Syy...
Kenapa?
Posted by khairyn at Monday, October 20, 2008
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
23 comments:
salam,
ye ke?
saya tak kisah pun perempuan tu rupa macam mana pun.
the most important thing is her heart and personalities.
btw,do visit and promote rher.blogspot.com
Ha ha ha!
Saya pun terlebih isi dan terlebih lemak.. Kekeke!
hahaha..kalau nak isi lebih saya boleh eksport..
hangin betul ler main citer sekerat-sekerat ni...ada lak boleh sambung kejap lagi...
cakap ngan kak Rod aku pun terlebih isi..aku pun mau disayangi,dibelai & dimanja...ahaks!!
kejap ya? dah nak sehari suntuk ... kejap ya ... ekekeke
Lebih baik terlebih isi daripada takde isi... itu kerempeng namanya.
Kenapa serious sangat rupa sembangnya..?? Musykil..
Selamat ke kelas..
i wonder.. (nk wonder jugak... hehehe) any secret admirer ;).. i wonderwomen hahahahahaha
salam
haries
Alahai! Buat akak terharu saja dengan adik seorang ni. Jap ek.. my eldest niece baru nak ambil PMR next year hehehehe
ati
isi dan lemak? buat satay sedap tau hahahaha. Ai kipas yu, yu kipas ai.. ohkek?
dr bubbles
huhuhu.. tersilap soklan ni. I should ask you the question. Nak lemak ai? lalalalalala
elly
alaaa.. nak buat macamana.. kena pi kelas dulu hahaha
Aku rasa kak Rod surrender layan aku hahaha. Tapi dia best!
Hah! Meh aku sayang ko.. alalaa cayang bucuk manja intan payung cak lub baaaa! hahaha
izinni
haiyak! malam tadi lupa nak sambung. Tengok tibi kekeke
indera
kerempeng tu mimi hahaha.. psstt tapi dia kata dia dah gumuk hahaha.
ntah.. kak Rod tetiba jer jadi serius. Padahal dia tengah best dok mengendeng/menyandar kat sebelah.
our
hahahaha tak ada. wonder woman kan, dia kan, baju dia kan, tak tutup aurat tau hahahaha
wawawa..Abg Ngah kita risau dengan keadaan adiknya
Salam...
baru faham ...
mmg terharukan bila nak buat sesuatu org akan adj masa ikut kelapangan kita ... itulah yg terjadi pada saya baru2 ni ... bila saya dah mula menghabiskan hujung minggu di luar Johor ... lebih-lebih lagi di sepanjang syawal ni ...
kalau aku, biarkan je tak yah kesian2..katanya minum es tu ubat batuk..tapi ubat apanya kalau minum sampai setengah jag hahahhaa
Dalam ramadhan saya naik 4 Kg... huhu, perkembangan yang sihat kan? hehe
yang jadikan kita berisi tu, moga-moga berkat hendaknya :)
aku rasa la kan kan kan .. depa bukan nak manjakan ko .. depa nak ko datang sangat makan2 tu sebab takut makanan tak habis kalau ko takde. hahahahhaha ...
hmmm bila aku nak dapat kenderaan2 berkelaskan mpv itu ek. korum dah lebih dari cukup ni. hehehhe
apa kata .. kalau abang tu kesian kat ko .. mintak dia bagi ko duit. ekekekke .. ko yang dapat tinju dari cik kak dia. ekekekke
Harny...mehla kita eksport isi2 kita...
sal BH
salam aidilfitri nissa, kakmOn lambat sgt sampei sebab pinjam basikal bujang lapok.. ngaleh ngingkol(penat berkayuh) :D
bab terlebih isi manis ni, kita pun serupa.. aktiviti 'megayam karan' tak khatam khatam :D
maaf zahir dan batin
betul2!!
lelaki suka perempuan berisi, the more the merrier...
ehh.. somehow that didn't come out right..
anyway.. selamat hari raya.. dah siap ke belum ko punye buku/transkrip/sanskrit/nasi lemak/kuih bahulu or whatever u call it... ?
aku menanti kemunculanmu dengan penuh setia...
salam... biar la mcm mna pon seorang itu pada rupanya.. janji dia penyayang dan seorang yang prihati, hehehehe. rajinnya berkebun...
berisi tu gebu..hik.hik
Salam Kak Khair,
Saya pon terlebih isinya.
Hehe.
Tp,
Er.. open house sangat besh la kan.. ;]
- DeeN -
cinta itu buta...
tima kasih :)
Abang Ikram!!!!
Ada berita gempar dari Malaya yang aku rasa akan ko ketahui minggu depan...aku mungkin tau ptg ni...suspen siot...
mimi,
alaaa.. saja jer tu hehehe
neen
memang sangat terharu. Dapat gaklah beramah mesra dengan komuniti kat sini. Kalau tidak asyik kerja aje hihihi.
akuatik
hek eleh. Kenapa? Tak puas hati ngan aku? hahahaha. Dah orang bagi minum apa lagi tunggu! :)
bayu
tu laaa.. ish ish ish.. camner ni?
Semoga berkat ye
izinni
kau jangan. Lebih ramai orang yang kuat makan dari aku ada kat sini.
Alaa beli lori jer.. muat semua orang hahahaha
Ya ya aku mintak duit raya kat abang.
Sal
ada permintaan ke isi kita ni? hahahaha
Kak Mon
hahahaha... makan seronok. Eh nak pi Brunei la nak makan kek kaler kaler Kak Mon hahaha
OJ
hahahaha ye la tu
Sorry ek.. tersangat bz this month. Essays, projects and test bertali arus.
farid
alahai... susah ni.
Uih! Kenalah rajin berkebun kalau nak dapat duit kan kan kan
Zwit
spot on!
markah penuh untuk anda hahahaha
Gebu tu apa pula?
Nur
Ya ya ramai geng terlebih isi ni. Sangat seronok.
Ya open house memang best. Boleh duduk kat corner diam-diam dan makan hihihihi
MayMay
Pandai baca braille tak?
Sama-sama hahaha
Zura
hoh! Awat jerit nama abang aku ni?
Berita? Sungguh aku tak tahu berita apa daaaa
Post a Comment