9th of Muharram
- Hari ni 9th Muharram - Hari jadi aku ikut kalendar Islam.
- Esok 10th of Muharram. Hari ke sepuluh dalam bulan Muharram - Hari Ashura'. Hari orang Yahudi puasa juga. Jadi kalau kita puasa hari 10 Muharram saja, kita jadilah macam orang Yahudi hahahaha.. Sebaik-baiknya puasalah 9,10 dan 11hb Muharram. Kalau nak puasa penuh bulan Muharram ni pun bagus gak kan. Macam tu lah pesanan ayahanda.
- Semalam dengar protes anti-zionist di George Square. Setakat dengar ajelah. Cuma kagum gaklah dengan Scottish ni. Lebih Muslim dari Muslim. Berkobar-kobar semangat dia bercakap guna lound hailer dalam cuaca sub-zero kat Glasgow semalam. Pulak tu dekat dengan lokasi Winter Festival. Bisingla sikit. Bantahan dibuat secara aman di bawah pemerhatian dua abang polisi yang berdiri kat tepi aje. Tang ni aku suka sangat kat UK. Kebebasan bersuara atau berkumpul boleh dibuat tanpa campurtangan polisi.
- Sangat sejuk. Sangat-sangat sejuk. Minggu ni suhu junam terus. Paling rendah -9C pagi semalam. Jalan licin. Tak ada salji kat Glasgow. Tapi jalan licin sebab sleet. Silalah hati-hati di jalan raya.
Dia pun pelik gak laa... sebab info pasal protes tu diwar-war dan disebar-sebar kat yahoo group rakyat Malaysia kat sini, tapi dia tak nampak pulak orang Asia sama-sama kat protes tu. Ya lah, dah di war-warkan, jadi dia ingat macam ramai jer berminat nak turut serta, tak pun jadi pemerhati ke.
Dia kata, dia rasa adalah dalam 200 orang Melayu kat Glasgow ni, tapi satu batang hidung pun dia tak nampak pergi ke situ. Tak kiralah PhD ke, Masters ke. Undergrad pun tak ada. Yalah, dalam hati aku kata cuaca pun sejuk sangat, takkan nak keluar. Lagipun dari dok beku kat situ, lebih baik shopping kat Marks ke, carboot ke, beli pinggan mangkuk ke.
6 comments:
samat ari jadi lah...
ari tu cakap seploh muharram..
aku benci yahudi tapi aku lagi sgt benci sbb aku beli barang2 yahudi...! benciiiiiiiiiii....
Hari Asyura,
-Puasa
-Menjamu orang berbuka puasa
-Solat empat rakaat- Allah ampunkan dosa yang telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya
-mandi sunat- Allah memberi kesihatan tahun ini
-bercelak - Allah menjauhi sakit mata tahun ini
- menunjukkan orang sesat- Allah memenuhkan cahaya iman dalam hatinya..
- Banyak lagi according to Risalah mingguan NSTP...wasalam
salam, happy birthday !!
may god shower you with HIS blessing.
Kak Selamat Hari Lahir. Muah! Muah!
Selamat panjang umur, murahhhhhh rezki, nnt balik Malaya, leh blanjer saya. Hehehee..
Mak ai, sejuk gedi kat sana. Suhu camtuh leh bergegar otakku. Hihi.
itu laaaa melayu..
selesa dan lupakan ketidakselesaan orang lain.
* sombong la lu la ni????
Post a Comment