Dari mana asal susu?
Princess Nadia - "Monoprix"
Memandangkan, si akuatik tak pernah ke sini lagi dan tiap kali dok bercerita pasal jalan-jalan dia akan buat muka muncung kata dia Paris pun tak pernah sampai lagi, aku pun menggunakanlah contact yang ada dan tanya boleh ke aku datang. Bila kawan bagi lampu hijau, aku pun beli tiket easyjet dan datang melawat Paris 4 hari. BTW cik akuatik, aku Istanbul pun tak pernah jejak kaki lagi!
Jauh jugaklah berjalan. Dari zone 1 hingga zone 6 ke Rambouillet. Entah mana-mana tempat ni tapi asal dapat tengok kampung dan jugak tiket pengangkutan sah laku lima hari dan sampai zone 6, jadi pergunakanlah setiap kemudahan yang sudah di bayar.
Ini kali pertama depa buat pertunjukan bunga api kat Eiffel sempena Hari Kebangsaan. Erk! Tak dapat ambik gambar bunga api sebab orang terlalu ramai kat Torcadero (kawasan atas bukit yang sesuai nak tengok pertunjukan bunga api).
Orang yang sangat ramai kat Palaice de Chaillot kat Trocadero.
Kebetulan pula hari tu ada pertunjukan pasal army kat Invalides ni. Memang ramai sangat la orang kat situ.
Mat-mat tiarap sangatlah ramai kat sini hari tu buat pertunjukan hehehe... Bukan setakat askar aje, ada gak dari bomba dan pasukan elit Perancis Legionnaire. Yang ni memang aku suka tengok sebab ini pasukan khas untuk askar dari negara asing yang nak serve dengan pasukan military Perancis. Jadi, adalah yang datang dari Afrika dan sejauh dari Jepun nak berkhidmat dengan Légion étrangère ni.
Jalan-jalan lagi, kali ni kami sampai ke Institut du Monde Arabe. Institut khas untuk budaya Islam. Menarik gak tempat ni tapi sebab hari cuti umum dan dah petang, bangunan ni dah tutup. Ada restoran sedap kat sini, tapi biasalah orang semekin macam kami ni tak leh la nak bergaya makan kat restoran tip top macam ni. Lagipun host kat Paris pun sudah sangat tip top memberi layanan kat kami huhuhu.
Dah bergambar kat Institut du Monde Arabe ni, kami terus aje lah berjalan. Niatnya nak cari jardine atau taman dan terus ke Gare d'Austrelitz dan ambil Metro terus ke stesen Passy, tiba-tiba aje terdengar lagu salsa. Ada parti ke? Kat mana?
Huhuhu.. rupa-rupanya ada open air tarian salsa laaa. Apa lagi.. marilah menonton. tengah dok syok menonton ada perempuan cina datang kat kami. Malaysian gak. Dia dok berborak-borak. Seronok tengok salsa katanya. Nak menari tapi dia tak berapa reti sangat, jadi dok bergoyang aje lah berdiri kat tepi kami sambil-sambil tu mengomel.. tu yang suara dia masuk dalam video aku nih.. spoil je!
Enjoys
Cerita hari-hari seterusnya akan menyusul. InsyaAllah.
7 comments:
Yeay first!!!!
*cepat-cepat tekan butang publish*
:))
Waaa beshnya jejalan.. Jeles :((
kalau nak dancing2 salsa jom la pi kelas 12.30 ahad kat shawland tu..huhuhu
bestnyaaaaaa.. merata berjalan.. :)
boleh dengar suara hang & amoi bercakap2...cet!!!
gelek gelek gelek ...
memang orang sana pandai salsa ke? hehehe
ada pulak gelak2 sumbang kat background tu, hehehhe
akira
woah, erk ada pertandingan dapat no 1 ka?
Jalan2 ni pun berbajet. Syukur ada kawan yang dok kat sana, kalau pi sendiri sewa hostel memang laaa tak mampu.. Paris sangat2 mahal!
mimi
Kalau hari ahad, ai memang dah ada permanent partner untuk kelas salsa. My mop and bucket. kakakakaka
achik
Memang sungguh berjalan.. Jalan kaki kekekeke. Kat sini, senang sikit nak berjalan ke Europe, boleh dapat tambang murah kalau book awal. Alhamdulillah :)
Elly
tu suara nyonya tu ngan si akuatik. Dia nak nyembang jer kerjanya.
izinni
Ramai orang dari africa and south america kat sini so depa bawaklah culture dorang nari salsa samba mambo chacha dan segala yg aku tak tau ke sini. But orang tempatan pun suka menari.
Perkh gelak sumbang tu nyonya tu laaa.. dia dok bergelek sorang2. Tu mamat cina yang termasuk dlm video tu husband dia la
Post a Comment