Selamat..
Untuk para pendidik semua - Selamat Menyambut Hari Guru.
Gambar cilok dari cikElly.
Banyak betul buah mangga dari pokok nan sebatang depan rumah. Sakanlah kau orang ye Elly.
Posted by khairyn at Friday, May 16, 2008
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
12 comments:
amin
tinggi sungguh afiq!boleh jadi galah buat kait mangga...hehehe...sebijik muka along...mana anak buah hang lagi sorang? ke dia yang ambik gambar?
Happy Birthday to Afiq..selamat berperang dengan SPM
teringat masa diaorang kecik2 dulu, aqil tu selalu aku dodoikan sekarang dah boleh jadi pak orang...afiq dulu kan kuat nangis...cepatnya masa berlalu....ater kita ni apa citer...last2 anak2 buah kawen dulu...uwaaaa.....
hahaha gelak aku baca ngomel hang elle. dari mendodoi .. sampai dah besar panjang anak menakan.
ny,
afiq 16hb yea? sehari sebelum irfan. mana anak dara lagi sorang?
Selamat Ulangtahun buat Afiq Afnan. Moga doa orang-orang yang mengenali dan menyayangi kamu dimakbul Allah. Aminnn ....
salam
king
InsyaAllah.
elly
yang sorang lagi kena tinggal rumah. hahaha. Tu kat rumah bekas jiran mak aku tu. Afiq dah cecah 6' kot. Kalau borak dengan dia pun dah lain rentak dah. Fuh! Nasib baiklah tak nakal sangat. Berbaloi gak la ko dok dodoikan dia. Dia still panggil kau KAK Elly. Kira hang muda lagilah tu hahahaha
Pssttt.. dia dah ada awek tuuu...
Izinni
ha ah. Sehari sebelum anak kau. So Selamat Hari jadi buat Irfan juga lah ye.
InsyaAllah. Semoga dia masih boleh di'tegur' dan dibentuk.
pokok mangga ty kan ke ada perancangan nak ditebang? aku rasa sbb tu berbuah banyak .. nak pujuk pak hanya jangan tebang ... hehehe
selamat hari lahir dan selamat ari guru lah...
hepi belated besday utk Afiq Afnan.. gambar duduk tu pun dia mmg nampak tinggi.. hehe.. ;)
ish ish sodap nampak mangga tu
dey...aci,macamana itu mangga boleh masuk aci punya blog,sungguh tak aci!muahhaha...pergh banyak giler wei,marina pun aku bagi aritu,kalau dia dok sebelah umah hang nak gak aku kirim,tu pun kalau x kena hambat ngan anjing kat airport...ada ka?
aku suka budak2 tu panggil kak elly lagi,esok anak hang pun panggil aku kak elly gak,elly pun ok..hahaha....
afiq dah besar,cakap pun dah lain tapi malu2 pun ada,cayalah dah ada awek,usu yg peramah tu camne lak takde boipren?aqil lak yg ramah tamah aku tengok...
Wah, banyaknya buah mempelam. Hehe..mujur balik kampung ari tuh sempat gak le 'bedal' buah mempelam ngan garam belacan hikhikhik ....!!
Cumel sungguh si gadis genit berambut kerinting itu! ;)
izinni
ha ah, katanya nak tebang, tapi tak tahu bila. Rindu ngan mangga pokok depan rumah tu. Sedapnya!
pa'chik
ya selamat semuanya.
achik
Elok gak tinggi ni, senang makciknya nak bambu suruh ambil benda tinggi-tinggi yg tak tercapai tangan hahahah
bimmer
huhu memang sodap. Manis tanpa menggunakan pesticide hehehehe
elly
hahaha.. belakang juga curi kakaka. Hoh! Tak pe, next year gerenti aku dapat makan mangga kakakaka. Tak kira nak gak!!!
Afiq segan ngan ko tu sebab kau kan dulu yg dodoi dia kakaka.
Aqil tu ada angin, datang mesranya bukan main lagi, datang nakalnya pening dibuatnya.
OK apa aku ajar anak2 buah aku panggil ko kak. Awet muda gitu.
Usu tengah kumpul boipren la ni
elly oi.
nur
hahaha.. lidah tak tahan dgn benda masam apatah lagi lepas tu cicah garam huhuhuh..
si gadis genit berambut kerinting tu huh manja ya amat hahaha
Post a Comment