Monday, June 08, 2009

Buku

Masa mula-mula dia dapat tahu yang lelaki Muslim boleh poligami, dia terperanjat sangat sambil geleng-geleng kepala tak percaya. Aku gelakkan dia.

Dia tanya aku pasal tudung. Kenapa aku tak tutup semua sampai tinggal mata saja. Eh! Macamana nak kerja? Nanti tak nampak batang mop? Aku, dia ketawa.

Dia tanya kenapa Muslim tak makan babi. Aku jawab takut kena Swine Flu. Macam-macam jawapan lain aku bagi. Aku kata babi kotor, babi tak de leher, macamana nak sembelih. Bukan tu aje, babi jadi host pada banyak parasit. Dia terkulat-kulat pandang aku. Aku tak serius, katanya. Aku kata ye. Aku tak serius nak terangkan. Aku tanya dia suka bacon ke? Oh... saya cinta sama bacon. Sedap, jawabnya. Aku gelakkan dia.

Minggu lepas dia mintak nak baca 'bible' aku. Aku jawab aku tak ada 'bible' tapi ada terjemahan Al-Quran, nak ke? Dia jawab nak. Aku kata, insyaAllah kalau aku ingat, aku bawa.

Hari Selasa lepas aku pergi ke Darul Khutub. Nak carikan beginners guide to Islam untuk dia. Sambil-sambil tu nak ke Subway beli Sub of The Day (Marinara Meatballs, yummy!). Erk itulah satu-satunya Subway Halal di Glasgow ye. Oh berbalik pada buku. Aku ke Darul Khutub belikan dia buku 'What Every Christian Should Know About Islam'. Harga kurang dari £4 dan bukunya pun tak tebal. Ia semua asas yang diterangkan secara 'yang boleh diterima akal' depalah. Aku tak nak dia baca tafsir Al-Quran lepas tu pening-pening kepala sebab dia tak ada asas langsung pasal agama ini.

Mulanya aku berat hati nak bawakan tafsir Al-Quran pada dia. Aku ingatkan dia, Islam ni susah. Payah sangat nak ikut kecuali pada orang yang benar-benar yakin dengan agama ini. Kalau nak tahu aku boleh bawakan tapi baca ajelah dengan minda terbuka. Lagipun dia kata dulu dia memang Katolik tapi dah tak praktis langsung. Oookay!

Hari Sabtu lepas ni, aku titipkan dua buah buku tu kat kawan sorang lagi. Memang aku tak jumpa dia langsung sebab super aku yang tak berapa nak cerdik tu hantar aku cover dua ward. Ni gara-gara Nicola Sturgeon nak mai hari ni (Senin).

Dia sampai tak buat kerja rumah sebab asyik sangat membaca buku tu.Jadi Semalam bila dia nampak aku aje, dia dah teruja sangat. Dok panggil-panggil aku nak borak. Dia ucapkan terima kasih sebab bagi dia pinjam buku-buku tu. Dia kata dia habiskan 142 mukasurat dalam sekali duduk aje. Heh? Dia excited gila baca buku tu. Baru dia faham banyak perkara pasal Islam sampai anak dia usik lepas ni dia kena pakai niqab yang nampak mata je tu. Laa... sungguh-sungguh membaca la ni? Tak sangka aku. Alhamdulillah.

Dia seronok cerita kenapa orang Islam tak guna gantinama Allah sebagai Him. Aku angguk aje la. Ajak dia fikir kalau Tuhan tu ada gender, sex, apa beza dia dengan makhluknya? Dia tanya kenapa panggil master? Aku kata sebab Tuhanlah selayaknya yang dipanggil master bukan orang. Kita tak ada status yg berbeza sesama manusia. Wah! Dia seronok. Dia faham kenapa Islam melarang makan babi dan tadi pagi masa dia nak sarapan sandwich bacon dia pun dia tetiba 'tergeli-geleman' hahaha. Dia suka perbincangan pasal riba'. Dan dia gak suka pasal surah An-Nisa' ayat 34. Aku terangkan yang ini tafsirnya agak 'problematic' sikit. (Aku tak nak start kang ada lagi yang terasa macam post yg aku dah 'hilang'kan). Tapi kiranya 'overall' dia memang suka sangat buku tu dan tak sabar-sabar nak baca Tafsir Al-Quran yang aku bagi kat dia.

Dia ni sebenarnya dah tua. Dah 50an tapi masih lagi kuat kudrat kerja sebagai pencuci. Sudah 20 tahun lebih menjanda bila suami dia mati masa umur 35 tahun. Dia tak mahu kawen lain dan sekarang menjaga anak dia yang menghindap penyakit Hungtinton's Disease, sama macam mendiang suami dia dulu. Tak silap aku, dia kata anak-anak perempuan dia pun dah meninggal kot. Kira dia memang perempuan cekal dan tabahlah. Sentiasa gembira.

Aku mulanya sceptical masa dia mintak tafsir Al-Quran dan tanya pasal Islam awal tu. Yalah, kita tak tahu apa niat dia yang sebenarnya. Betul-betul atau main-main. Tapi sekarang bila dia tunjuk minat nak tahu lagi, aku kenalah beri penjelasan yang tepat dan kenalah jadi lebih serius.

