Wednesday, March 18, 2009

Bahasa lagi

Asalnya malas nak bercerita pasal bahasa ini, tapi bila aku ulang baca sms yang anak buah aku hantar, isu ini sebenarnya sangat dalam dan bukan tertumpu pada ppsm saja.

cth:
Apit cti ari ni... skg ni kt mlake sntrl, anta kwn blek... die td0 uma mlm td. Nyaie anta g cni.. di0rg kuar g bank jap... Ari ni tep0n le uma.. nyaie nk ckap.

Berpinar mata aku membacanya. Salah satu pemerkosaan bahasa Melayu. Ya, aku tahu tu bahasa sms, tapi bayangkan kalau budak-budak sekarang ni bahasa Melayu pun tak boleh nak mahir, kenapa pula nak diajar bahasa asing untuk matapelajaran utama; Sains dan Matematik? Aku risau kalau bahasa sms ini jadi bahasa pasar untuk generasi akan datang, apa jadi dengan bahasa Melayu? Ejaan? Dan juga sebutan? Sudahlah sekarang ni kalau anak buah aku cakap pun aku tak faham biji butirnya, semuanya senada saja, tak ada koma, tak ada noktah. Macam Farah Fauzana. Aku cukup tak suka dengar dia bercakap. Macamana jadi DJ, sedangkan sebutan pun tak jelas dan tak ada nada? Menjerit-jerit adalah.

Okey, pasal bahasa Inggeris pula. Memang betul belajar bahasa asing selain dari bahasa ibunda sendiri sangat penting. Malah budak-budak yang tahu dua bahasa biasanya lebih pintar dan kreatif dari mereka yang hanya tahu satu bahasa saja (now stop and think here!). Tapi, kenapa tak dibuat kajian dulu sebelum laksanakan polisi ni? Apa bukti yang mengatakan budak-budak tak pandai Sains dan Matematik ni sebab subjek ini diajar dalam bahasa Melayu sedangkan terminologi dalam bahasa Inggeris? Apa statistik? Bukankah terminologi dalam sains dan matematik tu kebanyakanya dalam latin? Kenapa tak diajar bahasa Latin? Sebab Bahasa Inggeris tu lingua franca dunia? Kalau ikut sejarah, Bahasa Melayu pun lingua franca dunia abad ke 14. Malah dalam masa beberapa dekad lagi mungkin juga bahasa inggeris sudah bukan bahasa perantaraan dunia, mungkin juga Mandarin.

Aku memang tak boleh terima alasan kerajaan ni. Sudahlah subjek matematik dengan sains tu bagi ramai orang termasuk aku, sangatlah susahnya tapi menukar bahasa itu bukan satu penyelesaian. Mungkin kita harus tengok aspek yang lain juga. Mungkin juga kedua-dua subjek ini sangat membosankan. Jadi, kenalah cari cara lain nak buatkan subjek ni menarik. Beri kebebasan pada cikgu-cikgu untuk jadikan subjek ini menarik. Aku tak tahulah, zaman masa aku sekolah rendah, subjek Sains sangat-sangat menarik sebab kami sentiasa belajar di luar kelas. Kadang-kadang bawah pokok lagi, tapi bila naik sekolah menengah, pelajaran cuma tertumpu dalam kelas. Padahal aku pun pelajar aliran sains cuma aku rasa bosan yang amat-amat. Walaupun dapat buat eksperimen tapi aku rasa tak boleh nak diadaptasikan pada benda yang hari-hari kita buat. Apatah lagi matematik dan matematik tambahan.. huhuhu.. mengantuk sokmo.

