Salam
Seminggu tak ada sambungan internet, semuanya kebosanan. Tengok tv pun, gambar berkerekot-kerekot. Guna indoor antenna la katakan. Konon tak mahu kena detect sebab nonton tv tanpa lesen. Cukup jam 10pm semuanya sudah melepek keletihan. Letih mengangkut barang-barang berpindah rumah masih tak hilang lagi.
Bila dah pasang internet, telefon, kabel tv, pun semuanya masih kebosanan. Rupa-rupanya sambungan internet tak ada wireless, kena guna kabel la pulak. Jadi kena balik ke rumah lama ambil router 'Awangan'. Pasang di rumah baru. Dah terlanjur ke sana, terus aje bayar duit rumah, duit cukai, duit api dan air dan duit duit duit. Macam bukak paip duit pula tadi. Laju aje meluncurnya.
Jadi tadi, mulalah melayari suratkhabar-suratkhabar online untuk catch-up berita-berita di tanah Malaya dan tanah Ratu. Banyak rasa tak puas hati yang keluar tapi... malaslah nak komen. Sudah pasti berita Allahyarham Nurin Jazlin yang sebabkan panas aje jiwa aku ni. Jengok ke blog orang lain, hmm... ramai yang sudah buat komen-komen dan spekulasi. Ada yang aku setuju dan ada juga yang tak setuju. Manusia ini berbagai-bagai ragam kan? Aku bandingkan kes itu dengan kes Madeleine McCann yang hilang tak jumpa-jumpa lagi tu.
Baca pula kisah pertembungan antara Burmese military junta dengan monks. Keadaan bekas koloni British semakin kucar-kacir. Baca juga tentang wartawan jepun yang terkorban. Terfikir, bila pula giliran Malaysia?
Tak apalah.. err... dengar ajelah lagu raya sedey ni. Ni khas aku tujukan buat Akuatik. Aku dah kata, dia memang layak dapat zakat. Asnaf. Dah lah fisabilillah, anak yatim piatu pulak. Korang semua doakan ajelah untuk dia (dan aku) supaya rajin-rajin belajar, kuat semangat dan akhirnya dapat segulung pengiktirafan pendidikan yang sempurna dan bertaraf star star star star star dari University of Strathclyde, Glasgow UK.
p/s - aku dah kata, doa korang sangat mustajab. Apatah lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ni.
p-p/s : Harris sudah bertambah sihat dan Mona semakin ceria dan kuat semangat. Ohhhhh... terima kasih lah kat korang semua ye.
11 comments:
Yeay 1st!!
he he he :p
Oh..
hamdallah buat kak Mona dan suaminya..
mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.
Oh..
untuk kak khair..
mudah-mudahan grad dengan 1st class..
aaaammmmmmmmmmiiiiinnnn!!!
Ny,
Duit..duit..duit...aku tiap2 bulan memanjang duit habis atas kertas, gaji belum dapat,asal kira je lari budget, 10x kira langsung pokai bulan tu!
Ni nak raya tengah bulan lak! alamat takde angpau ler sepupu sepapat tahun ni, hanya untuk anak buah bertiga tu je !
Baca pula kisah pertembungan antara Burmese military junta dengan monks. Keadaan bekas koloni British semakin kucar-kacir. Baca juga tentang wartawan jepun yang terkorban. Terfikir, bila pula giliran Malaysia?
gulp!
kisah sami bukan velu dengan tentera junta...
tak jadik kot kat sini..
ulamak kita pengecut... nak menegur kerajaan yang pincang dari sudut ugama pun takut tak leh nak cari rejeki.. apa lagi nak berdemo macam tuh...
lagi pun... polis kita... baik.. kekeekke... mana ada kekekke.. nak tembak o kekekek....rang..
salam..
selamat berpuasa..
moga kita daat menghayati malam nuzul quran itu...
Kalau nak di ikutkan.. cakap pasal duit.. sampai bila pun tak cukup harny oii..bila tak ada duit nak duit..bila dah ada duit..nak banyak lagi..bila dah banyak duit..nak banyak banyak dan banyak lagi..
Kalau dak takkan ler si bill gates tak pencen pencen lagi sampai ni.... walaupun dah kaya giler...tak gitu?
Duit...satu benda yang pelek...sikit tak cukup, banyak pun tak cukup. Jadi selagi kita hidup selagi itu kita nak bagi duit kita cukup. Tapi kita bukan nak duit cukup, kita nak BANYAK duit. Kalau duitini mendatangkan masalah, kenapa manusia cipta duit? Yang sebenarnya, hidup ini penuh irony. Yang bermasalah itulah yang mendorong kita untuk terus hidup. Hidup tanpa masalah, bukan hidup yang normal, tanyalah orang gila...
p/s: Allah menduga sejauh mana ketabahan hambaNya menghadapi dugaanNya. Mona satu contoh yang semakin pupus dikalangan warga metropolitan.
osmet,
balik nanti kira tau.
eh! u tak cash kan cek i ker?awat duit banyak lagi di bank...
salam
akira
klap klap klap. tahniah! errr pasai pa?? hehehe
akira lagi
ya seronok dengar suara yang semakin ceria.
Yes!! 1st class - huish! boleh ke gapai ni?
elly
pokai ko tak sepokai aku ni. Bakal akan menjadi pokai sepokai pokainya huhuhu. err angpau untuk aku tak de ke?
sang diva,
ya ya.. ia bakal terjadi di negara kita kalau orang kat atas tu terus menerus tidor berulit.
kekekek
apadaaa gelak macam tu. oh Insya-Allah aku yakin akan berlaku. walaupun bukan ulama yang jadi front-line nyer. Mesti jadi jangan tak jadi. Aku tunggu ni! hahahaha
farid
moga kita dapat juga lebihkan ibadah dlm 10 mlm terakhir ini.
dura
aku pun nak banyak duit gak ni. nak bayar yuran hahahaha. Money makes MY WORLD go round hahahaha. bukankah aku sudah diajar untuk sentiasa jadi mata duitan lalalala
zura
hehehe aku tak percaya duit boleh buat kita sunyi. Kita banyak duit kita boleh joli kan kan kan? Bila lagi ko nak joli kat rumah baru aku ni??
Ye, Mona memang la satu dalam sejuta. Aku respect dgn semangat dia. Semoga dia lebih cekal dan tabah.
cik mi
ya ya.. cik osmet. Duit anda masih selamat. Tunggu mimi balik laaa baru cash kan. Risau ai yu! Amacam Mesir, best?
Pssstttt buat friends of Beatson semalam. Fuhyoh! Bilik macam hotel laa
masa bila lak aku kata duit boleh buat kita sunyi??? ko ni silap baca la.
ada duit aku akan berjoli lagi kat rmh hang...
Post a Comment