Wednesday, November 14, 2007

Nak ketawa ke nak nangis?

Sudah lama tak buat catatan yang bangga diri, takbur dan riak macam entry kat bawah ni hahahaha. Seronok jadi syaitan sekali sekala.

Mungkin untuk waktu yang terdekat, kita akan terus bincang isu politik. Demokrasi, kebebasan bersuara dan usaha-usaha menipu yang dalam zaman digital ni - sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Aku? Aku masih lagi macam dua hari lepas. Tidak produktif dalam hal-hal pembelajaran buat masa sekarang. Tapi masih lagi maintain kepandaiannya (hahahha.. takbur lagi!). Masa dihabiskan dengan menyelesaikan kerja haram aku. Ya aku bagi tempoh sampai hujung minggu ni nak selesaikan kerja haram ni. Selagi tak selesai selagi tu kerja-kerja halal aku yang lain pun tak selesai. Cepat-cepat! Selamat maju jaya!
Tapi biasalah kan, sebabkan gelombang kuning (bukan jaundice - walaupun anak nurul izzah kena jaundice err semoga cepat sembuh) yang melanda, dengan aku sekali asyik dok melompat dari satu blog ke satu blog, dari satu webpage ke satu webpage. Tapi youtube juga menjadi idaman kalbu.



hehehehe

Polis kata jangan.

eh ada kerja plak.. sat lagi lah sambung

27 comments:

Anonymous said...

oh... dah tengok dah... ketawa ajelah...

khairyn said...

ya aku pun dah tengok dah.. tapi macam hisap candulah. nak tengok dan tengok lagi hahaha

polis kata jangan

Anonymous said...

ada 2 klip yg jadi wajib tonton aku hari2 sekarang ni untuk ketawa penawar duka
1. pulis kata jangan...
2. wi hev ERECTION eberi fai yers neber fel

Anonymous said...

cehh sapa la yg takdak gheja dok cut & paste menatang ni..akai ada ka. Tak puas hati tunggu election la..tapi ghasanya macam besa la..slogan kita tukaq, dak pun kita kalih..alih2 telungkup jugakkkkk. Kakakakaka...

Pa'chik said...

oit.. tengok tak klip zam masa dia kondem blog lim kit siang...
itu lagi lah.. dengan memek muka cam sial lagi...
yang best dia sendiri duk ulang komen orang lam blog tu.. 'zam is bn monkey' banyak kali ulang pulak tuh... ekekeke...

Anonymous said...

adeii..
tersengguk-sengguk la tenet ni.

dengki sungguh nak kasi saya buat senaman lemak.
Ha ha ha.

adeii..

Anonymous said...

gputeh@otromem
ya ya aku tengok lagi dan lagi. aku gelak lagi dan lagi. tang erection tu tak leh tahan betul la

oghang
seriusla mamat. aku serius tak paham apa kau cakap. serius!

pa'chik
aku dah tengok dah gelak gak.. tapi yang ni lagi best bagi aku. editing syok.

akira
buat jer la exercise buang lemak ala-ala otromen dulu hahaha

Azhar Ahmad said...

Kerja haram? Apakah kerja haram ittew? Memblog atau baca blog?

Anonymous said...

Salam..senin ni aku start "bersih" muzium..ko nak ikut tak ?

He he.

Achik_Sufi said...

salam khiryn,
moa2 c hat selalu...buatpe skarang? lamela x jenguk khiryn...sorryla yerrr, 2 3 menjak nie asyik sibukje...ape2 pun didoakan khiryn c hat selalu.amin...

Anonymous said...

hahah... kalau menang macam arsenal takpe lah.. ni memang macam juventus... cheh!!

ekekekekek....

Pa'chik said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

taipo.. menang macam juventus...

DeeN said...

Sudah malas nak tengok hak hak. Walaupun tak tengok sampai habis tapi saya tahu apa dia nak cakap. Hebatkan saya nih? (huk huk, jangkit sifat takbur kat Sis Khairyn la neh) *yak, yak larikk*

Pa'chik said...
This comment has been removed by the author.
Pa'chik said...

dah baca cerita jurugambar guoming daily kena belasah ngan orang² amnu?

Anonymous said...

