Friday, March 27, 2009

Kampung

Aku belum tepek lagi gambar dengan video tu ek? Nantilah aku buat. Sebenarnya aku tak jumpa wayar telefon tu hehehe.. adalah tu dalam timbunan 'sampah' kat meja tulis aku tu. Nanti aku cari.
Sekarang ni pun aku asyik berkampung aje. Mana lagi kalau tak kat Comp Lab di bangunan Mc Cance. Kalau lepas pukul 5pm memang kosong. Aku suka. Bebas nak buat aktiviti sendiri. Pilih aje komputer mana nak hahaha. Nak solat pun senang, bentang aje jaket. Tak de sapa nak kacau. Cuma sesekali Pak Guard masuk nak tengok ada orang ke tak de.
Aku senang buat kerja sekolah atau kerja haram kat sini sebab kalau kat rumah, semua tak menjadi. Samada ulang alik ke dapur - makan, minum - menonton tv atau masuk bawah duvet dan tidur. Memang tak produktif langsung.
Aku doa semoga kerja aku sedang usahakan ini selesai sebelum hari pertama bulan depan.
p/s - tetiba aje rambang mata dengan tajuk dissertation yang hendak dibuat huhuhuhu.


9 comments:

ńĕĕń said...

Salam...

mereka-mereka yang berkampung di PWTC pun dah balik... tak ikuti pun, cuma setiap pagi rakan2 akan memaklumkan sapa2 yang menang, kebetulan salah seorg dari kenalan kita org (saya tak tahu pun dia tercalon, mmg tak ambil tahu langsung2) turut bertanding utk puteri umno dan dia menang... kiranya maju setapak lagilah dia ...

cucumatlela said...

aku terhidu...bau seorang yg rajin mentelaah..selamat membetulkan sejarah.

kingbinjai said...

amin

13may said...

:)

KAMATO said...

hari pertama bulan depan dah lama berlalu, selesai ke blom kerja tu

zura said...

sememangnya rumah itu bukan tpt utk buat kerja tapi tpt untuk melepak, tgk tv, makan dan tido. Jadi tidak hairanlah jika 60% dari penduduk dunia yg cuba untuk bekerja dari rumah end up membuat kerja rumah seperti mengemas, membasuh dan menyapu. itu ok juga sebab produktif tapi ramai yg tewas dgn panggilan TV atau katil atau peti ais hehehe...rindu kat ko!

Sastri said...

semoga berjaya menyelesaikan semuanya sebelum hari pertama bulan depan, ameen...

salam... :)

izinni said...

oitt ... tajuk mana yang menjadi pujaan lubang hidung hang? nak aku tolong apa2 ke? hehehhe

khairyn said...

to all

alhamdulillah kerja dah siap.. cuma dua kerja sekolah aje yang masih perlu dihabiskan segera huhuhuhu

izinni
ok aku tengah tunggu wahyu hahahaha