Semalam aku buat perbincangan
theology di muka pintu dengan dua orang penganut
Jehovah Witness yang datang untuk menyebarkan agama mereka. Ini kali ke dua mereka datang mengetuk pintu rumah. Mula-mula dulu datang dan beri aku
phamplet pasal kitab mereka. Aku kata aku Muslim, tapi tak apalah kalau nak bagi. Aku ambil aje, lepas tu entah mana aku buang aku pun tak tahu.
Masa mula tu dia tanya juga sama ada aku percaya pada
Jesus Christ ke tak, aku jawab sebagai Muslim aku percaya dengan kewujudan
Jesus sebagai salah seorang dari 313 rasul yang diutuskan Allah (dari pembelajaran aku). Setakat itu saja. Salah seorang dari dua perempuan tu nampaknya teruja dengan jawapan aku. Terus berdiskusi. Di depan pintu. Dia kata mereka bukan
Roman Catholic atau
sect yang lain yang percaya
Jesus itu sebahagian dari Tuhan. Konsep Triniti yang menjadi doktrin asas (
fundamental doctrine) untuk penganut agama Kristian yang lain. Tapi sebab masa suntuk, perbincangan tamat di situ. Dia minta izin untuk datang lagi dan aku pun beri.
Jadi semalam, diorang datang lagi berbincang tentang agama. Sekali lagi di muka pintu. Aku masih keberatan nak benarkan mereka masuk. Lagipun aku pun takut juga, ilmu tidak setinggi mana, takkan layak berbincang pasal topik begini, risau aku pula yang terpesong akidah.
Pertama-tama mereka tanya lagi sama ada aku percaya pada
Jesus dan sekali lagi aku terangkan pendirian aku. Mereka puas hati. Bercerita pula yang mereka juga tidak percaya
Jesus itu Tuhan tapi anak Tuhan, tapi mereka tidak sembah
Jesus sebaliknya pada pencipta
Jesus itu. Jehovah. Baik, ada persamaan di situ walaupun kami percaya
Jesus bukan anak Tuhan. Ya, kami juga sembah pada pencipta
Jesus. "Oh! Mungkin kita sembah Tuhan yang sama".
Woah! Tidak!
Asas utama adalah syahadah, 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya'.
Bercerita pula perihal Adam dan Hawa.
"Adakah mereka sempurna?"
"Tidak. mereka ciptaan Allah. Tidak sempurna" (maksud aku tiada yang sempurna melainkan Allah).
"Kami percaya manusia itu sempurna."
"Maaf, jika dibandingkan dengan ciptaan Pencipta yang lain, memang manusialah sebaik-baik ciptaan. Ya dari segi fizikal memang manusia ini sempurna."
Teruskan perbincangan pasal bagaimana Adam dan Hawa telah dibisik Syaitan untuk melakukan perbuatan yang dimurkai Allah sehingga dibuang dari Syurga.
Seterusnya..
"Mengapa Syaitan semakin laju cuba menyesatkan manusia? Kamu tahu bahawa Syaitan dulu adalah malaikat dari darjat yang tertinggi?"
"Ya, kerana mereka engkar kata Penciptanya maka mereka menjadi Syaitan. Sebab itu mereka dikenali juga sebagai
Fallen Angel bukan?"
"Ya, betul dan sejak tahun 1914 Syaitan semakin berusaha untuk melakukan kejahatan di dunia. Lihat ini, (dia tunjuk perenggan yang menyatakan di akhir zaman syaitan semakin bekerja keras kerana mereka tahu yang masa mereka untuk menyesatkan umat manusia semakin singkat)."
Aku angguk. Dalam kepala bertanya kenapa 1914? Cuba cari akal logik untuk beri pendapat. Dalam hati doa semoga Allah beri laluan mudah.
"Salah seorang dari ahli kami cerita dahulu sekitar awal tahun 1900an, dia masih lagi menaiki pedati kuda, masa berjalan sangat perlahan. Tapi lihat sekarang, orang berjalan seperti berlumba, semakin laju. Hingga ke bulan" (boleh dipertikaikan, benarkah manusia sudah ke bulan? - tanya
cik Mimi ye).
