Tawan-tawan
Pada suatu hari, (hehehe) dia dengan anak dia lelaki dia, umur aku lupa nak tanya.. dalam 13 ke 14 gitulah pergi ke kedai. Arch kata anak dia tu cheeky a.k.a nakal masa kat kedai tu, jadi Arch pukul lah bontot anak dia sebagai reprimand atau ingatanlah kat anak dia supaya tak nakal. Alih-alih dalam beberapa hari lepas tu dua orang pegawai polis datang ke rumah nak siasat pasal kejadian dia pukul bontot anak dia tu.
Aku pun tanyalah siapa yang buat aduan tu? Anak dia ke yang mengadu? Arch kata mungkin orang kat kedai tu yang buat aduan polis. Kat sini untuk kes-kes macam ni memang boleh buat aduan tanpa perlu beri butir-butir peribadi. Kira macam 'baling batu sembunyi tangan' lah gitu hehehe. Tu yang pegawai polis tu bagi tarikh untuk Arch pergi mengadap dan bagi alasan kenapa dia pukul anak dia.
Aku yang dengar cerita Arch ni pulak yang rasa bengang. Apa ke hal? Nak disiplinkan anak pun tak boleh ke? Dah tu kalau mak bapak sendiri yang tak disiplinkan anak, siapa lagi yang boleh? Tu yang aku menyampah kalau tengok mak-mak, pak-pak yang biarkan anak-anak dorang buat havoc kat supermarket. Rosakkan barang suka-suka hati aje. Mak bapak sikit pun tak larang. Kononnya kalau larang tu macam kita halang pembangunan minda/kreativiti budak-budak tu. Tak pun dikatakan kolot dan kalau pukul-pukul tu katanya corporal punishment lah pulak. Kira biarlah budak-budak ni berkembang sikap suka memunah barang kot. Tu sebab ramai budak-budak kat sini tak ada kesedaran sivik langsung. Kalau dibiarkan terus maknanya generasi dorang ni yang bakal jadi mak bapak, akan jadi mak bapak yang 'ganas' violent, jadi anak-anak dorang jadi generasi apa pulak? Hancurlah tamadun dorang kekeke.
Dorang ni percayalah kalau nak marah anak-anak cukuplah gunakan psaikologi aje. Yelah tu. Kalau budak umur tiga empat tahun, dorang ni faham ke kalau kena leter? Tahu ke yang mana betul yang mana salah? Dalam situasi tertentu kenalah bertegas. No means no and if you do it, you'll get a smack. Tapi idaklah sampai merah lebam-lebam, yang itu bolehlah mendera. Pernah dulu duluuuuu aku satu bas dengan satu mak cina yang tengah marah anak dia. Kira suara kuat gila sampai satu bas tu memang suara dia ajelah dok marahkan anak lelaki dia. Budak tu dalam 9 ke 10 tahun gitulah. Entah apa yang dia marah sangat, aku pun tak berapa nak ingat. Tapi kira kalau aku jadi budak tu mau trauma seumur hidup. Bayangkanlah kena herdik dalam bas awam macam tu. Implikasinya samada budak tu boleh trauma, masalah psaiko atau akan membesar jadi orang yang blur. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang aku ingat ada satu makcik ni tegur, "nyonya jangan marah itu macam kat anak," dan nyonya tu jawab "dia degil bla bla bla" aku tak ingat.
Berbalik pada Arch. Dia ni bukan lelaki yang tak sayang anak. Dua-dua anak dia belajar kat sekolah persendirian. Bayangkanlah berapa ribu nak bayar setahun? Isteri dia akauntan dan dia macam aku jugak.. pelajar terlebih matang yang baru nak habiskan degree. Arch kata dia rancang nak buat postgrad bila dah habis ni. Jadi, kira dia bukanlah orang-orang NED (non-educated deliquent) yang siang malam pakai tracksuit sambil pegang air Yazoo! Tapi tulah, orang macam ni pulak yang disusahkan hidup mereka.
Dapat budak yang pandai manipulate pulak macamana? Tu ada seorang kat rumah tu.. namanya Afifah Aribah. Tiga tahunlah! Terlebih manja. Bila dah buat salah, pandailah memujuk emaknya.. kiss kiss lah, peluk-peluklah. Bapak pulak tak suka dengar anak menangis menjerit, alasan? Takut hilang suara, jadi bisu.. tu diaaa.... naik lemak lagi budak tu hahahaha. Cuma dengan aku ajelah tak boleh nak main-main sangat. Aku garang (huh! Ye ke?) kekekeke.
7 comments:
errr first time aku dengor kalau lebih nangis jerit .. budak akan jadi bisu, hilang sora. hahahahhahaha ...
kalau gitu caranya ... semua budak2 kat jepun bisu la .. sebab masa depa kecik2 baby .. mak pak depa yang suka bagi anak2 nangis sekuat hati. even ada pertandingan lagi .. ekekeke
btw .. ko memang GARANG! hahahaha11
apa2 pun .. orang putih memang BONGOK!
banyak nangis nanti jadik buta macam kasem selamat.... hohoho...
err... kat melaya... ramai gak bapak yang sangat penyayang... terutama kat anak pompan.. kikiki.... :P
Salam...
arwah emak selalu pesan kat abg2 saya, kalau nak pukul anak, guna rotan, jangan dgn tangan dan boleh pukul dari punggung ke bawah, sebab punggung tu kan banyak daging. Cukup setakat rasa, jangan sampai ada kesan luka. Dan jangan dari pinggang ke atas sebab organ-organ penting berada di kawasan berkenaan, apatah lagi muka & kepala. Wpun saya jarang2 kena rotan - kena pun masa mengaji, kat kaki... tu pun dah kira sakit... apa taknya kena tulang... Sebab tu bila sesekali ada kekawan yang mencubit, saya rasa sakit sesangat, lepas tu mesti ada kesan, tak pernah kena cubit ngan arwah emak pun.
kelakar juga kan undang2 orang puteh ni, tak kan tak boleh nak pukul langsung2. Sikit2 tu oklah, jangan sampai mendera lak...
saya pun baru pertama kali dgr mitos kalau nangis jerit2 nanti leh bisu.. err kalau nangis byk2 buta tu ye la.. sbb mak saya slalu takutkan saya camtu kecik2 dulu [err dulu2 cengeng].. hahaha.. ;p
eleh... sekarang pun ko cengeng gak achik weh... kikiki... :P
salam
Izinni
Itu teori yang abang ipar aku reka kekekeke
Aku garang? Hmm awat anak-anak buah aku tak makan saman ek? Semua usu nak itu, usu nak ini. Tu diaa....
Memang pun.. tapi yang Bongok nilah yang ramai nak ikut aish!
Pa'chik
Hah! Kau pun dok sakat anak buah kau ke sampai menangis lebam lebam mata?
Oit ada hati nak jadi bapa yang 'penyayang' macam tu ke? Belasah kang!
neen
arwah abah cuma jentik telinga je tapi kononnya sakit yang amat-amat laaa... menangis meraung-raung. Padahal bukan apa sangat tapi sebab dia jarang marah tu yang sekali dia marah, semua kecut perut.
Memang betul sekarang nak disiplinkan anak guna psikologi tapi ada masanya psikologi pun tak jalan.. masa tu terpaksalah corporal punishment
achik
Hihihi adalah sebab musabab dia rasa macam tu. Ish cengeng ke? kekeke
pa'chik lagi
kau tak cengeng ke pa'chik?
Post a Comment