Angkasakan Tamadun Bangsa Melayu, Kata Najib | | KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bangsa Melayu perlu meneruskan perjuangan ke arah mengangkasa dan mengantarabangsakan tamadun bangsa.
Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu bertujuan menggemilangkan atau memartabatkan sesuatu daripada apa yang sudah dicapai ke tahap yang lebih tinggi dalam persaingan global kini.
Katanya bangsa Melayu yang sudah sekian lama "berkampung di hulu dan membumi di darat" perlu menerokai proses pengantarabangsaan dan pengangkasaan yang kini sudah sampai ke tahap kedua-dua saranan berkenaan.
Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata `Bangsa Angkasa' atau 'space nation' sentiasa mempunyai impian tertinggi dan mempunyai tamadun yang hebat dengan hasrat pada satu ketika kelak peradaban yang dibina mampu mencapai tahap terbilang, setinggi dan seluas angkasa selain menjadi rujukan dan tanda aras kepada seluruh dunia.
"Dalam persaingan global sekarang ini tidak cukup dengan mengantarabangsakan Melayu. Oleh itu, tamadun bangsa Melayu dan bangsa Malaysia akan terus kita angkasakan. Semuanya bermula dengan impian besar, impian yang kini semakin menjadi realiti.
"Kita perlu menggali sains dan teknologi, memiliki pengetahuan dan kemahiran, menguasai pelbagai bahasa, menjana ilmu, mengukuhkan iman, berbudaya cemerlang dan bercita-cita setinggi angkasa," katanya.
Najib berkata demikian ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang membawa tema "Mengangkasa Tamadun Bangsa".
Beliau berkata istilah "mengangkasa" yang dimaksudkan ialah suatu pencapaian setinggi mungkin yang dijadikan wawasan dan bukan sekadar terbang ke angkasa atau naik ke langit, tetapi melambangkan usaha sehabis baik untuk menjadikan impian yang dianggap mustahil dapat menjadi realiti pada suatu masa nanti.
Pada masa ini, katanya, orang Melayu berada pada satu tahap dan seharusnya pada hari esok dan lusa, tamadun setinggi angkasa itu sepatutnya sudah berada di depan mata.
Beliau berkata perancangan seterusnya memerlukan "peta jalan dan batu tanda" yang hebat dan pelaksanaan yang cekap bagi memastikan kegemilangan.
Najib berkata untuk mengangkasa tamadun bangsa, lima teras diperlukan iaitu bangsa glokal yang berminda kelas pertama sebagai peneraju, ilmu dan pendidikan sebagai landasan pembinaan, agama dan budaya sebagai asas peradaban, pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan dan kestabilan politik sebagai prasyarat.
"Memiliki sejarah peradaban yang gemilang itu penting, tetapi yang lebih utama ialah zaman ini dan akan datang itu mestilah lebih gemilang. Nostalgia warisan lepas adalah untuk teladan dan sempadan," katanya.
Mengungkap kembali ucapannya pada majlis sama tahun 2005, Najib berkata Melayu Glokal iaitu yang berakar nasional dan berakal internasional adalah satu dimensi baru yang menuntut lonjakan ke hadapan dengan memperkukuhkan daya saing untuk berlumba menjadi yang terbaik di pentas dunia dalam pengantarabangsaan tamadun bangsa.
Katanya apa yang paling penting untuk menjadi Melayu Glokal ialah melalui minda yang diasah dan diasuh dengan sempurna, bermula daripada otak yang sihat yang membentuk minda, akal dan pemikiran yang merupakan kunci untuk membuka pintu kejayaan.
"Jika kita ingin maju, gunakanlah kapasiti minda ke tahap maksimum untuk bertarung di gelanggang dunia. Sesungguhnya, pertarungan pada masa kini dan masa hadapan merupakan pertarungan minda," katanya.
Katanya peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi Muhammad s.a.w diangkat Allah s.w.t ke langit Sidratul Muntaha, sewajarnya mempesona imaginasi dunia, untuk meneroka sesuatu yang belum terfikir oleh manusia.
Sebagai contoh literal maksud mengangkasa tamadun bangsa, Najib berkata tepat pada 9.21 malam, 10 Okt 2007 lepas seluruh negara dan dunia Islam seharusnya bergembira kerana dikurniakan seorang angkasawan, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha
Katanya Dr Sheikh Muszaphar disifatkan berjaya sebagai angkasawan meneroka alam ciptaan Tuhan, mengharumkan nama Malaysia dan menjadi orang Melayu Islam pertama berada dalam bulan Ramadan dan Syawal di angkasa lepas.
