Friday, July 31, 2009

Happy Days

Ahem!


Kawan aku bertunang minggu lepas. Akhirnya! Huhuhu.. aku pulak yang rasa lega.

Untuk pengetahuan bersama, inilah sahabat karib aku yang paling rapat dengan aku. My Dayabumi. Ya, dan akulah Pejabat Pos Besar dia hahaha.

Nama dia err.. panjang. Setinggi orangnya juga dan akulah yang telah pendekkan nama dia hingga satu suku kata saja. Dari sepanjang-panjang nama, kami panggil dia Zurd saja, dan nama ni kekal sampai sekarang. Kawan-kawan rapat aku yang lain yang kenal dia pun panggil dia Zurd saja. Sorry Zurd, hari ni kau glamor.

Orang kata Opposite attracts. Macam dia dengan aku. Karektor ibarat Timur dan Barat, Utara dan Selatan tapi kami kekal sahabat baik sudah 21 tahun. Kalau aku agak kasar orangnya, dia manja. Kalau aku agak keras, dia memang lembut. Kalau aku suka buat kerja ikut kepala, nekad saja, dia akan fikir pro dan kontra sebelum ambil keputusan. Kalau aku suka pendam perasaan, dia lagilah sangat pandai simpan rahsia. Dan sebenarnya antara dia dengan aku, dia lebih berani. Dalam banyak-banyak hal, dia selalu jadi tiang seri aku dan put some sense into me. Thanks Zurd.

Suatu hari, dia beritahu aku dia nak bertunang melalui YM. Nak kata terperanjat, tak juga. Aku kata aku happy for her. Tapi, sebenarnya dalam hati aku, aku tak berapa happy. Bukan aku tak suka dia nak kahwin, aku suka sangat-sangat, cuma... hati aku berat nak lepaskan dia. Macam-macam perasaan yang timbul. Adakah pilihan dia ni tepat? Nanti tunang dan bakal suami dia ni boleh tak bahagiakan dia? Tenang tak hati dia? Apakah dia akan dihargai? Huish! Macam-macam yang aku fikir. Hahaha... macam aku emak dia pulak. Tapi itulah sejujurnya perasaan aku dan apa yang aku rasa. Inilah, lepas seminggu ni baru tulis entri pasal hari pertunangan dia (tanpa izin dari tuan badan hahaha)

Aku dan Zurd kawan dah lebih 20 tahun. Macam-macam pengalaman kami lalui sama-sama. Ada yang gembira dan ada yang duka. Dari zaman sekolah sampailah zaman kerja. Yang paling lawak sekali bila dia pindah kat Pendang dan aku kat KL. Telefon mengalahkan pakwe dan makwe. Kalau tiga kali satu hari tu macam tak sah pula. Memang lawak.

Tak lama lepas aku kehilangan abah, dia pula kehilangan mama. Kami terus jadi macam support system sebab masing-masing perlu support each other. Syukur aku dapat jumpa mama sebelum aku terbang balik ke Glasgow hari tu. Tapi, aku memang tak sangka itu kali terakhir aku dapat berborak, salam, cium dan peluk mama.

Zurd, aku tau kau memang seorang perempuan yang cantik, bijak, tabah dan baik. Walau tanpa mama, kau tetap boleh uruskan majlis pertunangan kau sendirian. Aku minta maaf banyak-banyak sebab tak jadi kawan yang terbaik untuk kau dan tak dapat sama-sama kau pada saat bahagia kau. Aku minta maaf sekiranya aku kurang supportive pada kau pada masa kau perlukan bantuan aku. Aku minta maaf sebab tak dapat sama-sama ringankan beban kau. Aku minta maaf juga sebab gagal tunaikan amanah mama untuk jaga kau sebagai sahabat dan saudara aku.

Apa yang mampu aku beri cuma doa semoga segala urusan kau dipermudahkan Allah dunia dan akhirat. Semoga hidup kau barakah dan semoga gembira dan jodoh kalian kekal sepanjang hayat. Aku doa semoga Allah berkati hidup kalian.

Selamat bertunang cik Zuridawati binti Sadar Mohamad dengan err... err... Encik Leman blushing

14 comments:

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

hahaha....Dayabumi ngan Pejabat Pos Besar, camtu aku amik Central Market je ler x pun Petaling Street...hahahaha...

korang mmg 'pasangan' yg x secocok...sorang tinggi melangit sorang rendah, masuk aku dah mcm tangga kalau kita jalan sama2...ekekeke..

apapun selamat bertunang Zurd, terkilan gak sbb x dpt nak raikan hari bahagia dia sbb aku pun dalam keadaan serba salah, tapi mcm aku cakap ler aku datang ke x datang ke Zurd tetap bertunang, ye tak?
:-D..

insyaAllah kawin esok aku datang! agak2 lepas Zurd kawin korang bergayut cam pakwe makwe gak ke :-p

khairyn said...