Peristiwa kaum 13 Mei tercetus bermula dari perhimpunan haram

LEBIH 13 tahun berlalu - Februari 1994 - tetapi bagi wartawan yang membuat liputan pilihan raya negeri Sabah ketika itu, drama yang melingkari peristiwa itu masih segar di ingatan, mungkin sebab ia selalu dikisahkan semula pada perjumpaan sesama rakan lama, di meja makan atau di Kelab Media Asing yang biasanya menjadi medan bertukar-tukar cerita.

Seperti drama ketika pilihan raya negeri 1985 apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru ditubuhkan menang tipis ke atas Berjaya – parti yang sudah lama bertapak di Sabah, ada percubaan merebut kuasa menerusi majlis angkat sumpah seorang Ketua Menteri daripada parti yang tewas, meskipun pelantikan itu kemudian dibatalkan berikutan campur tangan Kerajaan Pusat; pilihan raya negeri 1994 juga penuh dengan drama yang mendebarkan.



PBS yang memerintah Sabah selama sembilan tahun dan pernah dalam tempoh itu menyertai Barisan Nasional (BN) dan keluar daripada perikatan itu menjelang pilihan raya umum 1990, berhadapan dengan serangan BN yang begitu beriltizam untuk merangkul kembali negeri itu dan menghukum PBS dan presidennya, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, atas pengkhianatan mereka pada 1990.

Seperti sudah tradisi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, mengetuai kempen pilihan raya BN. Pada 1990, Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai kempen, tetapi gagal untuk menewaskan PBS ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba. Sementara pada 1994, orang yang mengetuai kempen ialah Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ensaiklopedia Brittanica, dalam ulasannya terhadap Malaysia pada 1994, menyatakan yang berikut:

"Anwar Ibrahim adalah ketua penggubal strategi bagi pilihan raya Februari (1994) di Sabah, sebuah negeri di Borneo yang sudah lama dikuasai parti pembangkang, PBS.

"BN memenangi 23 kerusi dewan negeri, mengurangkan majoriti PBS kepada 25. Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah selama sembilan tahun, terpaksa membubarkan (kerajaannya) sebelum ia dapat dibentuk pada Mac berikutan hampir semua wakil rakyat PBS berpaling tadah. Sakaran Dandai daripada Umno kemudian menjadi Ketua Menteri Sabah."

Apa yang sebenarnya terjadi ialah ramai wakil rakyat PBS yang berpaling tadah kepada BN, menyebabkan keruntuhan Kerajaan PBS dalam tempoh beberapa hari saja selepas kemenangannya dalam pilihan raya negeri.

Pada awal pagi 20 Februari, tidak lama selepas PBS diumumkan memenangi pilihan raya itu, Kota Kinabalu sepi dan dicengkam debaran.

Pairin, yang khuatir rampasan kuasa seperti 1985 berulang, memandu terus ke pintu pagar Istana untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, tetapi tidak dibenarkan masuk.

Beliau serta pengawal peribadi yang meletakkan Land Cruiser di hadapan pintu pagar enggan berganjak sehinggalah acara angkat sumpah Ketua Menteri diadakan. Pairin terpaksa berkampung di hadapan Istana selama dua malam.

Sementara itu, semua wakil rakyat PBS yang sudah dipilih dikurung di kediaman rasminya, Sri Gaya, dan semua telefon bimbit mereka diserahkan untuk disimpan bagi mengelak sebarang percubaan BN menghubungi dan mengumpan mereka untuk berpaling tadah.

BN hanya perlukan dua ahli dewan undangan PBS untuk berpaling tadah dan PBS akan menjadi minoriti.

Tiga puluh enam jam kemudian, Pairin dibenarkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, tidak mandi, tidak bercukur, mata sembap dan memakai pakaian sama dipakainya dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian, kerajaan negeri pimpinannya runtuh berikutan ramai wakil rakyat PBS berjaya dipujuk dan berpaling tadah kepada BN yang seterusnya membentuk kerajaan baru.

