Wednesday, January 31, 2007

Kuning, biru dan warna

Ah! Lama dah tak ke sini. Rasanya blog ni pun dah jadi kematu. Keras. Sama kematu dengan jari.
Bermula Isnin lepas, jadual harian saya sudah berubah. Saya sudah menjadi pekerja sepenuh masa. Ya! Sepenuh masa bermaksud saya tak ada satu hari yang khusus untuk saya berehat dan bermalas-malas di dalam duvet. Jadual harian saya bermula dari 5am hingga malam hari Isnin hingga Jumaat dan 2pm-8pm hari Sabtu dan Ahad. Secara rasminya kini, saya pekerja kerajaan selama 2 hari setiap minggu. Saya bekerja di hospital. Bukan sebagai doktor, pegawai perubatan, misi, porter, jurubedah, doktor pakar, farmasi, potter ataupun tukang masak.
Saya adalah petugas 'Domestic Assistant' a.k.a cleaner.
Jika hari Isnin hingga Jumaat saya memegang batang mop dan rakan karibnya baldi, mesin vakum, mesin pengilat dan juga kain-kain buruk, di hospital ini, tugas saya bertambah. Mengisi jag air untuk pesakit juga. Kami diberi uniform dan kad nama pekerja. Saya rasa pereka uniform ini ada sedikit masalah mata. Rabun. Rabun warna.
Bajunya berwarna kuning telur dipadankan dengan seluar berwarna biru gelap. Saya rasa seperti tanda amaran. Jaga-jaga! Warna kuning tu! Berhenti atau pecut! Maaf, saya menyasar. Tapi, itulah yang sebenarnya saya rasa. Cuba bayangkan senario ini, baju kuning, seluar biru dan tudung warna-warna pelangi. Ah! Saya rasa, tak lama lagi saya akan menjadi orang yang terkenal.
Bangunan tempat kami ditugaskan adalah bangunan baru yang bakal dibuka dua minggu lagi. Hari pertama latihan, kami diberi taklimat tentang tugasan yang bakal diamanahkan kepada kami. Hari ke dua kami sudah diberi tugasan membersihkan tiga tandas di tingkat dua. Almaklumlah orang Malaysia memang terkenal dengan rajinnya dan dikumpulan kami yang dominasinya adalah rakyat Malaysia Melayu, maka dari tiga tandas, kami berjaya membersihkan hampir ke semua tandas di tingkat dua itu. Ya, kami memang terlebih rajin.
Hari ke tiga pula, kami diberi peluang untuk memvakum dan mengilatkan lantai menggunakan buffing machine. Sekali lagi, dengan bantuan seorang wanita Zimbabwe (ya dia terselit di antara kumpulan Melayu kami), kami telah berjaya membersihkan dan mengilatkan hampir keseluruhan lantai di tingkat dua. Hebat sungguh kami bukan?
Bagaimana pula esok?

8 comments:

13may said...

hahha...selamat bekerja!

Anonymous said...

hmmm kawanku, bukankah ko sebenarnya sedang belajar di sana? mcm mana boleh bekerja setiap hari ni?

Anonymous said...

Tandas bilik ni dah seminggu tak dikerjakan. tak sempat dek mengejar supervisor yang main cak-cak. apa kata buktikan kerajinan anak melayu kat sini lak. ahaks

AKMA

Kemat said...

rajin2 bekerja..biar org kat saner tau org2 melayu nie rajin dan pembersih orangnya...

INDERA KENCANA said...

Esoknya mungkin habis berkilat dinding luar hospital...

Anonymous said...

HAHAHAHA..aku teramat YAKIN ko pasti AKAN GLEMER lagi TERFEMES di sana..
AKU YAKIN..
AKU YAKIN..
: P
kim salam kat doktor yg hensem lagi bujang ...k..

tOSS

Iman Mawaddah said...

Salam Kak,
Wah..sure resume superb lepas ni. Macam2 kerja buat.

khairyn said...

salam

13may,
ya ya.. selamat dan bekerja dengan selamat juga.

sang diva,
niat memang belajar, tapi tanpa wang bagaimana mahu belajar? Ya, aku memang tamak!! hehehehe

akma,
tak perlu dibuktikan lagi, memang jelas dan nyata kerajinannya. Err... upah harus competative!

kemat,
hehehe.. insyaAllah. Kat rumah rasanya tak serajin kat tempat kerja ahaks!

indera,
ahah! dinding ospital ni memang berkilat-kilat dengan debu hehehe. Tapi tadi sudah kucuci bersih.

toss,
aku memang glamer dan terkenal. Pasti akan jadi yang terpemes. Er! Perkara-perkara yang positif je tau.

iman,
Bukan setakat superb je, panjangnya pasti berkajang-kajang. Lantiklah saya menjadi CEO, pasti saya faham setiap masalah pekerja, dari yang paling bawah hinggalah yang paling atas. Hehehehe