Sunday, May 11, 2008

Gambar lagi


Jangan tanya apa benda ni, aku pun buta seni. Tapi dari gayanya macam kambing biri-biri. Bulu-bulunya merupakan tali-tali beg. Tak pun anjing yang berbulu lebat tu. Nak kata kucing, tak kena gaya pula... hmmm....


Yang ini pun aku tak tahu apa ceritanya. Kerusi disusun tunggang langgang tapi tak jatuh. Mungkin pasal imbangan kot? Entahlah. Kau orang fikirlah sendiri ye.


Bumbung dalam galeri. Ada tiga cermin melambangkan err.. tak tau. Tapi aku suka bumbung yang berukir dengan tiang roman yang besar-besar tu. Klasik sungguh.


Dinding batu bata warna warni?


Gambar-gambar ini aku ambil di GOMA (Gallery of Modern Art) selepas menghantar buku di perpustakaan yang terletak di bahagian bawah bangunan ini hari Jumaat lepas. Aku lupa siapakah artist yang membuat pameran tapi tak banyak pun barang-barang pameran di sini. Yang paling aku suka di dalam galeri ini, cuma bumbungnya. Cantik. Berukir-ukir dalam kebanyakan bangunan lama atau teater lama.

Kali ini aku guna kamera digital Vivitar sebab kamera lama aku dah terlalu nazak rasanya. Nak dihantar servis, tak mampu pula. Dihantar tanya saja sudah di caj dekat £10, kalau diservis mau lebih dari £100 kot. Aku sayang sangat Canon G5 ni sebab aku boleh putar terbalik LCDnya. Huh! Bilalah nak kaya ni?

Buat mak, Selamat Hari Ibu.

22 comments:

achik said...

peliknya arca.. err saya pun buta seni ;)

akuatik said...

bila boleh merasa apam manis ni

Zuraini said...

Salam...

pada mereka yg meminati seni tentunya faham maknanya kan... (P)

izinni said...

huh! ko telah membuat aku tersedih mengenangkan canon aku yang juga boleh diputar terbalik LCDnya.

errr .. semalam irfan buat artwork pakai powerpoint. dia cerita pasal negeri2 yang pernah dia lawati. Part Johor .. nama hang teratas sekali. hehhehehe

Unknown said...

batu-bata tu mengingatkan aku kepada kek lapis sarawak. haha, eh.. kenapa tetiba je aku ingat makanan ni?

Pa'chik said...

kalau ko pegi lagi.. tarik sebijik kusi tu.. pas tu amek gambar... hehe...

khairyn said...

salam

achik
tu lah, tak faham langsung.

akuatik
apam senyumlah!
bila dah dapat ovelette. Mana nak cari weh? Aku malas nak pi tesco sengsorang cari barang nan satu. Kang aku bawak balik satu troli.

neen
huh tak tahu lah. Pelik-pelik sungguh.

izinni
Best kan kamera tu? Aku rasa powershot yg jenis G ni memang best la. Susah plak nak cari model ni. Ada kat Amazon tu pun body plastik. Tak lawa macam G5.
Wah JB, hahaha. Aku ingat rumah aku yang dikelilingi dengan jiran-jiran yang gulap gulita. Best wooo rumah tu. Maghrib2 jer mesti ada orang pukul loceng hahahaha

ainin
sebab kau tengah lapar kot. Hmm.. aku pun tetiba ingat kek asam tu.. yang tengah-tengah letak asam manis yang bulat-bulat tu.. apa namanya ntah.

pa'chik
Iyolah tu. Lepas tu muka aku pulak yang diambik gambar. Femes lagi la jawabnya. hahahaha

indera kencana said...

Kalau saya jadi artist yang buat pameran, mesti saya dah nangis tersedu-sedu sebab orang yang datang tu lebih tertarik pada bumbung gallery daripada bahan pameran..!!! Huhuhuhuhuhu

akirasuri said...

Oh! Saya suka kerusi tu..
Nampak unik..
He he he!

Selamat hari bonda kak khair :D

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku sukakan menda2 colourful nih tapi yang banyak2 kaler kat dalam galeri tu sungguh menyakitkan mata memandangnya!dah ler flooringnya rupa zebra!

kerusi2 yang diaorg susun camtu kat sini pun berlambak,kalau tak caya pergi tengok kat belakang court mammoth atau kedai2 perabot,bersusun kerusi yang tak boleh pakai lagi cuma kaler je takde...hehehe

apapun semalam aku & zura meraikan hari ibu dgn mak hang...uwaaa...tumpang mak hang sat sebab mak aku jauh!

13may said...

camna depa terpikir nak buat benda tu semua yea...hhmmmmm...

oh ya! Goodluck untuk exam akan datang...

dan selamat hari ibu dgn ucapan: Bila nak jadi ibu nih???

hehhe hehhe :D

DeeN said...

Owh! Itulah hasilnya dengan kamera baru eh kak.. Ada kelas dan unik sekali seni itu walopun tak reti nak huraikan panjang lebar.
Er..setuju dgn pa'chik. Teringin nak tarik satu kerusi. HeHeHe...!!