Dalam ucapan dasarnya pada kongres tahunan PBS pada 23 September 1997, Pairin menyatakan:

"Sudah tentu, pengalaman paling pahit kita dan seluruh rakyat Sabah adalah dipaksa keluar daripada kerajaan selepas memenangi pilihan raya negeri 1994. Penggal keempat kerajaan PBS hanya bertahan selama dua minggu sebelum mandat yang diberikan rakyat dirampas menerusi taktik BN yang sungguh tidak demokratik. Pembubaran kerajaan PBS disebabkan majoriti wakil rakyat PBS berpaling tadah kepada BN. Beberapa bekas Wakil Rakyat PBS juga menubuhkan parti politik mereka sendiri dan kemudian menyertai BN.

"Cara kerajaan PBS dipaksa meninggalkan kuasa dan menjadi parti pembangkang sudah tentunya tidak pernah berlaku di Malaysia yang kita cintai. Sebagai pemimpin dan ahli PBS, kita semua mesti bangun menghadapi cabaran bagi memadam titik hitam dalam sejarah Sabah dengan memastikan parti ini kembali merangkul haknya sebagai kerajaan Sabah pada pilihan raya akan datang."

Setahun kemudian, Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr Maximus Ongkili, yang kini menjadi menteri pusat, berkata:

"Kita patut menimbangkan apa yang berlaku di Sabah pada 1994 sebagai sejarah yang tidak harus berulang lagi. Kerajaan pusat tidak seharusnya membiarkan jenteranya disalah guna oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab dengan menakut-nakutkan pengundi, menggunakan pengundi hantu, membeli wakil rakyat PBS, dan menutup pintu Istana seperti dilakukan pada pilihan raya lalu."

Laman web PBS masih menyiarkan petikan ini mengenai pilihan raya 1994 dengan menyatakan:

"Sesudah kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Pairin mengejutkan rakyat Malaysia apabila meletak jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994. Sukar untuk dipercayai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat kehilangan kuasa dalam tempoh beberapa hari selepas pilihan raya berikutan tindakan melompat parti daripada beberapa wakil rakyat yang tidak bertanggung jawab, berlaku buat kali pertama di Malaysia."

Dan, semua ini terjadi ketika Anwar mengetuai kempen di Sabah.

Pada 1999, selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatannya oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai kempen pilihan raya di Sabah.

Majalah mingguan Asiaweek, yang berpangkalan di Hong Kong, melaporkan:

"Datin Seri Wan Azizah Ismail (Presiden Parti Keadilan yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengutuk tindakan Barisan yang dikatakan menyalahguna kemudahan awam. Begitupun, yang peliknya, ketika suami Wan Azizah, Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dilaporkan menggunakan kaedah sama bagi kempennya di Sabah."

Sebenarnya, mereka yang tahu Anwar, tidak hairan melihat beliau berada di barisan depan pada perhimpunan minggu lalu yang disertai beberapa NGO dan sebahagian besarnya penyokong parti pembangkang bagi meminta pembaharuan bagi proses pilihan raya kerana dalam sebarang keadaan, Anwar adalah ahli politik sejati. Dan, seperti yang sudah ditunjukkan berkali-kali, rakyat Malaysia mempunyai ingatan yang singkat.

Jika melihat sejarah, adalah pelik apabila Anwar, yang pernah mengetuai dua kempen pilihan raya paling kontroversi dalam sejarah Malaysia bagi tempoh 15 tahun lalu, menjadi orang yang meminta pembaharuan bagi proses pilihan raya.

Ahli Umno dan ramai rakyat Malaysia masih mengingati pemilihan Umno pada 1993 apabila Anwar mencabar timbalan presiden parti yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba (Allahyarham), dalam satu pemilihan yang mana wang, media dan jentera kerajaan disalah guna dengan berleluasa untuk menewaskan Ghafar dan pasukannya.

Masalah itu sungguh serius hinggakan dalam tiga Perhimpunan Agung Umno selepas itu, mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk rasuah di kalangan pemimpin parti, menggesa serta meminta perwakilan untuk menyesali perbuatan itu dan menolak mereka yang menggunakan wang untuk mendapatkan undi.

Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu menyertai pasukan Ghafar yang kalah, dan digelar 'Mr Clean' oleh media kerana keenganannya untuk merosakkan proses pemilihan dengan menggunakan wang.

