Thursday, July 09, 2009

Hai-lah

Dah dok sensorang kat rumah ni, walaupun ada kerja haram yang nak diselesaikan, tiba-tiba macam nak lah pulak bersosial.

Sebenarnya banyak aktiviti komuniti Malaysia kat Glasgow ni, tapi aku aje yang tak boleh nak join. Kadang-kadang tu bukan tak nak, tapi tak boleh. Aktiviti biasanya dibuat hari Sabtu dan Ahad dan sedia maklum, hari tu aku bekerja. Eh? Bukan ke aku kerja hari-hari hehehe.

Tapi itulah, bukan setakat aktiviti-aktiviti biasa, bila komuniti buat BBQ pun aku tak boleh ikut. Kerja. Selalunya keputusan penetapan hari sangatlah ad-hoc dan aku pulak kalau nak bercuti, kenalah mohon tiga ke empat minggu lebih awal. Jadi, selalulah terlepas. Tu yang buat aku tak berapa nak kenal orang, sama ada yang baru ataupun yang dah lama. Lingkaran sahabat aku memang boleh dikira dengan jari aje.

Cik Mimi kata ponteng aje sekali sekala join BBQ. Nak juga. Tapi, memandangkan inilah punca rezeki kat sini, aku tak mampu nak mengikut saranan cik Mimi hahaha. Aku nak barakah dalam belajar hahahaha.

Nampak gaya pengorbanan sosial akan terus dilakukan sehingga habis belajar ...huhuhuhu

Teruskan ber'haram'!

7 comments:

izinni said...

errrr bukan ke sejak dulu pun memang kurang menyosialkan diri?hehehe

sama la kita. tapi next saturday ada jemputan bersosial jugak aku ni. kengkawan sekolah atas bukit nak gather2 pulak. dah dapat green light dari boss besor tapi tengoklah dulu ... heheheh macam malas je .. kekekek

khairyn said...

hehehehe ya betul.. tapi tak de la sampai teruk macam kat sini kakakakakaka

Sungguh, aku jarang sangat jumpa komuniti kat sini. Teruk betul aku nih. Kalau tak pun asyik jumpa rakan seperjuangan jer. Nanti rakan2 seperjuangan balik, tinggallah aku sengsorang ngusung baldi ngan batang mop huwaaaa!!!

sufiyyah zulkifli said...

maka, silalah tambah sosial akak!!!
huhu.

kingbinjai said...

selamat!

kingbinjai said...

selamat!

DeeN said...

Sabo je lah, kak oi. Lepas neh leh ronggeng terus. Hehehe..!

Selamat ber'haram'! ;)

khairyn said...

suffiyah
adeh.. im not a social butterfly gittew kekeke

king
InsyaAllah selamat!

deen
nampak gaya gitula keadaannya. Sosial ngan batang mop lagilah gue.