"Kita akan terus melangkah ke era penerokaan baru untuk memahami ilmu dan teknologi aeroangkasa. Usaha ini bukan sekadar menghantar seorang angkasawan, tetapi adalah simbol impian satu bangsa yang boleh mencapai kejayaan setinggi bintang," katanya.
Kejayaan ini juga memberi semangat bahawa sebenarnya anak Melayu, anak Malaysia mampu mencapai ke puncak pelbagai kegemilangan dan semoga ia akan terus menjana motivasi dalam kalangan anak bangsa, menjadi idola generasi muda dan teladan rakyat Malaysia untuk menempa nama dalam semua bidang agar menggenggam kemanisan kejayaan perjuangan, katanya.
Menyentuh pembangunan tamadun, apabila diutarakan hasrat mengangkasa hadarah atau tamadun ia adalah sejajar dengan gagasan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang gagasan Islam Hadhari iaitu pendekatan Islam yang menekankan aspek tamadun, katanya.
Najib berkata jika diteliti dalam perjalanan membina peradaban 50 tahun negara dan 61 tahun UMNO ternyata jalan-jalannya tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar.
Beliau berkata ketika berada di persimpangan, pemimpin negara telah membuat pilihan yang tepat iaitu tidak mabuk kuasa tetapi lebih mengutamakan permuafakatan demi membina negara majmuk ini.
Najib berkata penyambung warisan iaitu generasi baru kepada pejuang dan rakyat zaman merdeka sedang meneruskan perjuangan untuk 50 tahun kedua pembinaan negara umpama sebuah larian berganti-ganti yang panjang yang kini berada di tangan kiri dan kanan setiap pemimpin, yang besar atau kecil dalam dewan serta di luar sana.
"Jika saya katakan pewaris pejuang dan pembina peradaban itu adalah kita semua, ya benar, kitalah orangnya; Mamat dan Dollah, Timah dan Joyah, Sabran dan Suparman; Fidah, Hisham dan Ani; Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.
"Persoalannya, adakah kita sudah bersedia, untuk mendukung amanah menggalas perjuangan mengangkasa tamadun bangsa?" soalnya.
Katanya membina peradaban memerlukan usaha yang berterusan lantaran itu, minda Melayu perlu dipacu dengan pembelajaran dan latihan mengenai pemikiran positif, kreatif, lateral, proaktif dan inovatif.
Ia dicernakan melalui pengubahan minda Melayu melalui kepimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan, menjayakan agenda Melayu, melalui pegangan akidah dan terus membina generasi muda, iaitu resipi untuk kekuatan mental bangsa Melayu Glokal yang berminda kelas pertama.
"Percayalah bahawa umat Melayu boleh maju. Percayalah bahawa kita boleh berjaya. Kita boleh maju dan berjaya untuk mencapai apa sahaja citra dan cita-cita mulia. Syarat utamanya ialah melalui ilmu dan pendidikan.
"Oleh itu, pelaburan terpenting sesebuah keluarga Melayu bukan untuk memiliki tanah, rumah dan kereta besar sahaja. Namun, yang nombor wahid adalah untuk memastikan anak-anak, cucu-cicit kita menguasai ilmu dan berjaya dalam pendidikan setinggi mungkin," katanya.
Najib juga mengungkapkan serangkap pantun enam kerat:
Aman, makmur, harmoni,
Tamadun bangsa, diangkasakan,
Di tanah air tercinta ini,
Satu idealisme perjuangan,
Mari bersama kita renungi,
Tanpa noktah, tiada kesudahan.
-- BERNAMA | | |
20 comments:
i tergolong tak dlm org angkasa tu?huhuhu
mimi makhluk angkasa sampah alam semesta.. kepala tupai... err kalau ikut ni, kira kategori mana tu? hahaha
hahak!
terasa nak menari lak ngan otoman tu..
ha ha ha..
terhibur den!
=))
haha.. bangsa angkasa...
kekekekk...
hanya kerana sorang pengembara tumpang... sudah berasa besar kepala mereka...
rosak negara kuku...
ni lagu tema PDBA (polis diraja bangsa angkasa)-
wasasau lusasau sapa sasau wa pun tatau oh
gabannnnn
datang lagi nonton otomen buat senaman..
adeii bergegar lemak aku semua wey dok gelak jek :))
Habis semua gendut-gendut ni bergoyang-goyang. Aduh, memang boleh pecah lemak ketawa!