Abdullah, selepas menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri pada 2003, menunjukkan keseriusannya apabila selepas pemilihan Umno 2004, yang mana dakwaan penggunaan wang adalah meluas, beliau mengarahkan penyiasatan dijalankan hingga menyebabkan satu daripada penyokong kuat dan sahabat beliau sendiri, Tan Sri Isa Samad, seorang Menteri Kabinet, yang memenangi kerusi naib presiden, disabitkan dan digantung daripada parti selama enam tahun.

Memang menarik untuk merenung kembali sejarah dan mendapatkan perspektif terhadap perhimpunan haram Sabtu lalu.

Dua lagi yang menjadi peneraju perhimpunan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum meminta pembaharuan pilihan raya itu adalah Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Lim menerajui DAP lebih 30 tahun sehinggalah beliau melepaskan jawatannya kepada Kerk Kim Hock yang kemudian meninggalkan parti atas sebab kesihatan meskipun ramai sudah tahu beliau ada pergeseran dengan anak Lim, Guan Eng. Guan Eng sekarang adalah setiausaha agung parti itu.

Majalah Aliran, yang juga satu daripada pihak yang menandatangani memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, melaporkan ketika itu:

"Guan Eng tidak dapat memadamkan cakap-cakap mengenai pilih kasih berikutan kedudukannya sebagai anak kepada orang kuat DAP, Kit Siang. Lebih tidak membantu ialah PAP di Singapura juga menyerahkan kepimpinan kepada Lee Hsieng Loong, anak orang kuat parti, Lee Kuan Yew, pada masa sama. Justeru, imej DAP sebagai parti yang dikawal ketat dan menyingkirkan sesiapa yang dilihat mencabar kuasa Kit Siang tidak dapat dipadamkan sepenuhnya."

Itulah persepsinya.

Lagipun, pada masa lalu, ramai yang diuar-uarkan sebagai bakal pengganti Kit Siang. Mereka adalah Goh Hock Guan, aktivis Fan Yew Teng, pekerja sosial Tan Sri Lee Lam Thye, peguam Wee Chee Keong dan Kerk. Akhirnya semua mereka dipinggirkan dan kemudian meninggalkan DAP. Mungkin DAP yang perlukan pembaharuan dalam proses pemilihannya. Tetapi mungkin Kit Siang percaya partinya bebas dan adil walaupun yang lain dalam partinya tidak berfikiran demikian.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang terjadi bila DAP menang pilihan raya menerusi proses pilihan raya yang dikecamnya sebagai tidak adil?

Selepas pilihan raya kecil yang penting di Tapah pada 1997 apabila DAP mengalahkan BN, Kit Siang yang sangat gembira, dipetik oleh Asiaweek berkata:

"Ia adalah gempa bumi," kata Kit Siang mengenai kemenangan DAP pada pilihan kecil kerusi Parlimen pada 17 Mei.

Keputusan pilihan raya itu menunjukkan adanya peralihan undi yang mengejutkan kepada peguam berusia 39 tahun, Kulasegaran, yang melenyapkan majoriti BN sebelumnya sebanyak 14,000 untuk menang ketika itu dengan majoriti 3,000. Kali terakhir DAP memenangi kerusi itu ialah pada 1969.

Lim menyifatkan undi berkenaan umpama 'lembaran emas dalam lipatan sejarah Malaysia.

"Ia adalah gempa bumi berukuran enam pada skala Richter," katanya berjenaka.

Dan apa yang terjadi apabila mereka kalah dalam pilihan raya?

Asiaweek dalam laporannya selepas Kit Siang dan Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh kalah pada Pilihan Raya Umum 1999, meskipun parti pembangkang lain seperti Keadilan dan Pas menunjukkan pencapaian lebih baik, melaporkan:

"Lim Kit Siang, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2 Disember sebagai tanda bertanggungjawab terhadap prestasi buruk dalam pilihan raya, menyebut dalam surat peletakan jawatannya bahawa perkembangan terbaru dalam arena politik negara disebabkan peningkatan pengaruh Pas yang akan memberikan ancaman kepada "demokrasi di sebuah negara sekular Malaysia."

