Semangat balik!
Periksa tahun ni memang sangat mencabar bagi aku. Bukan setakat minda tapi emosi yang tunggang langgang semenjak awal tahun dan terpaksa ambil cuti balik Malaysia dan bila masuk kelas balik, aku rasa macam tak ada satupun ilmu yang masuk lekat dalam kepala. Rasa memang weng dah aku ni. Ujian Allah kali ini memang maha hebat untuk aku. Aku refuse nak fikir yang bukan-bukan. Cuma doa emak aje aku jadikan bekalan dan peniup semangat di sini.
Aku syukur sangat-sangat bila semuanya selesai sudah. Tak sangka dah tiga tahun aku kat sini dan kalau aku berenti belajar sekarang, aku akan dapat Bachelor of Arts in Journalism and Creative Writing and Sociology (2nd class upper? hihihi). Memang aku tak pernah mimpi jauh-jauh macam ni. Aku ikut pesan kawan aku 'take one day at a time. Don't think too far ahead.' katanya. Kalau aku nak fikir pasal masa depan pun aku akan fikir untuk tiga bulan akan datang, itu jer yang aku berani nak buat.
Siapa sangka juga dalam masa tiga tahun ni aku buat dua kerja - Isnin-Jumaat 6am-9am, Sabtu-Ahad 9.30am-3.30pm dan kadang-kadang sampai 5.30pm, pergi kelas dari 10am-5pm, mentelaah, berjaya tulis dua buah novel - Zahrah de Tigris (2007) dan Dame Zoete Sarah (2009) dan buat satu terjemahan buku - Terowong (Tunnels). Bukan aku bermaksud nak bangga diri tapi aku nak peringatkan diri sendiri yang selagi ada daya, DENGAN IZIN ALLAH, dengan semangat - aku boleh buat!
Tinggal setahun lagi untuk aku dapatkan Honors pulak hehehehe.. ini target utama aku. Aku nak cuba - kalaulah dapat First Class Honors. Ini mimpi dan aku harap dapatlah jadi kenyataan. Perkh!
Ahad hari tu dapat tengkorak dan bontot ayam dari kawan seperjuangan kekekekeke... Balik spital terus goreng dan makan ramai-ramai sambil tengok tv. Makan juga dengan fried chips a.k.a kentang goreng kekeke. Sedapnyerr!
13 comments:
First Class Honors..YES go for it.You CAN do it..nothing is impossibble babeh..
Mmmm nampak goreng ayam..tiba2 rasa nak makan ayam pulak ..cicah cili sos sedap weh :)
weeiiii... tahniah...
asek ayam jee... cuba la makan ikan patin masak tempoyak ke, asam pedas ikan semilang ke.... :P
salam kak.tahniah atas kejayaan yang dicapai.semoga terus sukses dalam menjalani penghidupan di perantauan.saya pasti akak boleh same seperti 'si manis sarah'
-syamil
p/s: saya baru tau akak yang transalate Tunnel.xsangke sungguh.saya suke novel tu
tahniah kak khairyn..
insya-Allah boleh dapat First Class Honors tu.. chaiyok!! chaiyok!!
Dura
huhuhuhu.. usaha usaha usaha!! iyaaaahhhhh! takut tuh.. set tinggi2 macam ni.
Pa'chik
tengkiyu!!
Ikan patin dan ikan keli, ikan semilang tu semua target aku untuk 3 bulan akan datang lalalalala
Syamil
Terima kasih!! hehehhe
InsyaAllah.. Sarah sebagai penguat semangat huhuhuhu
Yep, cerita Tunnel tu memang best! Ada sequel Deeper, yang ni lagi best.
achik
huhuhuhu terima kasih
sama-sama berusaha! Chaiyok!!
Salam...
Alhamdulilah & tahniah... Insya Allah apa yang dicitakan boleh diperolehi, janji usaha...
Salute!
beb,
tahniah..teringat apabila idea untuk berhijrah ini tercetus...macam2 ujian..kene tipu (rahsia kita), mintak vss tak dapat..akhirnya ko berjaya juga ke tanah ratu, tinggallah aku di sini...dan akhirnya berjaya juga dapat degree...kejap betul masa berlalu...kenangan2...
mmm...meraikan bersama binatang peberetmu...kalau abis final exam esok x tau ler aku baper byk ayam2 yg patut dikorbankan utk meraikan kejayaan hang...ngeh..ngeh...ngeh
neen
thanx
dr bubbles
Salute! Huh rasa macam dlm Godfathers plak huhuhu
Ona
kakaka aku memang tak sangka. Dari cerita 'petak' dan bosan, lepas kena duga macam-macam akhirnya aku ke sini. Bila orang tanya kenapa datang sini belajar aku sendiri tak boleh jawab. Aku cuma cakap 'panjang ceritanya' hahahaha
elly
huhuhu kenapa?
Kau nak sponsor ke?
lalalala
aaa novel baru dah keluaq yer. saya suka zahrah de tigris, insyaalah saya akan beli yang ni pulak =)
selamat ngaji, caiyok!
ye...ye...nnt aku sponsorkan dinner plate buatmu...tapi cukup ke? hang tu kalau x sekoq ayam x sah! :-p
iza
terima kasih.
Sekarang sedang bercuti :)
elly
Bucket? huhuhuhu
Post a Comment