Balik kerja tadi, wirawati terus menelefon bonda. Bertanyakan khabar dan juga surat yang telah diposkan minggu lepas. Bonda kata surat tak terima lagi. Oh, mungkin posmen-posmen susah nak bergerak disebabkan hujan lebat agaknya. Mungkin awan yang berkepul-kepul di langit menyusahkan pesawat untuk bergerak. Mungkin juga jalan ke Melaka sudah terputus. Ah.. seribu kemungkinan.
Wahai Pejabat Pos dan abang posmen, cepat-cepatlah hantarkan surat itu ke rumah bonda. Ia penting. Juga kad ucapan tahniah pada anak saudara ya. Dia baru lepas PMR dan wirawati ingin memberi kata-kata semangat padanya supaya berusaha lebih lagi untuk SPM akan datang. Cepat ya abang Posmen!
Tadi bonda bercerita pasal hujan, pasal banjir di selatan tanah air, juga pasal angkara mereka-mereka yang alpa lantas menyebabkan bumi marah dan Allah murka. Bonda tipikal orang Melayu. Melayu-Jawa. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan setiap musibah yang menimpa pasti kerana insan-insan leka dan menyebabkan Allah murka. Bonda tak kisah pasal 'global warming'. Bonda tak mahu tahu tentang radiasi. Bagi bonda, kalau kita lupa diri kita, lupa Pencipta kita, maka terimalah balasanNya.
'Kesian orang di Kota Tinggi. Baru sehari dapat pulang ke rumah, banjir lagi,' kata bonda.
'Ya, saya membaca di internet. Mendengar berita di KLfm melalui internet juga. Sehingga ada ingin mengisytiharkan darurat.'
'Ya, tapi tak jadi. Kasihan mereka. Air naik hingga ke bumbung. Inilah yang dikatakan musibah. Allah murka,' kata bonda lagi. 'Saudara makcik Senah (jiran bonda) kata, baru satu hari beli dapur gas ganti dapur yang tenggelam dalam air yang baru itu pun rosak juga.'
'Kenapa?' Soal wirawati.
'Tenggelam lagi. Kasihan sungguh. Macam tu juga keadaan di Batu Pahat. Syukur di Melaka tidak teruk macam tu lagi.'
'Apa cerita Pilihanraya kecil Batu Talam?' wirawati tukar tajuk.
'Ah! Mengarut. Sudahlah musibah di Johor, masih lagi nak buat pilihanraya kecil. Duit yang ada tu sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir. Tak payah susah-susah nak buat pilihanraya,' kata bonda lagi.
'Dengar PAS nak boikot SPR?' Wirawati menyoal.
'Sepatutnya dari dulu lagi. Telus ke kalau ada nombor siri dalam borang mengundi?'
Wirawati angguk kepala tapi bonda tak nampak. 'Hujan lagi ke bonda?'
'Hari ni nampak cerah sikit.'
'Mesti harga ikan naik tinggi kan bonda?'
'Bukan setakat ikan, harga sayur pun dah mahal,' ujar bonda lagi. 'Oh! Lupa nak cerita, bonda tanam kacang panjang. Sudah berbuah. Adalah dekat enam tujuh biji.'
Wirawati ketawa, 'Itu sekali masak saja, bonda. Er.. bonda tanam di mana? Dulu ada tanah sekangkang kera bonda buat besarkan rumah. Kita duduk rumah teres je bonda.'
'Oh! Bonda tanam dalam kotak styrofoam putih. Gunakan ampai lama jadikan tempat dia memanjat. Bukan kacang aje, bonda pun dah semai biji terung. Tak lama lagi berbuah. Tak payah beli sayur di pasar.'
Ah! Bonda. Dulu sebelum besarkan rumah, tanah selebar dua buah meja tulis itu bonda tanam dengan pokok betik, peria katak, daun cekur, pokok kari, cili besar, cili padi dan pokok kunyit. Kalau betik berbuah, habis semua jiran diberikan buah betik. Pokoknya juga semakin tinggi dan semakin rancak berbuah.
Kalau wirawati pulang, hidangan malam pasti peria katak tumis dengan ikan bilis. Semangkuk besar bonda sediakan sebab wirawati memang suka peria dan juga peria berbuah lebat di celah-celah pagar belakang rumah. Kalau bonda masak kari untuk ayahanda, pasti semerbak harumnya kerana diletak beberapa keping daun kari. Cili? Ah tak payah langsung beli di pasar. Petik saja di celah-celah pokok peria dan pokok kunyit.
Di hadapan rumah pula berdiri megah dua batang pokok mangga. Buahnya lebat kadang-kadang bergayut melanggar dahi sesiapa yang lalu di bawahnya. Bukan setakat manusia yang menikmati kemanisan buah mangga bonda, malah monyet-monyet dari bukit seberang turut berpesta mangga. Belum lagi bonda yang hari-hari berperang dengan burung yang mematuk separuh buah lalu dibiarkan saja. Tak dihabiskan.