Nampak jelas, Kit Siang tidak menyalahkan proses pilihan raya apabila partinya menang di Tapah; dan menyalahkan rakannya Pas, bila kalah pada 1999.

Mungkin, fakta paling kukuh yang disandarkan kerajaan untuk menyatakan bahawa pilihan raya di Malaysia sebenarnya dijalankan secara bebas dan adil, adalah hakikat bahawa ia kalah di beberapa negeri seperti Kelantan, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang dan pada satu ketika hampir kehilangan Kedah pada 1999, dan juga kalah pada pilihan raya kecil yang penting seperti di Tapah dan Lunas.

Bagaimanapun sudah tentu ada kelemahan – yang mana kerajaan sendiri akui – perlu diperbaiki.

Pada pilihan raya umum, apabila seluruh kuasa dipegang oleh pemenang, mesti ada pihak yang akan tidak berpuas hati, terutama mereka yang kalah.

Akan tetapi dalam demokrasi yang sudah matang sekali pun seperti di Amerika Syarikat, boleh dilihat umpamanya kemenangan kontroversi George W Bush terhadap Al Gore pada Pilihan Raya Presiden 2000, ada juga pelbagai kelemahan. Jika sistemnya sempurna, mungkin George Bush tidak akan menjadi presiden; mungkin tidak akan ada peperangan di Iraq dan tidak akan ada kesan lanjutan daripada perang yang memberi kesan kepada seluruh dunia. Mungkin.

Dalam mana-mana demokrasi, sesebuah negara mesti berusaha menjadi lebih baik dalam apa saja yang dilakukannya seperti menambah baik institusi-institusinya, ekonomi, kebajikan rakyat atau dalam menerima pakai perubahan.

Kerajaan sekarang, meskipun ada beberapa kelemahan dan terpaksa menanggung beberapa ahli politik yang memburukkan nama parti, sentiasa membuka pintu perundingan dan berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian, mengukuhkan institusi dan memastikan ia berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia.

Kita boleh mengetepikan Ahli Parlimen Barisan yang membuat kenyataan biadap dan menghina wanita, atau yang membuat kenyataan bersifat perkauman; kita boleh mengetepikan mereka yang membelakangkan undang-undang dengan membina istana tanpa mendapat kelulusan; kita boleh mengetepikan anggota pentadbiran yang tidak cekap. Akan tetapi, kita tidak hidup dalam dunia yang sempurna.

Cuba kita kaji pembaharuan bagaimana yang dimahukan pakatan NGO dan parti politik yang mengadakan demonstrasi minggu lalu.

Dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mereka menyenaraikan lapan aspek yang didakwa perlukan pembaharuan, seperti dakwat pilihan raya dan pembersihan senarai nama pemilih daripada nama yang sudah meninggal dunia dan pengundi tidak dapat dikesan, yang sudah pun diterima Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi masih juga dikekalkan dalam memorandum itu.

Satu lagi perkara yang mereka minta ialah sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Parlimen wanita dan peluang hendaklah diberikan kepada wanita dan mereka yang terpinggir.

Setakat ini, hanya BN menerusi Abdullah, yang menjadikan dasar supaya wanita menduduki sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan penting dalam kerajaan.

Sukar untuk melihat Pas yang merendahkan peranan wanita dalam politik dan kerajaan, untuk menampung dasar sebegitu, meskipun Hadi berada di barisan depan berarak ke Istana Negara.

Sesungguhnya, tiada satu pun parti politik pembangkang yang mempunyai wakil di kalangan minoriti dan wanita seperti BN.

DAP adalah parti berasaskan Cina, manakala Keadilan dan Pas hampir seluruhnya berasaskan Melayu.

BN, menerusi rakan pakatannya, mempunyai ahli daripada hampir semua kaum di Malaysia, termasuk golongan minoriti seperti Orang Asli dan masyarakat Thai-Malaysia yang diwakili beberapa senator di Dewan Negara.

BN mempunyai bilangan calon wanita paling ramai pada pilihan raya umum 2004. Bolehkah kita lihat Pas, DAP dan Keadilan mengetengahkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya akan datang. Sama-samalah kita lihat nanti.