Allah bagi petunjuk dan hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya. Tak kira tempat, bangsa dan usia. Doakan dia (dan aku) menjadi insan-insan istimewa yang terpilih untuk menerima petunjuk dan hidayahNya. Amiin.

18 comments:

Zuraini said...

Salam...

Insya Allah, Khairyn, dia & kita semua menjadi insan-insan istimewa yang terpilih tu...

Rasa seronokkan bila bersoal jawab dgn mereka yang nak kenal Islam dari mereka yang kononnya telah mmg Islam... Kira cam Zaidi dalam DZS dan cam Taufik (cam Zulaika mengharap cinta Yusof a.s.) dlm ZdT, mengharapkan cinta insan, cinta Ilahi yang ditemuinya dahulu... insya Allah...

akuatik said...

so bila nak gi darul kutub (baca: subway)lagik?

khairyn said...

Esok?
marinara meatballs lagi? hohohoho

khairyn said...

neen

Amiin... hehehe.. Moga dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat :)

Amiin

izinni said...

Aminnnnn ...

1) Aku stuck. hahahah
2) Masalah yang satu tu dah selesai (baca: rumah). Alhamdulillah.
3) Aku rinduuuuu nak sembang2 ngan ko! hahahahah

soliloquy said...

'orang Islam tak guna ganti nama Him...'
hohohoh...
info yang sangat menarik...
time kasih banyak2 kak khairyn...
selama ni selamba kodok je guna...
isk..isk...astaghfirullah...

KAMATO said...

Semoga di berikan hidayah untuk dia mengucap dua kalimah

onna said...

mudah2an makcik tu dapat hidayah n masuk Islam...mudah2an....ya Allah berilah pentunjuk kepada hamba Mu...

Mimiamilia said...

nak ikut!

DeeN said...

Nak marinara meatballs gak. ;)

Mudahan2 wanita itu mendapat hidayah dari Allah swt.

Dura said...

alamak kenapa kena sceptical?
kalau org tanya pasal islam aku jawab apa yang mampu.kalau nak pinjam tafsir quran & hadis bagai aku bawa dia pergi library. kalau dia tanya lebih lebih aku bawa dia pegi jumpa tok imam kat masjid hehehe.

khairyn said...

izinni
Kita brainshowering lagi bila-bila ko ada masa.

saffa
Boleh guna Him atau His tapi kena kurangkan penggunaannya sebab dlm bahasa Inggeris dan beberapa bahasa dunia yang lain kan ada 'lelaki' dan 'perempuan', tapi kita kena terangkan sifat 20 Allah ni pada mereka kan :)
Sama-sama belajar

Kamato
InsyaAllah. Allah beri hidayah pada siapa yang Dia kehendaki. Semoga kita semua menjadi insan terpilih.

Ona
mudah-mudahan. Kita buat yang terbaik

khairyn said...

Mimi
alahai osmet.. terlewat tengok mesej kekeke.. Takpe next time ookay!

Deen
Nak? Beli sendiri kekekeke Atau mai sini???
Semoga Allah bukakan hatinya

Dura
Hehe.. Aku hati-hati dalam hal agama ni. Just want to make sure that they genuinely interested barulah aku bantu sedaya mungkin. Mungkin aku salahlah tapi dah banyak kes yang 'mereka' cuma nak tahu kemudian pusing-pusingkan ayat untuk kelirukan orang lain. Tafsir yang aku bagi pun bukan tafsir biasa yang kita guna tapi tafsir yang mudah mereka faham dan ada perbandingan dengan injil. Kat buku tu pun ada penjelasan macamana penterjemah Western cuba nak susun balik surah ikut akal mereka tapi tak berjaya and had to revert balik pada susunan asal. So kat situ dah terbukti, ayat Qur'an tidak boleh diubah walau satu tanda sekalipun. Tapi buku pengenalan pasal Islam tu yang paling penting.
Mesti ko kat sana pun dorang selalu tanya gak kan.. tak pe aa ko kamcing dengan tok imam.. aku? nak jumpa tok siak kat masjid Sumsa tu pun malu-malu... tok siak hensem weh kekekekeke
uish! fitnah nanti

Anonymous said...

I envy you.

Seriously, I do.

May Allah guide her to Islam, insyaAllah.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kalau takut nak jumpa tok siak camne nak bawak bf german hang tu pi jumpa tok mudim & tok kadi...ngeh...ngeh...ngeh
aku nak buku tu satu!(nak free) cam menarik jek bunyinya :-D

Dura said...

Ny - tok siak? dah lah hensem .. beragama pulak hehehe.
Elly - tok mudim ,tok kadi..tok siak..dah cukup 3 perkara. Cuma tunggu pengantin nya aje ..hahaha

Unknown said...

Adakah aku boleh berdakwah seperti ko? Aku yg begitu cetek ilmu dan tidak tau berhujah...Mungkin sebab cetek ilmu itu aku jadi tidak pandai berhujah...mungkin itu sebab utamanya.

khairyn said...

OJ
We do what we can, but Allah knows best. InsyaAllah.

Elly
Err... bila tiba masanya, malu pun tadak hahahahaha
Buku apa free? Selagi upin ipin tak mai, tadak buku free! kwang kwang kwang

Dura
semacam je bunyinya tu hahahaha
ai malu yu!

Zura
eh aku pun tadak reti hujah juga. Bila dia tanya aku jawab je hahahaha. InsyaAllah Allah will guide whom He pleases.