Sekolah rendah aku dulu bekas sekolah aliran Inggeris jadi cikgu-cikgu memang tekankan bahasa Inggeris. Kawan-kawan pun kira berbilang bangsa jugalah. Setiap dua minggu mesti ada 'English Week'. Masa tu lah kita dengar nak ke toilet sebab nak 'throw small/big water' tapi cikgu-cikgu tak marah, malah mereka betulkan yang mana salah. Darjah lima dan enam sudah kena buat 'summary' atau kadang-kadang cikgu besar masuk kelas mengajar bahasa inggeris. Masa tulah dia akan suruh kami buat latihan 'dictation' untuk kuatkan lagi penguasaan ejaan. 'Spelling Bee' pula hampir setiap pelajaran Bahasa Inggeris. Kuiz pun tak payah cakaplah. Memang nampak sangat sekolah tu kuatkan penguasaan Bahasa Inggeris tapi ia dilakukan di tempat yang sepatutnya, ketika matapelajaran Bahasa Inggeris diajar, bukan menceroboh matapelajaran yang lain.

Aku rasa kalau kita tukar cara mengajar dan beri kebebasan pada cikgu untuk guna kreativiti masing-masing untuk mengajar dengan lebih efektif lagi, akan datang kita bukan setakat ada seorang aje pelajar yang boleh capai 50A1, kita akan ada 1,000 pelajar yang boleh capai 100A1 dalam SPM.

9 comments:

iina said...

nak bg komen juga.. aku setuju.. sejak mula masa dasar ini dilaksanakan aku antara yang menentang habis2 idea nie.. kenapa?? sebab nk ngajar math & sains dlm BM pun terkial2 nie pulak lagi dalam BI.. tapi biasalah kan dah menteri pun kata kena buat tak boleh tidak siapalah kita nak kata tak boleh.. tapi bila kini kita ada peluang untuk betulkan balik.. sedih sebab ramai yg mengutuk usaha untuk kembali ke bahasa melayu.. mmg betul skrg nie kalau lihat dimana2.. bahasa sms mkin teruk... lepas tuh kalau baca byk blog lain bahasa penulisan pun dah xbetul.. semua dah tukar ikut bahasa percakapan.. sedihlah..

Aku harap usaha mereka berjaya.. sebab aku sendiri dah tak sanggup tgk pelajar2 kita di sekolah terpaksa dipaksa diri utk belajar dlm keadaan yg tertekan.. wahh aku emo sikit.. sebab ada org yg perlekehkan isu ini.. seolah2 mereka2 yg berdemontrasi dan inginkan bahasa kita diagungkan dipandang seperti orang gila dan dicaci maki.. mmmm...

Pa'chik said...

err... malasnya nak cerita pasal ppsmi nih... hehehe... nak tulis kat blog pun asek tak tertulis...

pasal bahasa sms aku... err... aku tak guna sotkat... aku guna... bahasa ibunda... kikiki...

psstttt... che'gu inggelish pun tak pandai inggelish... contohnya adik aku yang majoring akaun kena gak ajar inggelish...

patut ko balik jadik che'gu inggelish la weh...

Zuraini said...

Salam...

masa mula2 isu ini ditimbulkan, saya tidak ambil kisah sangat, tahu2 jer dikuatkuasakan Math & Sains akan di ajar dlm BI pada tahun hadapannya... (masa tulah kan). Pelik juga saya, kenapa boleh jadi macam ni pula? Masa tu saya lebih memikirkan isu murtad... Saya pun mula mengira, berapa negara yang maju & mundar bila tidak menjadikan BI sebagai bahasa utama. Rasanya lebih banyak negara yang maju bila mereka lebih mengutamakan bahasa ibunda, itukan lambang jatidiri kita, BAHASA JIWA BANGSA, slogan tu juga yang puak depa laungkan. Bagus bila dapat menguasai banyak bahasa ni, itupun yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. Kalau bahasa tu dah tak der, mana bangsanya? Nnt macam mana pula nak iktiraf Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia.