Ahha, apsal gerakannya selari jer dengan lagu Yassin tu... Nguahahhah
ha ha ha
tak cuba tanya apa pendapat name atau uk_sis ke?
hahaha!
oit.. kalau nak beli anak ko zahrah tu... bila buleh dapat yang otograp? ke nak kena tunggu ko wat sesi otograp anak yang seterusnya?
cik ati,
silalah menari.. err macam exercise pun ada gak aaaa hahahaha
Seronok dapat hiburkan cik ati :D
pa'chik
ko agak, enchik pin tu pun tergolong dalam bangsa ni tak? Dia kan kerajaan langit? ke dia kena naik atas lagi? hahahahaha
gputeh
ko memang suka lagu gaban tu kan? Nostalgik betul la.. aku suka lagu tu, lagu kesatria baja hitam pun. wakakaka.. kerajaan angkasa lepas jepun ni memang best :)
akira
pi aaa ikut, boleh kurus tau
enchek azhar
saya gembira kerana dapat membantu mengkuruskan kamu kakakakaa.. macam ni baru la ada motivasi nak buat exercise hahahahaha.. tak tau nak kata sapa yg lebih 'intelligent' - yassin ka yg cipta lagu tu atau org yg buat video ultraman ni atau mamat yg upload video dgn latar lagu tu.
king
hehehe - tak nak sama2 jadi bangsa angkasa?
mudin
tak de kerja aku nak membetulkan grammar dgn spelling jer nanti kang. Atau dok sakit perut gelak jer nanti.. huh toksah! hahahaha
pa'chik
errr... tatau la. hari tu aku ada pos la kad2 kecik berisi tandatangan cumel ku ini tapi katanya tak sampai lagi.. hahahaha. ish po'chik ko ni selalu buat aku terharu laaaa kakakakaka
emm, sy pun nak tanya sama mcm pa'chik..sebab beli surat ungu untuk nuha dulu ada otograp Kak Sue..:)
sy pun nak otograp cik Khairyn gak..hehe
Owh! Para2 sakura versi otromen! Taksub, takjub, tak lut! Hak hak hak! Mcm tgh buat senamrobik pun ada. Adehhhh!!
Er.. buleh daku dapatkan otograp spesel edision kamu jugak ker, sis. Baru jer beli semalam he he he!
Orang2 yang kerja kat ANGKASApuri tu pun boleh dikira bangsa angkasa gak tu...tak yah susah2 nak naik soyuz...start motor kapcai pun leh sampai
hahah... tak de lah.. mana tau ada rezeki... kan...
tapi.. tak nak lah otograp kat kad kecik chumel...
ko sain kat cek kosong lah... lagi aku suka... ekekekke....
hahahaha.. aduss xtahan sungguh tgk 'bangsa angkasa' menari.. ;p
Salam
Ramai sungguh otromen..ni anak aku tak rengok lagi..hi hi pandai kao cari lagu..
how many schools, places of worship, orphanages and half way homes, loans and scholarships, homes for the poor, food in school programmes, community halls, etc, for the millions spent on sending one man for a ride, and returning home empty handed.
zwit
hehehe.. meh bagi alamat. Akan kulayangkan otograp cumel ku haha
nur
buleh buat senam robik, apa. tu otromen tengah sesi exercise nak menguatkan diri menentang eh mempertahankan bangsa angkasa tu.
hehe.. alamat alamat! ku beri kad tenkiyu jer buleh tak? Tapi kan kalau ramai2 orang beli lagi besh kot. Buleh beli tiket kapaiterbang buat sesi otograp spesel kakakaka
elly
Balik nanti kita pi Angkasa Raya nak? Ingat Nuri Angkasa hahahaha. Naik komuter pun bleh sampai RTM tuu..
pa'chik
eh buleh buleh. Mana cheque nya aku sain meh meh! Tapi kan.. bukan ke ko yang kena bagi duit kat aku? Aku kan pelajar semekin.
achik
ya silakan menari sama. Mesti kurus. Lagu pun besh tu hahahah
mak lang
dah lama dah ada kat youtube tu hahahaha.. sangat kebetulan dengan statement najib tu hahahaha. Lagu plak Islam Hadhari. Mula aku tengok aku dah gelak sakan dah.
nel
you're rite - as always :)
Spending billions for space tourism? We may have sent a man to outer space but the Government is still living in their own comfort bubbles. And always in denial. Cheh!
Post a Comment