Setengah jam 'bersama' bonda buatkan wirawati rindu pada semua itu. Apatah lagi sekarang ini. Mungkin di tanah air, banjir melanda, tapi apa kurangnya di sini. Hujan dan angin yang menggila. Sejuknya...
13 comments:
sy juga berpegangan spt bonda. banjir itu ialah bala. ia juga ada hikmah. port2 maksiat sudah tiada. masih adakah media yang khabarkan tentang bala? ada yang ambil pengajaran?
PS: agak2 nake ke singapore tumpang mandi dan minum. :)
Salam Sis,
Ya setuju dengan bonda dan ainee. Dalam keadaan macam tu ada juga yang terus alpa..masih sempat berkaraoke di tempat penempatan banjir. Hanya segelintir yang menyembah Allah yang Maha Esa. Selebihnya hanya menanti keadaan reda tanpa memohon kepadaNya.
Pasti akak rindu dengan bonda kan. Bonda akak sama seperti bonda saya. Apa yang ditanam pasti menjadi. Tangan yang banyak berjasa tu sungguh mesra alam sekali.
salam ainee dan Iman
Sudah berkali-kali Allah bagi peringatan tapi setiap kali itu jugalah kita alpa.
Bila kita kata ianya bala, kita pula dikatakan kolot. Bukankah itu bencana alam? Tapi sebenarnya merekalah yang kolot. Bukankah dalam Al-Quran sudah menyebut/bercerita tentang bencana yang menimpa umat yang engkar?
Lupakah mereka pada kaum Nabi Allah Nuh? Lut? Pada Kaum Ad? Juga pada tsunami yang melanda hampir 3 tahun lepas? Masih lagi lupa & alpa.
ainee, ah Singapura.. Yang paling hampir tapi paling pendek pula tangan untuk membantu.
iman, bonda memang begitu. Suka bercucuk tanam, bunga ataupun sayuran. Apa saja pasti menjadi. Pandai memasak, menjahit dan bertaranum. Saya? secubit juga tidak mampu menjadi seperti bonda.
salam semua,
bala, musibah, bencana alam. apa-apa label yang diberi manusia, sesungguhnya ianya satu peringatan dan juga hukuman dari Allah kepada makhlukNya yang sentiasa lupa bak Melayu Mudah Lupa.
Memang kasihan mengenangkan nasib orang johor yang ditakdirkan musibah ni. Dalam mereka sengsara, pemimpin banyak pergi ke luar negara samada bercuti atau hantar anak daftar sekolah. Langsung tak difikir ribuan anak-anak di tanah air tak dapat bersekolah kerana banjir. di mana akal? di mana simpati?
Lupakah mereka orang-orang inilah yang dengan bulat hati dan yakin telah memangkah kotak di sebelah logo "persatuan" masing-masing?
Saya begitu simpati. Betapa angkuhnya pemimpin2 itu sehinggakan bantuan dari "persatuan" warna hijau dan biru untuk mangsa banjir cuba nak dihalang. Beristifar saya.
pasal singapura tidak membantu walaupun dekat .. hmmm saya tak salahkan negara kecik tu. TPM awal-awal lagi menolak sebarang bantuan dari luar. Dia kata malaysia boleh menguruskan bencana yang berlaku dan tak perlukan bantuan antarabangsa.
Akhirnya, peserta PLKN jugak yang kena kerah membantu. memang bagus untuk beri pendedahan khidmat kepada masyarakat tapi banjir di johor ni bukan sikit2. rumah dan kedai 2 tingkat pun habis tenggalam. kalau anak orang jatuh bot ke apa .. siapa nak menjawab kat mak bapak?
iman ada sebut pasal karaoke. hehehhe gelihati pun ada .. geram pun ada bila saya dengar. memang betul tu. puteri berbaju merah jambu buat pertandingan karaoke kat pusat pemindahan sementara.
Cuba teka apa hadiah perdananya?
salam khairyn,
membaca kisah mangga bonda hang buat aku telan ayaq liur. adehhh .. memang sedap bangat mangga-mangga belaian bonda hang tu. MANIS!! rindu nak merasa lagi tapi tak tau bila la masanya.
raya cina ni kami sekeluarga akan turun melaka insyaAllah. adik yang lelaki tu (yup! the once problematic guy!) nak bertunang. bakalnya orang melaka .. tempatnya lupa la plak kat mana. kalau ada rezeki rasa macam nak singgah je umah bonda hang tapi musykil samada minda ni masih boleh mengingati arah ke sana. maklumlah baru sekali singgah.
salam izinni,
Saya kata; Ya! Hantar PLKN juga. Dedahkan mereka dengan misi menyelamat ini. Besar kecil bukan halangan. Jatuh bot? Ah! Mesti Safety First.
Umno? Jangan takut untuk sebut perkataan itu. Blog saya, saya tentukan dan juga saya ahli dalam persatuan - bloggers united.
Rasanya penting pilihanraya dari bantuan kemanusian. Politik menentukan jatuh bangunnya Melayu Umno.. ohhhhh puhleaseeeee!
