Monday, November 12, 2007

Are You Ready?

Huh! Hari ni rasa tak produktif langsung ... er.. dari segi pembelajaran bukan dari segi yang lain-lain. Padahal esok ada tutorial yang memerlukan aku bersedia tahap maksima. Bab baca buku ilmiah untuk aku hari ni memang kurang produktif tapi bab lain aku sangat produktif; contohnya tidur, makan, buat kerja haram dan bertenet. Yep! Satu hari suntuk aku duduk di khutub khanah sambil bertenet tengok perarakan baju kuning (Digi nak tukar kaler korporat ke lepas ni? Jukebox dapat promo percuma lah.. ke lepas ni kedai kasut ni pun nak kena tukar warna korporat?).

Dari situ aku tengok la jugak wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin. Hahahaha! Nasib baik aku di khutub khanah menonton dan mendengar menggunakan earphone, kalau tak memang dah guling-guling aku gelakkan jawapan dia tu. (Korang pi lah tengok kat blog Pa'chik naaaa.. dia letak clip youtube). Buat malu bekas-bekas wartawan aje. Ye, dia ni bekas wartawan Utusan Melayu. Tapi jawapan yang dia berikan pada wartawan Al-Jazeera tu tak melambangkan dia pernah belajar ilmu kewartawanan dulu. Emosional tak tentu hala! Biasalah wartawan, soalan mestilah berunsur provokasi. Itulah lesen wartawan sebenar. Kalau tak berani bertanya secara live tak payah jadi wartawan, jadi ajelah blogger, menulis di sebalik pseudonym. Dan kau tak payah jadi menteri kalau tak berani hendak menjawab soalan! Bukankah kau punya diploma kewartawan? Kau patut tahu semua ni!

Kemudian aku tonton pula interview Al-Jazeera dengan Jeff Ooi pula. Aku suka soalan-soalan dia dan aku suka juga jawapan-jawapan yang diberikan. Tapi, aku tak puas hati bila baca credit di bawah skrin, Jeff Ooi - Journalist. Journalist??? Apa lesen dia ada kata dia seorang journalist? Mintak mahap enchek enchek semua. Seorang blogger tidak layak mengaku dirinya journalist. Dia tidak ada kad kuasa dari mana-mana badan atau organisasi media dalam negeri atau internasional. Dia bukan ahli National Press Club (Malaysia) mahupun anggota International Press Association, jadi dia tak ada hak untuk memanggil dirinya seorang wartawan.

DISCLAIMER : This is my two cents and I DON'T CARE if anybody doesn't agree with me. I'm a Journalism student and I WAS a JOURNALIST and still own a Press card thus I have the right to comment on this. YEAH! AND THIS IS MY BLOG.

Lepas makan tengahari dengan Akuatik dan bincang pasal perarakan kuning, kebodohan Zainuddin Maidin, lawak-lawak tak berapa nak cerdik dua orang lelaki teratas anak beranak dalam negara dan avatar ym dia yang sekarang dah bertukar jadi gambar otromen pula, aku pun sambung browse internet lagi. Tengok-tengok gambar pula. Kali ni aku tengok gambar perhimpunan kuning di London. Oh! Kat London pun dorang buat gak. Ni kira anjuran Parti Keadilan la ni kot (tak berapa sure). Tapi perhimpunan ni dibuat kat depan Malaysian Hall. Kira amanlah. Lagipun orang kat London dah cemuih dengan perhimpunan/perarakan ni.

Sat tadi aku dengan CikSue pun bincang-bincang pasal benda ni. CikSue emosional sikit bila bincang bab politik dan bercerita pasal kebengapan si menteri ni. Tak cerita lagi kat dia bila aku baca berita kata mostly yang rowdies kat perhimpunan tu.. orang-orang Pantai Timur. Mau dia melenting lagi kang. Hahahaha...






Anyway..
Check list untuk esok
a - thermal wear - check.
b - jumper - check.
c - wool socks - check.
d - coat - check.
e - gloves - check.
f - muffler - check.
g - boots - check.

Suhu turun lagi malam ni. Malam semalam 1C. Pagi tadi keluar pun tengok ada frost atas kereta-kereta yang dipakir tepi jalan. Lopak air kat tepi library tadi pun beku sampai jadi icicles atau popsicles. Rasanya malam ni boleh turun -3C kot. Maknanya esok aku bakal jadi snowman eh snow-woman bergerak kot. Alahai!

Lupa - Glasgow menang tuan rumah Commonwealth Games 2014.

19 comments:

Pa'chik said...

oit... urusniaga saham digi semalam digantung... kebetulan sungguh...
ekekekek....

rasa jeff oii tak kata pun dia wartawan.. dia cuma mengaku blogger terkenal je.. ekekek...

err... zam tu sekolah jugak rupanya... ingatkan...