Elly
ko memang Central Market. Macam-macam ada and happening sokmo hehehe..
Yep kita bertiga sangat rapat kan?
Miss you guys!

hahahha kita pun dah mcm pakwe makwe gayut sesuka hati hahahaha

Dura said...

Dayabumi..pejabat pos..central market..habih aku ni sungai kelang ke apa =))
Tahniah Zurd ..syukur alhamdulillah dan suka hati bila dengar berita ni..serba biru & pink lagi kan..I like:)
Yang opposite tu lah yg menarik ..positip negatip kata org kampung aku..hehe.

akirasuri said...

Hehe! Tahniah Kak Zurd..
Moga lepas ni giliran pejabat pos besar pulak.. Aminnn!! :D

DeeN said...

Amin!
Utk du'a cik suri, hehe!

Pa'chik said...

selamat berkawen lah...

err... takde pun panjang sangat namanya weh... :P

izinni said...

akulah yang rasa bersalah yang amat ni tak dapat gi .. 2 kali zurd call aku .. last2 last minit, keta nan ado. huwaaaaa ... tak dapat makan free! huhuhuhuhu ...

takpe .. nanti aku gi bangsar .. suruh dia belanja aku! hahahaha

elly ... ko tak boleh jadi central market laa .. ko takat stesen LRT je .. sebab dah kurus! hahahahhaa

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

izinni : hang ler patut belanja dia makan sbb hang x datang...hahaha...mmg ler patut hang rasa bersalah sbb Zurd call hang 2 kali :-p

kalau camtu aku amik traffic light kat central market je ler sbb tiang tu lagi kurus...ekekeke

khairyn said...

Dura
ko stesen Mahkamah Tinggi kekekeke.. Teringat hari ko terperangkap kat dalam dan aku kat luar sebab reformasi hahahaha
Yep, kita semua ada karektor yg berbeza dan bila berkumpul, sangat happening hahahaha

akirasuri
hahaha amiin.. untuk si ati gak amiinn.

Deen
Amiin untuk Deen juga :)

Pa'chik
huhuhu.. panjangla tu.. 5 suku kata. :p

Izinni
mana nak sama belanja kat warung dengan belanja time kenduri?
Nanti bila dia buat majlis akhir tahun ni kau pergilah. InsyaAllah buat kat Seremban. Dah boleh cuti-cuti Malaysia sekali :)

Elly
hahahaha tahniah sebab berjaya!

Dura said...

Hahaha ingat lagi kau kat citer reformasi tu. Kelakar pun ada.. geram pun ado..menyampah lagi ler banyak :(
Tak per Elly sebab kau dah terkurus .. aku kasi kau tiang bendera sebab aku rasa tiang bendera lagi kurus dari tiang traffic light :)

Hazwani said...

salam...kakak...sedih betul dah tulis panjang2 tadi tbe2 hilang uwaaa

nway, kite dah jejakkan kaki ke tanah ratu.terima kasih atas doa2.siap kene kuarantin lagi masa blik msia

hehey, kawan baik dah btunang, kejap lagi akak terjangkitlah tu...

jengjeng...

haha..was saffa in dancing finger
is hurin in hurin86.care! miss blog ni dan tuannya skalik!

izinni said...

elly,
nak buat lagu mana ... keta ada satu je. kalau keta takde, terperap la aku kat rumah. adalah mustahil gitu aku nak berarak naik bas atau lrt gi rumah zurd dengan askar2 5 orang ni ... uwaaaaa!!!

takpe ... aku tunggu duit masuk ... masuk kalu ... aku bawak dia gi makan kat octopus. hehehhehe

izinni said...

majlis hujung tahun ek. boleh boleh insyaAllah ... aku usahakan pegi. dah lama tak makan kenduri orang nogori ni. hehehhee

Unknown said...

Salam,

Speechless....


Nanti dah siap kad akan aku hantarkan kepada semua n minta cik khairyn kita letak kat sini so sapa2 yg dekat tu blh la datang ke majlis aku nanti. Maybe tumbang sekor lembu/kerbau gak la nanti. huhuhuhu... Ada yg tolong uruskan majlis, nak masak sendiri kat umah, Alhamdulillah.

-ZURD-