Monday, October 01, 2007

Mula

Kelas Tahun 2 mula hari ni.

Minggu ini aku lancarkan misi "Get Lost Mission". Kalau bahasa kasarnya err.. berambus. Tapi kalau ikut bahasa literary Misi menyesatkan diri. Macam biasa banyak sangat bangunan kat universiti ni yang aku belum kenal sepenuhnya. Antara tiga universiti besar di Glasgow ini, universiti aku ni lah yang paling buruk sekali.

Kalau Glasgow Uni tu nampaklah senibina lama yang sudah beratus tahun. Kalau Caledonian University (Cali bagi orang sini) nampaklah modennya. Aku suka lepak kat library Cali ni sebab posh dan boleh duduk-duduk sambil minum-minum kopi. Alah, takat satu cawan kopi orang belanja tu memanglah seronok. Oh ye, harga kopi kat universiti-universiti ni pun bergantung pada ranking. Kopi paling mahal sudah pasti lah kopi di Glasgow Uni, kedua mahal tu kat uni buruk aku ni dan yang paling murah di Cali, siap dapat susu percuma lagi.

Oh ye, macamana dengan misi menyesatkan diri tadi? Berjaya! Sukses! Aku berjaya menyesatkan diri dan rakan-rakan pagi tadi. Dalam Web dikatakan kelas Journalism diadakan di Colville Building, rupa-rupanya dorang tukar tapi tak update di WebCT. Untuk semester pertama kelas di Graham Hills, bila semester ke dua baru di Colville Building. Cheh! Nampak gaya menurun bukit lagilah aku ni. Kureng best turun bukit ni sebab kalau musim sejuk, asyik hujan saja. Risau ai yu!

Huh! Lepas ni jadual hari Isnin aku akan padat sampai tak sempat makan. Ya lah dalam bulan puasa ni tak apalah, tapi nanti lepas bulan puasa hehehe.. buat puasa enam.. lepas bulan Syawal, aku nak kena puasa sunat kot?

Sebab? Hari Isnin, lecture mula jam 11am-1pm. Tengok dari cara Brian McNair bagi syarahan tadi, rasa-rasanya dia tak nak bagi rehat hatta lima menet pun. Dari jam 1pm-3pm pula aku ada workshop dari lecturer Eamonn O'Neill. Oh dia ni pun lecturer untuk Investigative Journalism - program Masters yang baru diperkenalkan di universiti aku ni.

Tak pe, tak pe... aku dah berkira-kira. Sekiranya lepas bulan puasa dan perut aku minta diisi masa itu juga, aku akan makan depan muka Eamonn ni. Bukan ke tadi dia kata "Journalists are a bunch of unique and crazy people."

Macamana agaknya kalau aku makan nasi lauk ayam masak lemak depan dia ek??

20 comments:

Pa'chik said...

selamat kembali ke sekolah...

akirasuri said...

selamat sekolah..
selamat berjuang..
selamat mensibukkan diri..

psstt: tak dapatlah kita berfoya-foya lagi ek :p

Unknown said...

peminat setia kau ni...sungguh tergaru aku di buatnya.
setia sungguh menantikan entri2 kau
ensem ker? bila dia nak pinang kao di cyberspace?
by the way lagu jefridin ni sungguh sayu lah...waaaaaa

khairyn said...

salam

pa'chik
oh terima kasih ek.

akira
terima kasih ler dayang senandung ku tersayang. ish ish ish.. ada masa kita tetap buleh berfoya-foya.

zura
ish ko jangan cakap camtu. dia tu ramai peminat. hahaha.. kang salah sorang peminatnya serang aku, pengsan laaa.. aku cuma ada sebatang paku 5 inci ngan mertun hahahaha

Pa'chik said...

lupa nak tanya... dah tengok citer resurrecting the champ dak?
sebuah kisah benar berdasarkan sebuah kisah tipu...

zwitterion said...

jgn makan depan dia, nanti dia mintak nak rasa.kalau depan saya takpa..lauk ayam ni dah tak bernafsu sgt..haha

indera kencana said...