Ish! Takkanlah sudah lupa jalan ke rumah hamba? Ring ring aje, pasti ada yang akan menunjukkan jalan. Ada lagi nombornya??
UMNO!!! sudah ku luahkan!
adehhhh ... kekadang tak tahu apa ada dalam otak mereka. abih semuh ahkak, adik dan makcik2 umno ke batu talam. ada sorang ahkak ni .. dari johor. dia kata terpaksa gak datang batu talam sebab dah diarahkan walaupun kawasan rumah dia sendiri banjir. dia cakap nak buat camana. dah diarahkan. kesiannnn .. tak reti nak menilai rupanya.
ooo ahli bloggers united ek? baguih ler tu. me like kidafella (betui ke eja?). love his writings. tapi samada ku buta atau kelabu ... kenapa tidak nampak poster mata kekunci papan komputer di lamam hang?
errr .. nombor ek? ehehehehhee SORRY sis! ada lopa jugakkk .. tara pa. bukan satu masalah. tak reti cari maknanya tak layak ler nak kekal jadi journalist! ekekekekke .. akan ku minta dari sekuntum bunga melati itu.
btw ... nak kongsi rasa sebab aku malas nak start blog sendiri. hehehe so nompang blog hang je la ek.
pagi tadi, aku drive gi keja. biasalah fed hiway sentiasa jem. aku selalu amik lane tengah. sampai kat sungai way .. nampak kelibat manusia berdiri kat emergency lane. dah dekat .. rupanya seorang hamba Allah yang kurang upaya dalam lingkungan umur 50-an. Dengan sebungkus plastik yang berisi dan sebatang tongkat putih, dia kelihatan terpinga-pinga. Tak tahu bagaimana dia boleh ada di tepi lebuhraya yang sesak ketika itu. Mungkin hendak melintas? Hanya Allah yang tahu hasratnya. Hati tersentuh sangat, air mata dah tergenang. Tiada seorang pun dari ribuan kenderaan yang berlalu yang mahu berhenti membantu. Aku nak berhenti tapi aku di laluan tengah. Signal kiri ku tidak diendahkan langsung manusia di kenderaan lain. Aku tak boleh nak ke tepi. Aku menyumpah atas kebodohan sendiri. kenapa laaa suka sangat guna lane tengah??!! jadi mata hanya boleh memandang, hati marahkan diri sendiri dan orang lain.
Aku hanya mampu berdoa agar ada manusia yang berhati mulia akan berhenti dan membantu dia.
Aku sedih ... sungguh tidak prihatin orang malaysia. pelancong diangkat setinggi langit .. nak bantu beria-ia. tapi orang sendiri??
sedih lagi ni ....
BTW, dia bertongkat putih kerana dia buta mata ... yang lain tak membantu ... buta hati dan rasa. termasuk aku ler tu!
Izinni,
Adeh! Sendu hati mendengar cerita begini. Kesannya akan dirasakan lama. Sebab dihenyak perasaan bersalah kerana tidak menolong. Oh! I know the feeling!! Kita kan manusia yang gemar membantu. Kalau tak, takkanlah kita jadi 'pekerja' itu :D
Gambar blogger's united ada ditepi. Ada. Oh lupa Tok Mad (Ahmad A Talib) juga sudah ada blog sendiri. Bacalah. Tidak semasam anggur (sour grape) Rocky atau pun yang bermasalah (Jeff Ooi) tapi blognya tetap ada oomph! (walaupun bukan teh)
mek, aku g rumah PM ko malam ari tu. heheh disuruh pegi sebenarnya. banyaklah makanan, mewah2 belaka. ada durian, manggis, rambutan, nasi ayam kepal, sate, putu bambu, ABC dan dancing prawn.
PM turun salam2 ngan semua kengkawan media, seingat aku ini kali pertama aku hadiri malam media bersama PM. Bos2 ku turut datang.
turut sama diusung ke sana ke sini adalah tabung untuk mangsa banjir. bila tabung mampir ke meja aku, kawan2 semua geleng kepala. bila tabung dah lepas, aku tanya napa tak derma, takut tak sampai kat mangsa banjir ke? kawan2 jawap, tau tak pe. ha tepuk dada tanya iman lah jawap ku
oh ya pasal singapore tu, siapa kata mereka tak menolong, mereka tolong juga, tolong semakin menaikkan harga barang makan, sayur ikan di johor.
lepas tu masih ada hati cakap orang johor jahat kerja nak membunuh orang dia.
dengar cerita dari selatan, bukan sekadar pasar tani je dah jadi tempat kerumunan orang singapore, pasar borong hanya bukak tengah malam tu pun dah dilanda orang singapore yang dah kaya nak kaya lagi.
sudahnya orang melayu di johor merempat la nak beli barang makan mahal sangat.
kalau minta tawar, orang pasar tani sure cakap, letak balik, orang singapore mesti beli. hehehe
aigooo ! aigooo !!
This is great info to know.
Post a Comment