Saturday, March 07, 2009

Ada...

Aku ada. Tak mogok. Cuma memang tak mahu kemaskini blog. Aku rasa bersalah aje kalau menulis kat blog tapi esei aku yang berlambak-lambak tu tak habis lagi. Bukan setakat esei, portfolio nak kena buat, belum lagi kena tulis untuk play (salah satu assignment). Dengan cuaca yang sekejap hangat sekejap sejuk, jadikan kesihatan pun sekejap elok sekejap tak berapa nak elok. Belum lagi emosi yang tunggang langgang. Fuh! Cabaran sungguh.

Keadaan bertambah tunggang langgang bila kami terima jiran baru. Jiran rumah atas. Setiap malam minggu dorang akan berparti. Sampai bergegar-gegar rumah. Pintu bilik aku macam kena goncang. Bayangkanlah hebat tak hebatnya dorang berparti. Pasang lagu sekuat-kuat hati, menari, berjoget, beronggeng sampai pagi. Malam tadi memang sangat sangat hebat antara yang terhebat. Aku ngan CikMimi melawat sahabat yang baru kematian anak. Sampai rumah dalam pukul 12.30am. Sudahlah keletihan sebab seharian suntuk masing-masing di universiti, lepas maghrib pula ke rumah sahabat ni sampai la tengah malam. Lepas tu pi Asda pulak beli barang untuk sedekah makan-makan dan kenduri sikit. Sampai rumah, tengok rumah atas dah mula berparti.

Aku langsung tak boleh tidur. Sekejap sekejap terjaga. Bukan setakat menari dan mabuk, sampai gaduh-gaduh dan baling-baling botol arak ke bawah. Lepas tu pulak berlari-lari naik turun tangga. Bising sungguh. Bukan tak boleh telefon polis tapi risau juga kalau telefon, diaorang mesti suspect kami yang telefon polis sebab kitaorang memang betul-betul bawah rumah dorang. Dahlah orang asing kat bumi asing, kang depa retaliate kang sapa pulaklah nak tolong kitaorang. Harap jiran lain aje yang telefon polis.

Kalau ikut 'peraturan' kat sini, tak boleh berparti pukul 10pm ke atas, tapi orang atas ni dah gila agaknya. CikMimi kata bila dia mengintai kat pintu dia tengok budak-budak muda sangat macam budak sekolah menengah. Kecik-kecik dah mabuk! Bila jam aku 'melalak' pukul 5.30am, rumah atas masih lagi bising. Lepas aku solat subuh tu aku dengar orang turun ke bawah. Aku ngintailah, fuh! 2 orang polis tengah seret sorang budak perempuan ni. Bising menjerit-jerit. Aku tak tahulah siapa yang telefon polis, entah-entah diorang jugak kot sebab nak suruh budak perempuan ni balik. Tapi peninglah kepala aku satu hari. Badan sakit, kepala pun sakit sebab tak cukup tidur. Akhirnya aku terpaksa ponteng kerja dan tidur dari pukul tengahari sampai pukul 3pm. Aku rasa rugi sangat masa aku satu hari sebab dorang.
***
Aku kehilangan seorang ayah, dan dia kehilangan seorang anak. Sungguh beruntung aku dapat mengenali dan menyayangi ayahanda dan beruntung pula Amir Yusuf dipilih Allah menjadi penghuni Syurga. Pedih untuk menerima satu kenyataan tapi sesungguhnya, aku melihat kebesaran Allah dan belajar memahami keadilanNya dalam mengaturkan hidup kita.

9 comments:

Pa'chik said...

oooo adaaaa.... ingatkan takde.. :P

santau je budak-budak jahat tuh... kikiki..

QUDS REALCLOCKWISE said...

aku sunyi........
ari ni di saigon......

Unknown said...

aku sunyi...ari ni di rumah...dah bang maghrib...
Semoga Allah merahmati rohnya...Amin.

Unknown said...

Salam.. 6/3/09, aku juga kehilangan.. seorang yg dianggap ibu sekaligus sahabat yang banyak menyimpan rahsia kisah suka dan duka.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Aku x sunyi...hidup aku x pernah sunyi sbb aku yg memekakkan utk menghiburkan diri aku sendiri...

Jiran atas rumah aku pun sikit ari lagi aku rasa mmg hilang ler lantai umah diaorg sbb asyik dok skipping tgh malam buta...mmg x reti bahasa! berkali2 aku ketuk pakai penyapu berkali2 lak dia melompat...wah ini sudah lebey nih!

Ada satu malam tu diaorg leh menukang rumah malam2 buta! x tau ke org nak pi keja ke nak tido ke, dia dok ketuk rumah dia yg x siap2 tuh!

itu belum lg yg dok panggil laki pagi2 buta smpi satu apartment leh dgr dia jerit...yg laki tu pun satu,tido mati lak tu! yg bini pun bengong sbb x duplicate kunci! bodo!! bila laki bukak pintu bergaduh lak smpi apartment sebelah pun boleh dgr...8 juta x bodo!!!

h.a.l.i.l.a.h said...

berkicau pun kau.

kes sama kat rumah aku. laki bini gaduh baling2 barang kt rumah atas. hari2, siap menjerit2. jiran sebelah yg betul2 bawah rumah dorg banyak kali ketuk. tp bila jengukkan muka, buat muka innocent jer.

heh, ko tau ke sapa aku ni??? agak2 sendiri la ek (wlupun ko tak de masa nk agak pun).

izinni said...

sunyi dalam bising ... hmmmm ...

baguslah hang takde apa2. nanti2 aku rajin aku kacau ganggu hang la ... insyaAllah.

ohhhh ... nak bgtau ... za and hubby dah berlepas buat umrah khamis hari tu. 13 hari kat sana, insyaAllah.

soliloquy said...

salam takziah..
dah lama x tinggal jejak kat rumah akak ni..

bila nk kuar buku baru kak khairyn??(wlpun buku lama saya xbaca lagi..huhuh)

khairyn said...

salam

pa'chik
ada laa..
Budak-budak tu dah kena halau dari sini... huhuhu lena tido aku sekarang.

cucumatlela
huh? Kat Saigon lagi ke dah balik?

zura
aminn.. dia menunggu ibu bapanya di sana. Beruntung sungguh.

elly
huhuhu.. tak sehebat 'jiran' atas ni... menggila satu malam. Jiran depan kata ada budak kena tikam malam tu. Suka sangat dia bila dorang kena halau keluar hahaha

halilah
sungguhlah aku tak kenal kau siapa. Tapi tulah masalah jiran ni masalah universal kekekeke

izinni
bising dalam sunyi pun boleh berlaku kat aku, apatah lagi bila stress nak siapkan kerja sekolah.
Samalah ngan juli, dia pi umrah 13hb hari tu. Tak taulah bila balik.Semoga mudah urusan mereka di tanah suci.

saffa
doakan ye, tengah bertungkus lumus ni nak habiskan sikit jer lagi.

umar
insyaAllah