Shopaholic?
Duduk kejap sambil makan bekal untuk menambah tenaga mengangkut nak naik bas balik. Tadi aku rasa macam sedih sesangat sebenarnya. Aku masuk kedai Whittard nak beli kopi, bila langkah masuk aje aku tiba-tiba teringat.. abah dah tak ada, nak buat apa beli kopi, aku keluar balik. Tadi masuk kedai Clarks nak beli kasut untuk anak-anak buah perempuan aku pun aku tak pergi langsung ke bahagian lelaki. Terkenangkan kasut Clarks yang aku beli buat arwah abah yang mak dah sedekahkan pada sepupu lelaki aku. Terkilan aku! Tapi ya lah, takkan aku nak bakar kasut Clarks arwah abah tu kan? Kalau Cina tu yalah, boleh bakar bagi bekal kat sana. Kang tak bergaya pulak tanpa kasut Clarks. Dahlah sekarang ni tengah promosi Father's Day. Macam-macam hadiah ada untuk Hari Bapa yang bakal disambut Sabtu ni (21hb June). Rindu sangat ni weh! Alahai....
Op! Sebelum balik kena ke sini dulu sebab perjalanan kan panjang... hahahaa. Aku tertarik dengan alat pengering tangan ni. Selepas membasuh dan menyabun tangan anda, sila masukkan ke slot tangan yang disediakan. Tekanan angin yang tinggi akan mengeringkan tangan yang basah. Sila tarik turun tangan anda untuk memastikan ia kering.. huhuhu.. jenama Dyson lagi tu! Power! Ni yang lebih semangat nak belikan mak vacuum cleaner jenama ni..
Okeh! Ini kasut untuk warga perempuan seisi rumah (baca: mak, kakak dan nieces aku)/ Dari kiri belakang tu, kasut kak aku. Aku tibai aje saiz 6 sebab dia kata satu saiz kecik dari aku. Kat sini aku pakai saiz 6.5 pun muat gak. Yang krim kasut anak perempaun sulung kak aku saiz 7. Ada harapan panjang lagi tu. Kalau tambah saiz lagi, kasut dia boleh buat sampan gamaknya. Depan dari kiri pula. Yang merah menyala tu untuk Adibah, anak perempuan kak yang nombor dua. Saiz 6 gak. Baru 10 tahun wa cakap lu. Tak pe, kalau panjang sangat, boleh simpan. Pakai bila muat. Yang tengah tu tersangatlah kiut. Aku tak boleh resist belikan untuk si bungsu yang sakan menjerit tu. Kalau tak muat, aku muat-muatkan jugak, biar lantak situ menjerit ke teriak ke apa ke hahaha. Yang sandal tu aku beli untuk bonda. Hari tu kata saiz 7 sempit sikit... tadaaa! Aku belikan saiz 8. Kalau cerewet gak, aku jadi buruk siku, angkut bawak balik sini.
Seluau tu pulak aku nak hadiahkan pada my Dayabumi. Sebab kau tinggi dan susah nak cari seluau panjang yang akan jadi senteng pada kau, aku belikanlah sehelai ni. Err.. dah belikan ni, nanti boleh ke aku pinjam kereta? Huhuhu.. boleh la boleh laa hahahaha
Perkh yang ini, aku tak taulah akan cukup ke tak? Anak-anak buah aku memang hantu jajan. Ingat nak bagi kat orang sama, tapi tu lah kang tiba kat dorang kang, tinggal plastik pembukus aje. Nak kena bagi warning awal-awal kat dorang ni. Tak pun, mesti mak aku akan ambil tindakan drastik dengan menyorokkan semua coklat-coklat Cadbury ni.
OK, cerita sopping ni belum habis lagi sebenarnya. Esok aku nak pergi ke wilayah lain pula mencari barang-barang yang tak sempat nak beli tadi sebab aku rasa macam lengan aku dah nak tercabut dari bahu. Tulah, orang tak biasa bersopping baru tiga beg aje dah surrender. Esok, aku kena mulakan dengan semangat baru dan mungkin kena bawa beg troli?
12 comments:
Fuh..betul2 tabik spring membaca cerita kamu bershopping.Kenapa tak sewa kereta buat rombongan cik kiah pergi menyoping? Mesti tuan puan punya kasut, baju,cokelat tak sabar nak tunggu brg sampai ni..hehe..
ya ya saya pun tabik spring membaca cerita kamu tentang masak memasak. Weh! Buruk bebenor bunyinya hahahaha.
Nak buat rombongan ka? Shopping sendiri ajer ler. Ni pun pi sengsorang. Kalau berdua, mau aku pinjam lengan member tolong bawakan beg sopping aku tuh hahahaha
Sabar tak sabar, kotak naik kapal. Kalau nasib baik, sebelum raya insyaAllah tibalah di perairan Malaysia kekekeke
pergh.. ni betul punya shopping sakan.. :D
kasut yg tgh tu mmg sgt kiut.. teringin je nak pakai kalau ada saiz.. ekeke..
oh2 tetiba rasa semangat membara plak nak membeli belah.. ;p
eh pungkok....lelaki istimewa tu je ke punya bakat melukis? aku lagi terer dr dia tau pakai photoshop lagi...org pakai baju aku leh kasi jadi gambar togel...ha hebat x? kagum x?
apasal aku tarak dpt mcm dia dpt?adakah kerana dia lelaki & aku pompuan..??eh aku pun lelaki tau kekadang...ngeh..ngeh...ngeh
achik
Macam malas je nak keluar nyopping hari ni hahahaha
Cik Elly
mak ai! Telajang kang hahahaha
Hang tu dah berapa banyak menda aku belikan aceh aceh.. boleh lagi tu nak jeles dengan orang ni.. psstt.... hang nak jumpa dia tak? Manalah tau kan kan kan... hang kan nak yang lemah lembik eh lemah lembut hehehehe Amiinn!
cehhh...hand dryer tu kat john lewis buchanan gallery pun ada..jauh benor gi tengok hahahhaha
err, boleh kah kalau saya nak kirim fridge magnet satu?
akuatik
macam la tak tau.. aku bukan macam kebanyakan korang yang kena pi melawat toilet selalu hahahaha.
king
siap!
Aiyaya!
Shopping, sangat best!
Tetiba teringin nak shopping gak (walopon takder sen)!
Selamat bershopping, kak!
Er... utk saye takder hadiah ker, kak? Ekekekekeekee!!
ooo pandai hang nooo...tu kira sbg galang ganti hadiah ler tu...nak kenen2 ler tu...camni kira pakej skali ler senang skit, dia ngan hadiah skali, amacam?...aku mmg tamak haloba mr loba loba...hahaha
macih.... macih.. macih..... wahai PEJABATPOS ku. Errr nanti bagitau bila ada sale ek... nak suruh gi shopping lagik.
Setakat masak yg senang2 tu ok ler. Nanti aku cuba masak the infamous nasi goreng peria..tapi ikut style aku lah..hehe.
Post a Comment