Hahahaha... tak leh bayangkan. Mesti kelakar..

Ek..?? student uni lain boleh kuar masuk mana-mana uni ke..??

achik said...

uish.. buleh tepu kalau kelas straight camtu.. huhu..

selamat belajar.. semoga dimudahkan semuanya.. :)

Anonymous said...

aik ada sambungan ke sayangku yang cumel lote?
hahak..

saya dulu pun selalu sesat kat sekolah dalam hutan.
biasalah pelupa.
susah nak ingat jalan, mahupun blok fac yang berbelit-belit tu.
hahak!!

he he he.
saya tengah bayangkan sayangku makan depan lect.
kihkihkih!
mengujakan rongga hidung dia wey!
:))

zorrokantoi said...

memanglah glasgow calidonian cantik sebab itu university yang terbaru di glasgow. you should see the building before it was upgraded & refurbished to it's present status. dulu just a simple college building, worse than the glasgow college of food technology depan strachlyde tu

Anonymous said...

salam singgah.
selamat sekolah kembali.
jangan makan depan dia. nanti dia mintak pulak. kalau dia rasa sedap dia mintak anti masak lebih untuk esok siap nak tapau lagi.
selamat men-slim-kan badan.

khairyn said...

salam

pa'chik
Tak tengok lagi (mungkin juga tak akan tengok kot) tapi dah baca review. Oh bukanke hollywood tu kerjanya menipu aje?

zwit
hehe.. nak beli ikan mahal. trout sekor jer dah £2. Kalau nak murah makan makerel la kot. Nak beli daging lagi la tak mampunya :)

indera
hoho.. jangan bayang lebih2. Yep kat sini tak ketat sangat. Tapi tempat2 tertentu jer la boleh masuk.
Kalau Glasgow U tu dah kira tourist spot gak sebab ada hunterian museum. Kalau Cali tu, library memang open untuk orang masuk dan baca dan minum2. pinjam atau surf internet tak buleh. Strathclyde pulak sebab kedudukan dekat sangat dgn bandar tapi library tak access to public lak.

achik
ha ah.. lepas ni, tiap2 isnin ada orang mabuk kelas hehehe

khairyn said...

akira
ye la dayang senandung sayangku. Mula2 malas nak update gak tapi bila ingat get lost mission tu berjaya, teringin pula nak berkongsi cerita.
oh! kudulu adalah digelar transport minister tiap kali berjalan2 sebab senang ingat jalan dan baca peta. Tapi entah kenapa peta uni ni malas betulku nak mentelaah.

bimmer
ye ye betul. Cali baru upgrade jadi uni kan. Tapi lawa la lepas upgrade ni. Eh food technology college tu pun dah ok dah la ni. :)

Pa'chik said...

holiwud tu sapa?

Sastri said...

adeh... sedihnya lagu raya nih... huhuhu...

13may said...

selamat belajar...kita tunggu awak tau ;)

blackpurple @ jowopinter said...

Rindunya nak belajar semula......

banggugar said...

salam khairyn,

sama la kita..

dah stat blaja

hehehe
salam ramadhan
(",)

khairyn said...

salam

pa'chik
ayoyo hollywood ler.. alaa tempat dorang bikin pilem hehehehe.. bukanker keja dorang memang menipu jer??

sastri
ala.. ish ish.. emmm.. ha ah sedey la.

Maymay
Tunggu kita tau awak! Jangan jemu tau. Buat sementara ni kita tak kisahlah awak cari awek lain, tapi kita balik nanti awak kena belanja kita makan baaaaaaaaaaanyak-baaaaaaaaaaaaanyak, boleh tak awak??

purp
hoh! memang tengah sronok blajar la ni. Tapi tang exam tu yg x sanggup hahaha

bang
ye ye mari kita blajar sungguh2 pas tu raya sungguh2 juga hahaha

Anonymous said...

"oo.. itulah yang orang panggel pilam stadio..." kata sudin..

"Bukan pilam stadio daa... film studio..." tempelak si Ramli