"Ya ke? Saya belajar Sociology. Manusia semakin mahu cepat kerana proses kemodenan dan teknologi. Mereka merasa agama itu mengongkong lalu mereka buat kesimpulan semua perkara dalam dunia boleh dijawab menggunakan sains, lalu mereka menolak agama. Sedangkan dalam etika kemasyarakatan, manusia tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa pegangan. Sebab itu sampai sekarang mereka masih tercari-cari jawapan pada permasalahan sosial yang semakin meruncing."
"Ya, hari itu saya menonton satu dokumentari di mana seorang pengkaji ikan jerung turun ke laut dan memerhatikan jerung dari dalam sangkar besi. Kalau difikirkan mengapa mereka perlu sangkar besi? Sangkar besi itu ibarat agama, untuk menghalang elemen jahat dari 'memakan' kita."
"Sebab
faith itu satu perkara yang kita tidak boleh sentuh dan rasa secara fizikal."
Cerita pula berkisar pada Hari Akhirat.
"Adakah kamu percaya pada hari akhirat dan perhitungan?"
"Sudah tentu. Setiap manusia akan mati dan segala perbuatan mereka akan dihitung, yang mana baik dan yang mana tidak. Sebab itu setiap orang Islam (peringatan untuk diri sendiri) hidup bukan untuk sekarang tapi untuk hari selepas kebangkitan semula."
"Adakah kamu percaya pada Syurga dan Neraka?"
"Ya, sudah tentu. Anda pula?" - Mana aci asyik aku saja yang kena jawab soalan kan?
"Ya, kami juga percaya."
"Bagaimana agaknya rupa Syurga dan Neraka itu ye?"
"Sudah pasti neraka itu panas."
"Tapi kalau sejuk yang melampau juga orang katakan
it's cold as hell. Sejuk terlampau itu juga boleh jadi umpama neraka."
Ketawa.
"Bagaimana dengan syurga?"
"Oh! Syurga itu adalah dunia ini (sambil tunjuk perenggan pasal syurga dari kitabnya). Lihat, dunia yang indah ini adalah syurga."
"Ah.. sedangkan manusia sudah ada di dunia ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Cukupkah dunia ini hendak tampung manusia yang ramai ini?"
"Apabila Tuhan menjadikan bumi ini sebagai syurga selepas hari kebangkitan semula, setiap kawasan yang dulunya tidak boleh menjadi habitat manusia seperti kawasan tandus atau sejuk melampau akan boleh diduduki. Keadaan akan aman dan damai dan cuaca juga tidak sejuk atau panas melampau. Enak saja."
Aku senyum. Dalam kepala masih tidak boleh cerna 'logik' mereka. Takkan bumi ini dapat tampung umat sejak zaman Nabi Allah Adam.
"Kami percaya Syurga dan Neraka itu adalah satu tempat yang tidak dapat dilangkau oleh akal manusia. Ia ciptaan eksklusif Pencipta untuk hambaNya. Kalau dia cipta sesuatu yang dapat difikirkan oleh ciptaanNya, tak
surprise lah nanti."
Kata aku lagi, "Lihatlah betapa adilnya Pencipta. Ada Syaitan dan ada Malaikat, ada syurga dan ada neraka. Ada baik dan ada jahat dan manusia juga sudah dibekalkan dengan keseimbangan nafsu dan jiwa yang disokong akal."
"Seronok sungguh dapat berbincang begini. Boleh kami datang lagi?"
"Silakan kalau mahu. Tapi saya tak janji akan ada di rumah selalu sebab saya pelajar."
"Tak mengapa. Sebelum itu saya ingin tanya.... kamu masak apa tadi? Baunya sungguh harum."
Hahahaha.. mesti masuk bab makanan lagi ek?
p/s - Manchester berwarna biru hari ini.
Go go (power) Rangers!!! hahaha - Rangers vs Zenit St Petersburg