Anonymous said...

pulis kata jangan....

zwitterion said...

sejuknya..:)

indera kencana said...

yey.. yey.. tumpang gembira. Tumpang seronok..

achik said...

mak aih sejuk giler..

Azhar Ahmad said...

Saya tgk youtube tu malam tadi.... Dari psikologi nya, mmg nampak ada sesuatu yang tersimpan... hehheheh

DeeN said...

Fuh! Fuyooo!! Sojuk ke tulang som som. Ya, ya, ini teritori anda. Sila, sila. ;)

pB said...

Gelabah giler menteri itu menjawab.

asyik dok sebut ini bukan negara Mymmar ...

Kemat said...

kamu, jika mat2 saleh tanyakan pasal isu gelombang kuning nie, apa jawapan kamu, apa yg akan kamu terangkan...

bangga tgk semangat orang Melayu, bukan sekadar mencium keris..

all the best utk tutorial itu..

Anonymous said...

demam kuning tak melanda Glasgow ke?

Sastri said...

memang embarassing Datuk Zam tu... tak tau la nak cakap macamana... sejuknya kat sana... masa kat Sydney 12 degrees pun sas dah tak tahan... apatah lagi kalau turun sampai negatif tu... huhuhu...

13may said...

ada ker patut kawan kawan i kata i otak kuning???

ishhh ishh ishhh....

blackpurple @ jowopinter said...

Lepas ni si zam tu haramkan iklan digi kat RTM agaknya... ha ha ha! Zam..zam... ala... kazam...!

khairyn said...

salam

pa'chik
kau gagal baca disclaimer aku. hahahaha. Bila wartawan kata dia journalist - dia diam jer hihihihi. Kalau aku pun aku buat macam dia kot hahahaha.

gputeh@otromem@akuatik
pulis kata jangan
hahahaha
best sangat lah

zwit
oh itu belum sejuk lagi tu. ada lagi yang lebih sejuk. tidor malam pun pakai sweater, socks dan sarung tangan. sayang nak on heater huhuhu

indera
ye ye seronok tapi kan kalau commonwealth games tu err lagi 6 taun. kalau pasal sejuk tu hahaha beku mulut senyum

achik
tu baru acah jer tu

khairyn said...

enchek azhar
dia terlalu emosional agaknya. Buek malu ajer. semua orang dok ajuk dia cakap.

nur
hahaha mari kita jadi sausage.

pb
yang kelakar tu dia sebut erection bukan election errrr kakakakaka

kemat
malaysia adalah segelintir negara bekas koloni british yang BELUM LAGI bergolak - itulah jawapan saya. Orang Melayu bak kata pak lah - pantang dicabar. hehe thanx

mudin
kami ahli Kelab Umno tidak berbuat apa-apa kerana hanya 'beruk' saja yang berdemonstrasi wakakakaka

sas
dia meracau agaknya tu kan sas.
oh 12C tu kira tak de apa kat sini hahahaha. Kalau gales tu mau terbang sekali agaknya hahaha

maymay
eh yu otak kuning ke? jahatla kawan yu. Ai tau otak yu ada biru dan warna2 pelangi kan kan kan hohoho

purp
ish tak leh la digi nak sponsor citer kat tv lagi ye. tak pun jukebox pun kena haram hahahaha lawak

Pa'chik said...

kalau dia cuba betul kan wartawan tu.. malu pulak minah tuh.. ekekek...

cari lah klip zam kutuk blog lim kit siang.. memang lawak.. cuma aku tak mampu nak tengok sampai abes.. rasa mual pulak.. ekekekek....

Anonymous said...

huk aloh pa'chik

lagi sekali ko gagal baca disclaimer aku hahahaha

Pa'chik said...

heleh.. bising pasal diskleimer dia tuh.. baca lah.. saja nak gaduh... ekekek...

Anonymous said...

biarlah apa org nak kata, bagiku kerjaya journalist ini yang paling menggembirakan aku. sebab aku boleh lihat dan tulis macam2. kalau aku tak boleh tulis macam2,sekurang-kurangnya bila aku bukak mulut pasal benda yang aku tengok, orang percaya aku.

hehehehe tapi kalau sekadar menulis tanpa etika, menulis tanpa tanggungjawab, tidak boleh bergelar wartawan kan.

erk tidak bermaksud mengata sesiapa tau.

tanggungjawab tu pun banyak, kalau dengan mendedahkan sesuatu itu boleh menimbulkan kekacauan sebenar contoh, orang berbunuh bergasak, sebab manusia mampu buat inteprestasi pelbagai, adakah ia mencapai tujuan kebahagian sejagat?

kekacauan sebenar tu bukan sekadar storm in a teacup je ye hehehe

aduh letih la bila orang suka gunakan media untuk kepentingan diri.

p/s napa lah orang heboh sangat pasal penyapu tu....