Friday, November 23, 2007

Escapism

Penat laaa... Kebelakangan ni aku asyik rasa letih jer. Takkanlah sebab cuaca, tapi mungkin juga. Tadi jer suhu dah turun ke 0C. Sejuknya. Nasib baik tak -3C macam kat Carlisle. Alhamdulillah satu hari suntuk matahari terang saja, tak ada hujan. Mungkin esok agaknya hujan lebat. Kalau sejuk aje tak hujan tahan juga lah, tapi kalau hujan tu adeh... lagi la aku depress. Member aku cakap ini memang musim depression. Binatang pun stress kalau dah masuk musim dingin ni. Ya kot? Aku tak tau la sebab aku tak ada kucing (huwaaaaaaaaaaa).




Jadi untuk menghilangkan depression (campur stress kerja haram + essay tak siap + essay tak siap + masalah biasa = duit) aku pun telah melarikan diri ke... ke mana ek? Hehehe... aku sudah melarikan diri ala-ala cerita Hindustan ke New Lanark. Sejam perjalanan naik tren. Keluar dari hiruk pikuk Glasgow. Bertemankan Akuatik hihihihi (orang yang rajin melayan kemerengan aku dan sering meluahkan perasaan apabila menghadapi sedikit masalah bebelan dari 'isteri' terchenta [kwang kwang kwang]).

Perjalanan dari Glasgow ke New Lanark mengambil masa kira-kira sejam. Tadi, lepas kerja aku pun berlenggang-kangkung ke Glasgow Central Station. Kami ke Lower Level dan naik tren pukul 9.45am di Stance 14 (tulis ni untuk reference, kot-kot mana tau aku nak ke sana lagi untuk sesi escapism yang ke dua ke). Tren ni berhenti di perhentian terakhir di bandar Lanark. Comel jer pekan dia tapi cukup serba serbi termasuk kedai £1 pun ada. Terus menapak ke Tourist Information Centre untuk ambil peta dan tanya bas ke New Lanark. Orang yang jaga kaunter tu kata bas akan tiba dalam 11.30am. Tengok jam, ada lagi dalam 45 minit. Nak pergi ke mana? Ambil keputusan pergi je ke Sommerfield untuk cari makanan. Hehehe.. beli crisps, roti ngan coklat huhuhu semua kira comfort food yang sesuai untuk membesarkan diri dalam musim sejuk ni.




Cuaca di Lanark rasanya sudah turun ke -1C atau -2C agaknya. Pekerja-pekerja majlis perbandaran sibuk tabur garam untuk elakkan jalan licin sebab frost. Lopak-lopak air pun dah beku. Aku nafas pun je keluar wap-wap panas. Tapi yang syok matahari memancar-mancar dan langit biru. Ohhhh... happy nya! Orang kat sini pun baik-baik belaka. Mungkin sebab orang kampung kot. Depa "hai!" kami pun "helo!" Dua dua sengih hahaha. Bas 135 yang ditunggu pun tiba. Nama bas tu bas Steward. Warna putih. Bas mini. Aku gelarkan Steward Little.

Pakcik yang bawak bas tu pun friendly. Dia kenal semua penumpang dia kecuali kami ni yang muka lain. Tapi dia tahu tourists sesat. Ya lah orang datang ke New Lanark waktu summer, kitaorang pulak datang time winter. Dari bandar Lanark ke New Lanark ni lebih kurang 10 minit perjalanan. Tambang pun cuma 60p jer. Tapi aku dengan Akuatik tak berjalan kaki sebab tak pasti tempatnya di mana, kang tersesat sana sini pulak kang, susah. Ikutlah kami dalam bas ngan pakcik driver yang kenal semua orang sampai ke jalan mati. Destinasi dia yang terakhir memanglah di bas stop tak bertanda di New Lanark.


Kalau nak diikutkan dari citarasa orang-orang di Tanah Malaya, mungkin New Lanark ni tak ada apa yang menarik sebab tak ada shopping complex. Tak ada barang-barang berjenama besar, tak ada carboot. Yang ada pun cuma Gift Shop untuk pelancong yang datang ke sini. Tapi New Lanark ni antara empat dalam list World Heritage di Scotland, berjaya menarik lebih kurang 400,000 pelancong setiap tahun ke sini untuk? Untuk menikmati pemandangan sungai dan bangunan-bangunan lama bekas rumah-rumah pekerja dan kilang kapas abad ke 18 dan 19. Memang pemandangan yang cantik. Sungguh.


Yang terkenal di sini seorang pengusaha kilang kapas Robert Owen yang revolutionise kan layanan kepada pekerja-pekerja kilangnya. Kilang kapas beliau memang self-sustainable dengan elektrik yang dijana melalui waterwheel dan kemudian ditukar dengan turbine. Dia juga membina rumah-rumah pekerja yang sempurna, beri perhatian kepada anak-anak pekerja dengan memberikan mereka pelajaran. Masa tu, dia seorang saja mill owner yang buat kebajikan macam ni pada pekerja-pekerja sedangkan di tempat-tempat lain, pekerja-pekerja dilayan dengan teruk dan tinggal di rumah yang tidak sempurna.


Oh! Alahai, Robert Owen mengingatkan aku pada John Thornton. Abang cinta hatiku Love ya!