Memorandum itu juga antara lain menuntut perkara seperti tempoh kempen lebih panjang, pemantauan lebih rapi dan teliti terhadap wang yang dibelanjakan parti-parti politik sepanjang tempoh berkempen, dan pembiayaan awam untuk kempen parti politik dan untuk wanita dan kaum minoriti, dan akses lebih meluas terhadap radio dan televisyen awam. Sudah tentu ada di antara permintaan itu yang munasabah dan wajar dipertimbangkan. Tetapi, tidak bolehkah memorandum yang sama diserahkan kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong dengan cara lebih tersusun tanpa perlu berarak menerusi jalan yang sibuk?

Siapa ahli pakatan yang menandatangani memorandum itu?

Ada beberapa nama yang biasa didengar – seperti Aliran, Abim, MTUC, parti pembangkang seperti DAP, Pas, Keadilan dan Sarawak National Party (SNAP). Tetapi siapakah mereka yang menganggotai NGO yang tidak pernah didengar seperti Citizen’s Health Initiative, Group of Concerned Citizens, Community Action Network, Labour Resource Centre, Malaysian Voters Union dan Save Ourself?

Mereka semua menandatangani memorandum itu dan mendakwa mewakili masyarakat madani dan rakyat Malaysia yang lain.

Betulkah? Jadi bagaimana kita semua hampir tidak pernah dengar langsung mengenai mereka sebelum ini?

Mungkin mereka percaya mereka mewakili rakyat Malaysia dan masyarakat madani. Tetapi siapa pula mewakili puluhan ribu lain yang menjadi mangsa kepada perhimpunan haram itu apabila trafik lumpuh di seluruh ibu kota, aktiviti perniagaan terjejas dan mereka yang tidak bersalah di jalanan terpaksa lari lintang pukang menyelamatkan diri?

Demonstrasi reformasi pada 1998 dan 1999 menunjukkan bagaimana sesebuah perkumpulan ramai boleh bertukar menjadi liar.

Mereka berarak dari Jalan Chow Kit ke ibu pejabat Umno, memecahkan perabot dan tingkap, dan kemudian ke kediaman Perdana Menteri di Sri Perdana, hinggalah mereka dihalang polis.

Mereka menyerang kenderaan krew TV3, memecahkan tingkap dan memukul kereta sementara krew di dalamnya terpaku menahan ketakutan.

Tindakan mereka juga memaksa peniaga kecil menutup kedai dan orang ramai di jalanan terpaksa lari menyelamatkan diri apabila mereka berarak di jalan-jalan.

Mereka juga memukul anggota polis dan membakar motosikal polis dalam demonstrasi itu.

Apabila perniagaan tidak berkembang, ramai hilang pekerjaan, pelabur takut untuk menanam modal, siapa yang mereka rujuk untuk menyelesaikannya? Lim Kit Siang, Hadi Awang, Anwar Ibrahim atau kepada Citizen’s Health Initiative?

Sekali lagi jika kita melihat sejarah, kita akan sedar bahawa rusuhan kaum 13 Mei tercetus bermula daripada demonstrasi jalanan. Jika kita melihat kembali rusuhan di Sabah pada 1986 apabila bom meletup di jalanan dan lima terkorban dalam kekacauan itu, kita akan tahu bahawa ia bermula daripada demonstrasi jalanan di Karamunsing.

Justeru, memang sewajarnyalah untuk rakyat dan pihak berkuasa bimbang dengan demonstrasi jalanan yang mana ketika era reformasi pada 1998 juga bertukar menjadi ganas.

Mungkin penganjur berhasrat demonstrasi atau perhimpunan jalanan tanda ‘kesepakatan’ itu dilakukan secara aman. Sama ada secara terancang, atau sama ada kerana tidak disengajakan, kita sudah lihat bagaimana demonstrasi sebegini boleh membawa kepada huru-hara dan kacau bilau.

Mungkin, suatu hari kelak, akan tiba masanya apabila negara dapat menyaksikan protes dan demonstrasi sebegini yang dilaksanakan dengan aman dan menjadi harapan setiap rakyat Malaysia, saya fikir, bahawa lebih cepat ini terjadi, lebih baik.

