Monday, January 12, 2009

Mim Alif Lam Sin

Memang dah lama tak tengok blog orang apatah lagi update blog sendiri. Memang tak ada ghairah langsung dah nak menulis blog. Entahlah kot, mungkin sebab masih lagi di awal tahun. Selalunya macam tu lah. Kalau awal tahun mood memang sewel sikit, nanti bila dah masuk bulan 3 dan seterusnya baru ok kot.

Kalau sesiapa nampak aku sekarang mesti ingat aku ni relaks aje, macam tak ada benda nak buat. Nampak aku merewang sana sini. Sat-sat pi bandar lah sat-sat pi shopping centre-lah. Hehehe. Sebenarnya aku banyak sangat kerja la ni.

  • Aku ada exam 20hb ni. Satu subjek aje. Tapi tak baca buku lagi. Sebab. Aku baca jurnal jer hehehe. Buku semua dah habis orang pinjam (baca: tu la lambat sangat nak mentelaah) (baca2: baca awal takut lupa) (baca3: malas) hahahaha.
  • Aku janji nak siapkan buku aku sebelum 2 Febuari. Tapi la ni tak siap-siap lagi. Macam kain perca, bak kata mak aku. Tampal sana, tampal sini huhuhuhu.
  • Terjemahan buku sekuel Terowong pun tak sentuh lagi. Banyak lagi nak dihabiskan.

Jadi amacam?

Meh tengok TV lah. Walaupun TV boleh buat aku rasa depressed tapi banyak gaklah ilmu yang boleh dapat dari program TV ni hehe

  1. Who's Got God's Millions? - Aku tengok dah lama. Akhir tahun lepas. Hostnya Robert Llewellyn seorang Atheist. Dia nak cari dalam banyak-banyak agama di dunia ni, agama mana yang paling kaya sekali. Dia pilih empat agama monotheistic yang paling popular di dunia. Dari Canterbury Cathedral, dia pergi ke Vatican City dan Israel sebab nak kira berapa banyak duit dan aset yang Anglican Commune, Katholik, Judaism dan Islam ada. Rupa-rupanya antara 4 agama ni, yang paling kaya adalah Islam.. erk! Aku dah lupa berapa banyak yang ada. Tak silap aku ranking ke dua Katholik, ke 3 Anglican Church dan last sekali Judaism kot.. tapi kira bukan Judaism la yang pertama. Surprise gak. Tapi tak leh pakai kot sebab si Llewellyn tak dapat nak cari confirmation berapa banyak aset yang di uruskan oleh keempat-empat agama ni. Aku bagi ** je kat doku ni.
  2. Islam and Science - Tengok dengan Mimi hari tu. Hostnya profesor Jim Al-Khalili. Nak baca seterusnya pi ke blog mimi atau ke blog cik akuatik ye. Menarik gak dokumentari ni. Prof Jim ni mak dia British, pak dia Iraqi. Apa kata Kementerian Pendidikan review balik silibus ke, jenis buku yang diajar kat sekolah, terutama tentang sejarah dunia ni. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar muda kita lebih kenal Ibn Sina, Ibn Batutah, Ibn Khaldun selain dari Hippocrates, Christopher Columbus atau Karl Marx. Aku bagi ***
  3. Jesus is Jew - Yang ni aku tengok semalam. Woah yang ni aku lupa siapa host dia. Sebab dok ralit menyembang jer semalam. Tapi dipendekkan cerita, host dia memang seorang non-practising Jew. Dia ada gak cerita kenapa Yahudi tak terima ajaran Christ. Macam kelahiran Rasulullah juga, mereka percaya akan datang seorang yang akan menyelamatkan mereka i.e the savior and the warrior. Tapi apabila Jesus lahir (macam dalam Nativity) di Bethlehem tu, Jesus bukanlah seorang seperti yang dorang harapkan. Depa kata Jesus bergelumang dengan gelandangan dan pelacur. Jadi macamana nak jadi penyelamat? Jadi mereka kembali kepada The Old Testament (Torah). Sejarah lagi, Jesus dilahirkan pada zaman pemerintahan Rome dan orang Rome tak suka Jews dan agamanya maka mereka dikatakan kelas bawahan aje. Lepas Jesus mati, mulalah keluar gospel sana sini yang menyesatkan. Penipu besar si Paul, tapi raja Rome bagi muka kat Paul maka berkembanglah agama ni. Seterusnya orang Yahudi memang tak ada tempat kat dunia ni. Orang Kristian memang benci orang Jews. Kira orang Yahudi memang disiksa dengan orang Kristian lah. Gitu. Aku bagi *** juga.
Dah habis cerita. TAMAT dah....

10 comments:

akuatik said...

Around the world in 80 faiths pun bess..yang pengacaranya pi sulawesi..masyarakat bugis islam tapi ada upacara menurun semua..dia pun konpius bila tanya depa tu ikut islam ka ikut tradisi, depa ikut dua2..yang kristian pun dia konpius pasai banyak sangat kelonggaran

izinni said...

aku leh nengok kat mana semua2 tu?

Sastri said...

virus m tu pun melanda sas sekarang... dan lebih membuatkannya dahsyat, beban keje banyak... huhuhu...

anyway, the very best of luck for your coming exams... :D

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku lagi malas nak update blog sendiri agaknya dah kuar bersarang kot,kalau sarang burung leh gak jual dpt untung! aku punya malas x payah tunggu awal tahun ke tahun gajah ke kalau datang malas tu mmg x peduli ari ke bulan apa...

citer pertama tu kan...kalau betul agama islam ni kaya mana gi duit2 tu semua? ke dia punya teori je tu, lgpun nama dia Llewellyn + sewel x jauh beza, dekat2 dah tu...tp kalau betul islam tu kaya alhamdulillah tp guna ler betul2 ye tak...:)

pasal agama ni kan mana2 agama pun rasanya makin lama makin merepek, kat msia ni pun dah pandai lak wujud nabi itu ini, dr langit mana dia turun x tau ler, diaorg ni x takut ke...kat indon tu x yah cakap ler tu pasal byk bala turun kat sana...

tp malas nak ckp pasal agama lain ler kan sbb aku pun x tau camne mazhab diaorg kan, tp apapun agama tu rosak dek kerana penganut tu sendiri ler...

izinni said...

ohhh ... pasal exam tu kan ... ko risau macamana pun insyaAllah boleh buat tu. hehhehe

aku pulak kesewelan sebab tengah kosong takde kerja ni. bosan pun ada gak ni .. blalalalalalallaa

elle,
citer la citer hantu lagi kat blog tu. hehheheh

Pa'chik said...

yahudi yang salu gi sembang kat pintu tu tak datang dah?

Azyyati said...

Salam.
Channel mana yang siarkan Jesus is Jew tu? St Paul tu sendiri memang Jew kan. Anyway memang banyak pun documentaries pasal Jews ni lately, even movies pasal holocaust pun berlambak kat wayang sekarang- Defiance, The Reader to name a few. Semua propaganda Jews yang jahat, absolute mind manipulator.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

izinni,

nnt aku pi jumpa uncle seekers tu mintak citer2 hantu kat dia lak...hahhahha...

DeeN said...

Wah, rajinnyer akak tgk tivi. Jom, jom kita tgk tivi. Malas gak nak baca buku [baca: awal lagi nak exam] ekekeee..

izinni said...

elle,
hantu uncle seeker tu bohong je .. macam puaka niyang rapik gak kaedahnya. ekekekkee ...