Siapa cakap BM tu mudah, ikut bahasa pasar mudahlah, tu pun saya kekadang kena gelak bila tersilap sebut. Sampaikan guru BM saya minta saya hafal format surat bila menjawab kertas BM, sebab katanya bila betul formatnya, utk lulus tu dalam tangan, karang ayat yang mudah2 jer, tanda bacaan jangan salah letak. Dan saya masih ingat lagi pesanan guru saya tu, Puan Azizah (orang Kedah), berbanggalah dengan bahasa kita, biar org bercakap BI dengan kita, tapi kita balas dalam BM, secara tidak langsung nampaklah yang kita ni mampu menguasai kedua2 bahasa tersebut. Begitulah yang saya buat bila bersoal jawab masa di audit, puaslah org PWC bertutur dlm BI saya balas dalam BM, laju pulak tu saya jawab... Boss dah senyum jer...

Adakah kita nak jadikan BM tu macam tulisan JAWI yang semakin dilupakan orang. Anak2 JOHOR ni wpun ada sekolah agama, tapi entahlah...

Bahasa SMS pula saya sememangnya kurang faham, bila berSMS, saya akan menaip secara penuh, tu yang jadi panjang, tak reti sangat nak pendek2kan ejaan bagi perkataan2 tu.

blackpurple @ jowopinter said...

Nak lagi bagus, Bahasa Melayu pun elok diajar dalam bahas Inggeris. Hahaha!

kingbinjai said...

sokong.

akirasuri said...

Buat RPH sangat tak best.. Heh..

Saya tak suka bahasa SMS dan saya tak suka PPSMI.. :(

khairyn said...

Salam

Lina,
Yang aku tak setuju sangat-sangat tu cara perlaksanaannya. Tak ada kajian tak ada statistik, terus aje buat. Daripada dok sibuk-sibuk dengan matapelajaran lain tu apalah salahnya ditingkatkan mata pelajaran BI. Kalau matapelajaran BI tu dah tak efektif sangat, mansuhkan aje. Tak payah ajar BI kat sekolah.
Aku dulu buat sarikata kat TV. Bos aku nak kami teliti buat sarikata, supaya senang orang faham. Nampak tak kontrasnya kat sini? Kalau nak sangat meningkatkan BI, tak perlulah siri dalam BI kita alih atau buat sarikata dalam BM.
Dulu masa aku membesar tengok katun Ultraman tu mana ada sarikata. La ni katun kat TV9 semua ada sarikata, jadi macamana kita nak tingkatkan BI? Tapi bila ke sekolah kita dok tekan budak-budak tu belajar dalam BI. Tak cukup ke lagi kita kelirukan budak-budak tu?

Pa'chik
Kau suruhlah adik kau tambahkan penguasaan BI dia sebab dia sekarang dah jadi che'gu BI. Akauntan pun dulu belajar BI kan kan kan?
Aku jadi che'egu BI? Habislah anak-anak murid aku nanti hahahaha

neen
ingat dulu arwah abah tegur sebab suka sangat guna bahasa 'Rocker'. Ni dok terpengaruh dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu. Kita tak faham kenapa orang dulu-dulu cakap satu-satu. Sebutan, nahu tu tertib. Tapi bila kita tengok balik, bahasa tu seiring dengan peredaran zaman. Kira zaman dulu tu 'pace' kita perlahan jadi kita ada masa nak 'explore' bahasa kita. Bila zaman jadi pantas, kita pun nak cepat, ayat pun kita potong pendek, perkataan jadi bertambah pendek, ejaan apatah lagi. Jadi sekarang ni sebab zaman pun dah laju, bahasa melayu pun dah hilang lenggok. Semua senada. Tak ada emosi.

khairyn said...

Purp
Ya, aku setuju hahhahaha

king
Ya!

Ati
Ya saya pun tak suka. Kesian tengok budak-budak sekolah la ni. Dahlah kerja banyak mengalahkan budak-budak uni, masalah bahasa pulak.
Kita melahirkan generasi yang hanya pandai menjawab soalan tapi tak kreatif dalam menyelesaikan masalah.

dan kerajaan yang sungguh fuck up!

izinni said...

ohhhh ... nanti bila tenet dah ok .. aku nak citer pasal aku ngena budak yang suka berbahasa senteng ni .. huhuhu