Agak mengajaibkan apabila Thierry Rommel, bekas Duta dan Ketua Delegasi Suruhanjaya Eropah (EC) ke Malaysia, mengatakan negara ini dalam keadaan darurat hanya kerana tindakan polis menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang enggan bersurai selepas diberi amaran berkali-kali.

Dengan menggunakan alasannya itu, kita juga patut merumuskan bahawa Itali, sebuah negara Kesatuan Eropah (EU) yang diwakili Rommel, juga sedang berada dalam darurat sejak minggu lalu.

Kenapa? Kita sudah lihat di BBC dan Al-Jazeera bagaimana polis Itali menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air untuk menyuraikan perusuh yang membantah tindakan seorang anggota polis menembak seorang peminat bola sepak di Lazio.

Agak pelik juga Al-Jazeera tidak tampil dengan rumusan yang sama mengenai polis dan pihak berkuasa Itali seperti yang mereka lakukan terhadap polis Malaysia dalam laporan mereka.

Lagipun, kedua-dua pasukan polis Malaysia dan Itali menguatkuasakan standard operasi sama dengan polis lain di seluruh dunia – menyuraikan penunjuk perasaan yang enggan bersurai dengan menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata.

Mungkin, kerana Al-Jazeera datang daripada Asia Barat, yang mungkin dianggap mereka pusat perkembangan demokrasi, Al-Jazeera mempunyai standard lebih tinggi terhadap ‘demokrasi yang kurang matang’ seperti Malaysia.

Hairan mengapa pula pentadbiran Bush menjadikan satu dasar penting Amerika Syarikat untuk ‘memperkenalkan demokrasi ke Asia Barat.’

Rumusannya: Tidak semua di dunia ini bebas dan adil.

Anonymous said...

oit... hhahah...

khairyn said...

enchek azhar
ish kerja haram tak leh dikongsi bersama nanti 'dosa' sama2 tanggung plak hahahahah

achik
sorry buku x hantar lagi!!! aisey. pindah rumah terus lupa.

maklang
buat la keja tu baik2 ya. jangan rosak benda kat muzium tu sudah.

kekeke@po'chik
aku tak tengok bola la.. scotland kalah pun aku tak tengok hahahaha

po'chik lagi
aku tengah bz buat kerja haram la ni, tak sempat tengok apa2 lagi. aku simpan untuk minggu depan

oh kamu lagi
serius, kau cut and paste. Plagiarism tau mamat. Kau tak kredit penulis asal.
Aku tak boleh bagi komen. Aku kansel aje 'jawapan' macam ni. Kau fail mamat.

hoh kau pulak
Hah kenapa? Takut?

Anonymous said...

hahah.. malas nanti semak rumah...

akuatik said...

hoh, panjang lebar komen orang pala bataih ni, tulis sendiri ka kopi pes dari org ni...

mak lang, ko kerja muzium mana, kelvingrove ke

-gputeh

Anonymous said...

Salam,

Aku bukan kerja kat Kelvingrove la..ada la satu muzium tu 3 tingkat je ..hari ni aku sapu lantai n dinding je..pastu aku rehat minum kopi..ceh ceh...ok je..esok buat buffing kot.

Anonymous said...

kalau nak komen panjang lebar tulis dalam blog sendiri lah.

cut + paste = Plagiarism.

Anonymous said...

weh kak cik, hang tak kena panggil jadi saksi kes Kudus ke

Anonymous said...

ho ho ho ho... tak paham aku. tak paham!

~ainin naufal~

13may said...

hai....datang relax kejap...

kopi ader???

komen sapa yg panjang berjela sgt tuh??? hahha

khairyn said...

po'chik
huh pemalas.

akuatik
kopi pes. tak de etika

mak lang
tu la aku dah bilang sama ko. kan dah best pegang duit. hoho

dura
hahaha.. baby amacam? ada rancangan nak ke tempat ko, tapi akan dibincangkan kemudian. biasalah masalah duit, visa dan seangkatan dengannya.

cik diva
aku tak dapat pun. Tapi dah 3 orang kata aku kena sapina. Nak bayar tambang tiket aku ke?

ainin
hihihihi.. lawak sungguh kan?

may may
kopi 434 ada. Nak? Sian dia... penat kerja cari duit nak mai sini ek.