Thursday, June 04, 2009

Bayar

Pertama-tama maaflah sebab aku selaku tuan rumah gagal mengawal keadaan rumahnya yang 'tunggang langgang' hari tu. Jadi atas kebaikan bersama, aku dah 'bersihkan'.

Hari ni aku bayar hutang dengan dua orang 'ceti'. Yang seorang menagih 10% dan yang sorang lagi 1%. Tapi tadi, dua-dua aku bagi sama rata. Dua-dua dapat 50%. Kira baik hatilah aku hari ni. Biar sama rata... biar tak cemburu. Masing-masing dapat ayam separuh body. Huhuhu... kat Nandos.

Kan ke hari tu dah kata aku diminta tolong untuk tengokkan thesis orang. Perkh! Memanglah menulis thesis sangat susah dan memeriksa thesis juga sebenarnya sangat susah. Aku tak tau apa-apa pun pasal vortex. Nak tak nak aku kena google jugalah bendalah vortex ni. Jadi untuk orang yang tak tahu pasal tajuk thesis yang dibuat tapi kena periksa thesis ni, benda ni jadi memakan masa. Tapi, alhamdulillah siap, cuma aku harap aku dah dapat membantu dia.

Aku tak tetapkan harga sebab tahap aku pun bukan pro. Kadang-kadang aku sendiri pun mintak jasa baik Rosie tolong tengokkan kerja aku. Huhuhu.. banyak juga Rosie tukar. Tapi ni pun proses pembelajaran juga kan? Anyway, tuan punya thesis telah bermurah hati bagi duit yang agak banyak jugalah. Alhamdulillah rejeki. Tapi.. errr.. kalau diminta lagi aku terpaksa menolak la nampaknya sebab lecturer aku dah suruh aku siapka dissertation awal-awal. Huh?

6 comments:

akuatik said...

summer clean :) ejen 10% berterima kasih atas pendapatan 50% tersebut...cumanya lepas ni ejen kena tutup agensi la nampaknya...macam agensi mencari jodoh leyha yg tutup kedai jugak tu huhuhuhuh

onna said...

salam,

takpa2 orang bagi rejki kita tima..mana tau pasni kita pulak bagi rejki pada orang lain...kalau mahu macam itu rajin2 solat dhuha yang jatuhnya selepas 28 minit waktu syuruk...lebih afdal uztaz kata apabila kaki anak unta kepanasan apabila meminjak pasir ...salam jumaat untuk semua..

Zuraini said...

Salam...

Alhamdulilah rezeki Allah beri, dapat juga dikongsi2kan dgn kekawan yang lain kan... Selamat menyiapkan tugasan yang di beri tu, buat sebaik yang mampu, insya Allah.

Semalam baru saya dpt menghabiskan DZS (04/06/09). Pada 03/06/09 saya tak rasa enjoy nak menghabiskannya kerana isu Panas 3. Rasanya yang saya banyak utarakan tu tuk kaum sejenis supaya kita sama2 menambahkan ilmu yang ada & menghargai & menyayangi diri sendiri, itu pun banyak yang saya cut, tapi tak sangka lak kan ada kaum lain yang terasa... Cuma tulah kan, bila kita menunding jari ke orang, sebenarnya 4 jari lagi menunding ke diri sendiri... kira faham2 ajelah kan...

khairyn said...

akuatik
Pihak kami juga gembira kerana dapat menggembirakan dan meraikan ejen2 sekalian. Kami panggil agenda ini sebagai Ayam Annual Party. Kampeni bungkus sebab keadaan ekonomi yang meleset. Sekian, terima kasih.

ona
Thanx atas ingatan. Nak cari anak unta kat sini susah... pasir panas pun tak de hihihi.. gurau jer. Akan cuba diamalkan.. Ni tengah summer ni syuruk kul 4.30. Adeh

neen
Enjoy the book?
Yang lepas tu kita buat tak tahu jer. Silap saya gak sebab tak control dari awal.
Apa pun thanx atas 'cerita' dan ingatan neen pasal tu. Sama-sama jadikan panduan.

Zuraini said...

Salam...

enjoy sesangat dgn DZS tu...
cam dah jadi ejen Js lak kat ofis ni... mula dah order 3, ni order lagi 4... tp utk citer2 yang happy lah... yang boleh buat mengalir air mata tu... mmg saya tak cdgkan pada kekawan... sbbnya nnt kalau dia org bercerita baca smpi keluar air mata dan saya dok gelakkan dia org, mesti dia org kata saya ni makhluk yang tak berperasaan... Citer2 cam tu saya selalu bagi pinjam jer... Dan yang bestnya bila dia org dok mengulas citer yang telah dibaca, mcm kisah tu betul2 berlaku... sampaikan kekdg boleh sebut, 'cop-cop... ni citer yang mana satu...' @ pun 'lah citer novel rupanya ingatkan cerita betul...'.

khairyn said...

hehehehe Neen, thanx.

Ni bersusun buku fiksyen dan non fiction kat rumah tunggu giliran nak dihabiskan masa summer ni... tapi macam tak sempat aje nak habiskan semua tu.huhuhu Suka buku! Tapi bila selesai baca jer buku semua dah macam asam keping. Kerepot sana kerepot sini sebab bawa merata-rata nak dihabiskan hehehehe