Pukul 2pm kami sudah kembali ke Glasgow. Akuatik kerja petang, jadi tak boleh la berlama-lamaan di New Lanark. Pusing-pusing bandar Glasgow sekejap. Buat apa yang patut, lepas tu aku balik rumah. Letih tapi aku suka hati.





















Yang lebih buat aku gembira - aku berjaya berjalan setengah hari dengan belanja tak lebih £10.


Tiket tren Glasgow-Lanark pergi balik = £5.85
Tiket bas Lanark-New Lanark pergi balik = £1.20
Jajan = £2.20

Pengalaman = Priceless. hihihihi

19 comments:

Pa'chik said...

berjalan setengah hari belanja tak lebih £10.... errr... turun berapa ££?

ekekekek....

Anonymous said...

Salam

Fuh..lamanye kao tak memblog..aku tunggu hari2 tau.

Segar mata aku tengok pemandangan kat tempat tu..eh sekarang dah -1 C tau..

akuatik said...

alo, bas 135 ler bukan 153, hot choc tak kira sekali ke :)

khairyn said...

pa'chik
aku sudah sediakala cun. perkh!

mak lang
jangan jeles. aku cuti-cuti separuh hari.

akuatik
eh, alamak sat gi aku tukar. dyslexic kot aku ni wakakakaka.
nyway, hot choc bila dah balik ke glasgow, maka tak termasuk dalam budget percutian huhuhu.
oi bukuapa bila nak update la

blackpurple @ jowopinter said...

Lawalah tempat dalam gambar itu. Sunguh!

Ada gambar lelakilah pulak. He he he!

Unknown said...

Aku jatuh chenta tengok tpt tu...Baru discover la tu kalau tak sure dah bawa aku bila kitorang datang dulu...Chanteks nya!

Unknown said...

Lupo lak...Thank you so much for the book and the card...

DeeN said...

Owh! Daku jatuh chenta dgn jejaka itu. Hak hak hak!!
Owh! Akak, mana cenderajantungnya muekekeke!!

Mimiamilia said...

adehh...cik abang ni sket nyer besaq gambaq nya.

wah..jalan2 naa.i pon jalan2 cuti2 malaysia. dari utara hingga ke selatan membawa kelisa hijau kesayangan.eh,kemungkinan akan kembali january nanti.doakan scholarship lulus!

Anonymous said...

Kak khair!!!

Macehhhh ek!!!
Kem salam dan ucapan terima kaseh saya kat kawan akak tu ek :)
Oh anak sulong tu menarik!
Dah separuh saya jelajahi :D

Adeii..
Jeles betullah dengan orang yang boleh berjalan-jalan ni :|
uwaaa :((

Achik_Sufi said...

cantikla kawasan dalam gambar tue...bilela achik boleh sampai sane erk...doakan achik.

BaYu SenJa said...

rajin berjalan-jalan sejuk-sejuk ni noo?

dok rumah depan api lagi best aa.. layan selimut.. tak la sia2 beli selimut mahal2.. hehe
(itu pendiran bayu sejuk-sejuk ni.. hehe)

indera kencana said...

Oooo patut la lama tak ada kat umah. Pegi makan angin rupanyer...

achik said...

uish, sejuk giler2 camtu buleh lagi jalan2.. tapi bestnya.. kejelesan.. ;)

zwitterion said...

best jalan2..:)

Pa'chik said...

apa kaitan ££ dengan sediakala cun? ekekeke...

Azhar Ahmad said...

Besnya jenjalan...

khairyn said...

purp,
akan hanya dengan tak malunya mengurat lelaki sekiranya wajahnya serupa dengan dia. Huhuhu!

Zura
hehe..dah lama tau tapi tak pandai nak cari transport ke sana. Tengah nak cari tempat dekat-dekat untuk half a day trip. Senang kalau dah tau.
Your welcome. Enjoy.

nur
hihihi. hap hap! hands off! tak boleh share kikiki
Ya cenderahatinya akan dilayangkan tidak lama lagi. InsyaAllah

mi
haha cik abang ni la dulu jadi peneman tidur kan kan kan. InsyaAllah semoga lulus scholarship dan kami boleh makan kuzi kikiki.
alahai, sms mi yang bulan lepas baru dapat hari ahad hari tu. Terer sungguh voda and 3 ni kan?

akira
hehehe.. sama-sama. enjoys ye. Akira termasuk dalam golongan yg dapat percuma hihihi as my thanx for layaning me when i was mengonging.
lahai, dulu kat kl bila otak tengah jem, stat enjin pi jalan2 sendirian. Pernah gak naik tren pi seremban. Entah kenapa ku minat betul ngan ketapi ni lah.

khairyn said...

achik,
ish kat sana pun cantik gak. InsyaAllah.

bayu.
api pun tak bukak. nak jimat duit hahaha. Kadang2 perlukan pemandangan yang luas nak tenangkan hati dan mengagumi keindahan ciptaan Allah.

indera
huhu.. laaa bukan jauh pun.Sejam je naik tren, macam pi seremban jer.

achik
huh dah ada pengalaman jalan time winter -10 dulu. Yang tu memang sampai demam2. Yang ni baru -2 jer. Salji pun tak turun hahaha

zwit
yang lebih best, budget pun nipis.

pa'chik
ish banyak kaitannya. Kira aku naik ££ ke turun ££ ke masih lagi cun dan anggun dan comel dan lote dan lawa kakakakak