;)

onna said...

apa kabar..tenguk macam ular dalam bakul je....

onna said...

minggu lepas baru beli camera untuk haris...canon 400D..dalam RM2k...ok gak dia cuba2....

one said...
This comment has been removed by the author.
lyza said...

salam khairyn,

I dah carik buku tu dan dukacitanya ingin saya maklumkan ia hanya boleh didapati di library sahaja. Cuma dua cawangan yg ada buku tu dan tak boleh dipinjam hanya utk reference aje..most probably they ordered direct from the publisher.

I cuba gak tokoh buku yg besar2 kat sini semua carikan dlm computer data, ia tak ada dan tak akan ada, harap maklum..:D

Zuraini said...

Salam...

kek lapis yg ada asam tu ye... masa bebaru pindah blk HQ ada belajar buat ngan makcik... bila bawa gi ofis kekwn tak percaya tu saya yang buat (bkn kekwn jer yg x percaya, kakak2 ipar pun sama)... hahaha... maklum org brutal...

last2 bila dah asyik minta resepinya & mmg tak reti nak susun ayat... so saya belikan bahan2nya & tunjukan cara2nya masa rehat hari Jumaat kat ofis... mmg kecoh & kelakar masa tu, mcm2 istilah yg kita org gunakan nak sesuaikan dgn gaya memasing ... so pepandai dia orglah nak tulis camner... yg letih masanya lama - kira sepanjang waktu rehat tu kita org tak ke mana2lah, siap kekwn dr dept lain pun dtg sama, segan gak sbb saya mmg tak biasa dgn org selain dept sendiri... bila dah siap apa lagi berbaulah satu ofis... tp yg bestnya boss2 pun join sama & dia org pun mmg tak percaya tu saya yang buat... lepas tu buat cheese cake lak... yg ni senang jer... yg ni mmg kerap buat sbb tak mengambil masa yg lama...

Dan tadi wkt rht kita org masak lempeng kelapa... Utk esok tak tahu apa plan dia org, tengok tepung ada lagi, mesti ada projek lagi lah tu...

khairyn said...

indera
haha.. kena buat pameran inbisebel la kot, baru org appreciate hehehe.

ati
laa ye ke? Teruja tengok beg berkilat-kilat tu adalah hehehe
selamat hari ibu juga untuk bonda ati.

elly
huh.. ingat dulu aku tolong hang kaler assignment hang. Rasa macam budak sekolah tadika. Aku pun suka warna warni ni kan hehehe
Mak cakap hang bawak satu bonet penuh mempelam. Awat tak mintak abah timbang kat dapur ngan beg plastik, boleh bukak bonet tepi jalan hihihihi
Selamat Hari Ibu untuk ma and datin mak ngah.

maymay
itu kira dah abes kreatip la tu
ya terima kasih.. nak exam
erk.. ai jadi ibu? yu???
lalalalala

khairyn said...

nur
hehehe
kamera murah dapat diskaun
Arca yang terlalu seni untuk kutafsirkan.
Nak juga tarik kerusi kerat sebelah tu tapi ish si penjaga tu memerhatikan saja

mona
haha.. aku pun pelik jugak tali menda tu.. belek2 la tali beg.
OK lah kalau Haris dah dapat familiar kan tangan dia dengan kamera. Semoga dia boleh terus berkarya. Kau dah habis baca ke buku tu? Memang baguslah buku tu. Aku baca pun rasa macam kagum sangat dengan semangat diaorang suami isteri.
Tak lama lagi kan kau nak ke tanah suci? Aku doakan semuanya selamat.

Wann
wah! Terima kasih la sebab susah payah cuba cari juga di Pulau Singa. Kau tak teringin ke nak pinjam buku tu dari perpustakaan? Macam menarik kan? Tak pe nanti aku reki belah sini lagi. Rasanya ada jumpa yang volume 2 (in English) tapi macam biasalah harga mahal giler!
Apa pun terima kasih banyak. Maaflah susahkan kau aje carikan buku ni.

neen
ni kira projek masak kat tempat kerja la ni ye?
Kitaorang dulu time lunch hour jer balik rumah masak makan tengahari, makan ramai-ramai lepas tu lepak. Rumah saya lah yang selalu jadi port sebab yang paling dekat dengan tempat kerja

lyza said...

khairyn, no problemo..insya-allah kalau ada masa terluang nak baca juga..buku ni ditempatkan kat special room dan yang pasti harganya mmg mahal.. :)

kingbinjai said...

gambar first tu apa? macam labah labah je

Zuraini said...

Salam...

Yes, projek memasak kat ofis, dapur gas portable tu saya punya. Pernah kita org masak tom yam, kacang pol, laksa Johor, nasi goreng & nasi lemak. Oven tuk masak cake kelab nyer.

Dan tadi ada sesi mengukur baju tuk raya - semasa kita org kat kewangan ni. Yg susahnya dia org lum set lagi nak tema apa tuk raya thn ni (tuk jamuan peringkat sykt & dept), nnt org dah siap2 beli kainnya baru nak fikirkan tema... :-O Memang memacam projek kita org ni.

Kekawan mmg nak dtg rumah cuma saya jer yg kata tunggu saya pindah ke rmh baru. Sebenarnya rmh family yg saya duduk sekrg ni pun dekat ngan ofis & rmh baru pula lagi dekat, boleh jalan kaki jer (dlm 20 minit) tp tak tahulah bila nak pindahnya lebih suka duduk ngan family wpun lelain rmh.