Thursday, May 08, 2008

hot hot hot

Minggu ni, cuaca memang baik sangat. Matahari memancar-mancar sampai ada yang mengeluh bakal dapat migraine. Suhu naik sampai 21C. Memang betul-betul panas. Huh! Aku bukan nak berlagak sebab kat Malaysia tu kan lebih panas dah hampir mencecah sekali ganda suhu kat sini. Tapi, memang sungguh, musim bunga kali ini lebih panas dari biasa, kering. Partner aku pun kata dah macam summer. Tapi macam biasalah Scottish weather ini tak menentu. Esok dah mula hujan balik dan suhu akan turun ke 17C dan hari Sabtu turun lagi ke 16C.


Musim bunga ni, aku bakal mewarisi kegilaan. Apa taknya siang panjang dari malam buat tidur aku pun tak menentu. Sekarang aku tidur lepas Asar, bangun untuk maghrib dalam pukul 10pm tunggu Isya' dalam 11.30pm. Tidur dan bangun balik pukul 4.50am untuk solat Subuh dan pergi kerja. Cuma kadang-kadang Solat Subuh pun boleh jadi Solat Dhuha sebab syuru' dah masuk awal. Huh! Bahaya sungguh. Dah lah nak periksa ni, baca pun macam nak tak nak jer lekat kat otak. huhuhuhu

Lepas ni aku akan cuba tepek gambar-gambar ajelah. Tak ada cerita pun nak disembang. Tunggulah lepas habis periksa pada 06/06/2008. Doakan aku ye.


Budak-budak di kejiranan aku seronok bermain kat padang yang tak seberapa ni walaupun jarum jam sudah menginjak hampir pukul 8pm.


Bunga 10 hari. Dah sepatutnya kena tukar dah ni. Cahaya garang sang mentari menerobos melalui tingkap kaca... chewah!


Perjalanan pulang dari makan tengahari di Restoran Sish Mahal berdekatan dengan Great Western Road. Terima kasih pada Eda yang belanja jiran Dennistoun dan Charing Cross makan di sini sambil bersembang hahahaha.

7 comments:

izinni said...

sini panasnya macam berdentum-dentum. belum tengahari, kain dah kering mersik. pasang air-cond kereta full blast pun terasa bahangnya lagi. sian ali .. mata yang sepet bertambah kecil dek terkena silau panahan mentari. huhuhuhu .. bahasa buku tu.

dia dah pandai gelak2, bersembang. suka hisap ibu jari. orang tua kata .. itu tandanya budak baik yang pandai berdikari tak susahkan orang kan kan kan ...

indera kencana said...

Amboi... pukul 8pm yang pon terang benderang mengalahkan pukul 5pm. Kalau la bulan ni bulan puasa, agak-agak pukul berapa la berbuka dan bersahur, ye..??

nUr@dDeEn said...

Kalo kat sini 21C tu kira ok lagi la kan kan.. hehehee!!

Takpe kak, pelan2 la. Bak kata sorang kawan saya dulu, don't study hard, but study smart. Sorang lagi kawan saya kata, study biar lepak, result biar gempak. Hehehee... :)

Du'a utk akak tetap ada. Semuga akak dapat menjawab semua su'alan dgn jayanya, Insya Allah. Jgn stress2 tau, kak!

achik said...

wah.. kul 8pm masih terang giler lagi.. :)

semoga berjaya ngan jayanya!!! chaiyok!! chaiyok!! \(^_^)/

KAMATO said...

Salam, di german ni pun dah cukup panas, suhu kadang2 sampai 22 darjah, hujan minggu ni dah tak turun

en_me said...

selamat belajar n semoga berjaya.. good luck cek ohmegosh yg jauh dimater ittewww..

khairyn said...

salam

izinni
alhamdulillah kat sini sepanjang minggu nampak matahari. Tapi biasalah Scottish weather, ku sangka panas hingga ke errr... habis musim, rupanya hujan turun jua? gitulah adanya.

indera
haha.. ye sekarang ni maghrib dah pukul 9pm lebih. Kalau puasa begitulah adanya. Dibuatnya jatuh musim panas erk.. buka puasa pukul 10pm.. sahur sebelum pukul 2am. Gitulah jua adanya.

nur
dah dua hari tak pandang buku. Kalau kerja weekend memang langsung tak boleh buka buku. Penat ya amat! Doakan ye

achik
Ya sekarang ni memang lambat gelap. Sampai body clock pun dah haywire. tidur tak cukup hahaha.. adeh!

Kamato
Ye ke? Hari tu kat German snow lebat tapi kami kat sini tak dapat tebal pun :)
Bremen di bahagian utara ye? Dekat dengan Belanda kan?

en_me
alahai.. terima kasih banyak-banyak. Dapat singgah melihat blog lumayan mu itu hehehe.. selamat bermain-main dengan EOS. one of my fav models.