengah jam dalam sejuk sambil cuba menghafal surah Yasin dan Waqiah. Aaaahhhhh.... aku rindu hidup yang tidak complicated dengan hayun batang mop, tarik Henry ke sana ke mari, lap cermin dan curi-curi tidur dalam cupboard/closet.

Well, terima kenyataan. Masa itu sudah berlalu dan aku ada tanggungjawab lain di sini. Hidup yang memerlukan aku bersosial dengan orang yang aku suka dan juga yang aku tak suka *sigh*

Teruskan aktiviti riadah. Berjalan laju, berlari dan panjat bukit. Sekurang-kurangnya dapat tambah rasa bersyukur dalam jiwa. Jumpa orang yang sama-sama sayangkan alam dan mesra. Aduh! Rindu nak teruskan aktiviti panjat bukit.... Ya.. ya akan diteruskan.
***
Ingat mati

Seram? 

Kebelakangan ini punya masalah insomnia yang  agak kronik. Satu hari tidur dua atau tiga jam saja. Kadang-kadang bila masuk tidur jam satu pagi, akan terjaga jam 2.30am. Ingatkan macam dah tidur lama, rupa-rupanya cuma satu jam setengah aje. 

Bila dah terkebil-kebil tu, buatlah apa yang patut. Dapatlah buat solat tahajud. Hmmm... sentiasa ada hikmah dalam kepayahan. Allah sangat sayangkan kita. Disuruh bangun untuk menambahkan amal. Terima kasih ya Allah.

Dan apabila itu berlaku, fikiran dilanda bayangan sakratulmaut. Teringat doa di depan Kaabah dulu.

Ya Allah, aku mohon kau cabut nyawaku di dalam aku tidak berhutang lagi. Beri aku masa selesaikan hutangku sebelum malaikat Izrail menyempurnakan tugasnya terhadapku.

Aku lupa sebenarnya. Ajal dan kehidupan itu adalah selari. Aku bukan boleh lewat-lewatkan bayar hutang semata-mata hendak hidup lama kerana setiap hari setiap detik ajal kita semakin menghampiri. Kena berusaha bersungguh-sungguh selesaikan apa yang perlu diselesaikan, tambah amal yang perlu ditambahkan.

Kesimpulan

Status. Masih macam dulu. Bekerja dengan syarikat swasta. Masih cuba selesaikan tanggungjawab dengan kerja-kerja haram dan tak jemu-jemu merayu Encik Ilham datang bertandang dan cantas penyakit MALAS dengan cemerlang.

Niat. Setiap pekerjaan sekarang dimulakan dengan niat "untuk emak, demi mak, sebab mak, jangan mak bimbang"

Sebab. Kalau mak suka hati.... saya lega.

No comments: