Sudah tibalah masanya untuk wirawati perkenalkan tanah jajahan takluk dan lindungan harian. Bersih, harum dan berkilat-kilat. Maaflah sekiranya kualiti gambar agak kurang. Wirawati hanya menggunakan Ipaq saja. Biasanya PDA ini penuh dengan lagu-lagu Melayu saja tapi hari ini ada jugalah terselit beberapa keping gambar. Nanti kalau wirawati bawa masuk kamera, rakan-rakan seperjuangan ingat wirawati sudah naik pangkat jadi mandur pula.
Pemandangan dalam tandas wanita. Berkilat-kilat dan harum selepas disental dan dimop.
Salah satu bilik amali untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus kecantikan. Yang atas katil depan itu antara senjata yang dibekalkan untuk wirawan dan wirawati di sini.
Bilik darjah setelah divakum. Bersih dan tersusun. Wayar panjang dilantai itu kepunyaan pembantu Wirawati. Henry namanya. Dia dari keturunan Hoover. Sangat rajin. Kebolehan, menyedut segala pasir-pasir dan sampah-sampah kecil.
Selepas hampir dua minggu dilanda hujan dan angin kuat, hari ini matahari memancar dengan terang. Rakan seperjuangan kata 'calm before the storm'. Indahnya Sang Suria.
Pemandangan di luar bilik darjah.
Oh! Dengan rasminya kami di sini berada di dalam musim sejuk.
Butir-butir salji berterbangan sekitar jam 9.25pm. Tapi hanya seketika. Kesejukan yang mencengkam.
5 comments:
Mana gambar snow..?? Tak nampak snow la...
ahha...mana snow???
Uish!
sudah diuploadkan. Salji hanya turun malam tadi. Pagi tadi hujan dan angin kuat. Snow pun ilang...
Tahniah kepada floor manager yang tidak membenarkan habuk sepicing pun.
Ainee.
Ya ya! Saya tak benarkan ia membuat onar di tempat kerja saya hahahaha
Post a Comment