Tuesday, August 18, 2009

Amaran masa

Malam tadi tidur aku terganggu sekitar jam 1am akibat satu sms yang 'tidak penting' masuk dalam inbox. Sms pasal selsema babi atau H1N1. Terperanjat aku bila hp aku menyanyi-nyanyi sebab aku lupa nak letak dalam silent mode. Pening sat, jantung pun berdegup kencang. Aku ingatkan ada emergency. Emak ke? Tapi, bila aku tengok sms yang masuk bukan sesuatu antara 'hidup dan mati', barulah lega. Tapi, bila bangun beberapa jam kemudian, badan aku penat dan kepala aku sakit.

Bukan sekali sms masuk ketika dinihari dan sms-sms ini semuanya perkara yang remeh-temeh. Yang boleh ditunggu untuk dihantar dalam masa yang sesuai. Mungkin tiga jam lagi? Bersabarlah, jangan gopoh demi memuaskan hati kamu. Berkali-kali aku beritahu, kita dalam satu planet yang sama tetapi benua yang berlainan. Masa aku bangun dan beraktiviti adalah masa kamu tidur dan berehat, begitulah sebaliknya. Kita harus hormat menghormati masa-masa ini dan perbezaan waktu antara siang dan malam. Ya,Allah sendiri mengingatkan betapa pentingnya masa itu pada manusia dalam Surah Al-Asr, tapi hormatilah jua manusia-manusia yang lemah seperti aku.

Bagaimana agaknya kalau aku sms kamu ketika kamu sedang beradu merehatkan minda dan tubuh badan dan rehat itu amat-amat perlu bagi kamu kerana esoknya kamu akan menghadapi tekanan kerja di pejabat? Perlukah aku ingatkan perbezaan masa ini setiap masa? Bukankah masing-masing sudah tahu? Maklumat yang ada dihujung jari anda - bukankah itu tagline sedia maklum untuk talian internet? Gunakanlah.

Walaupun bersahabat, itu bukan tiket untuk mengambil enteng perasaan dan masa orang lain. Sesekali kita harus lupakan kepentingan diri kita demi seorang sahabat. Hargai setiap waktu dan pemberian yang diberikan untuk kita. Jangan anggap sebab bersahabat, kita tidak akan berkecil hati sekiranya masa yang dihabiskan, bersengkang mata, mengeluarkan wang untuk mencari pemberian yang 'sempurna' itu tidak dihargai. Sesekali kita harus letak ke tepi tentang 'aku, aku' dan fikir tentang perasaan 'dia, dia.'

Tapi mengapa ye? Apabila benar-benar terjadi kecemasan, sms yang pertama aku terima, hanyalah pada jam 8.41am, 17-01-09, masa aku sudah dalam bas ke tempat kerja? Kenapa pula tidak dihantar jam 2am atau 3am?

Mungkin kamu tak faham kerana kamu tidak mengalaminya - tak apalah. Kamu tidak merasa tinggal jauh beribu-ribu batu dari keluarga tercinta. Kamu tidak mengalami rasa ingin pulang yang membuak-buak apabila mengetahui salah seorang ahli keluarga kamu yang sangat kamu cintai sedang menghadapi sakratul maut, tapi kamu tidak berdaya hendak pulang. Ia bukan satu perjalanan yang kamu mampu lakukan dengan hanya memulas kunci kereta atau membeli tiket bas.

Namun, aku tetap hargai keprihatinan kamu. Sungguh!

11 comments:

yginsaf4 said...

Me faham - sbb me pernah tinggal jauh behibu hibu batu dari keluarga tercinta.. Salamm cek nat yg jauh dimata ittewww..

akirasuri said...

8.41, 170109 tu; adakah saya?

Huwaaa!! Rasa bersalah.. :|

khairyn said...

salam

enchek me
sekadar sama-sama mengingatkan :)

cik ati
bukan kamu. Mesejmu masuk jam 12:03pm 20/01/09. Tidak bersalah :p

achik said...

sebab ada perbezaan masa, rasanya kalau hal2 remeh, lebih baik guna emel je berbanding sms.. at least akak leh baca bila2 masa senggang kan.. :)

KAMATO said...

sabar, itu cobaan bila di negeri orang, terima sms salah, tak terima pun salah

ona said...

salam,

sabor beb, aku pun selalu anto msg tak tentu masa...sowi beb....

ELLEMILANO7 said...

siapa ler yg x prihatin akan waktu tidurmu itu...baik ler aku yg x pernah mengganggu tidurmu..ada tak? ada tak?
atau barangkali dia x peka ataupun x belajar geografi dahulu...ekekekeke...mcm aku tau jek sms H1N1 tuh sbb aku pun ada terima juga :-p

khairyn said...

achik
sekali dua bolehlah tapi kalau tiap2 kali, terasa letih juga. Alasan yang diberi, sms sekarang sebab nanti takut lupa. Kesian saya yang kena bangun pukul 5am huhuhu

Kamato
hahahaha... ini sebagai teguran aje. Bukan tak mahu terima sms dari sahabat2 tapi kalau remeh sangat, rasanya tidak perlu kot. Jadi bila nak tidur saya akan letak hp dlm silent mode atau off kan aje.

Mona
hahaha mesej kau selalu masuk pukul 5am. Aku dah bangun. Tu tak pe, aku boleh layan. Kalau masuk kul 1am ke 2am ke.. bolayan hahaha

Elly
Huhuhu... so far ko pandai lagi la kira masa hahaha... congrats!
Aku tak marah sebenarnya cuma terkilan tu jer hahahha. Garenti la lepas ni ada orang merajuk ngan aku huhuhuhu

Dura said...

Betul tu Ny..kdg2 sms ni boleh buat kita tension esp kalau time nak melelapkan mata.. tup tup sms yg tak berguna tu masuk .. aduhaiiii :(
Aku tak terkilan tapi geram + marah tu ada lah ..

akirasuri said...

Bos, nanti bagitau bos nak camne.. tunggu kuli cuti minggu depan, nanti kuli pulun.. tp mula sabtu ni bos dh kena bg kuli bermaharajalela kat blog tu.. la ni kuli cuma ada kuasa terhad jek.. hoho..

khairyn said...

Dura,
Kau dengan aku masih lagi 6-7 jam beza kan? Aduh! Tiap kali sms bunyi tengah malam, dalam kepala memang ingat emak aje. Dan aku kalau dah terperanjat bangun, kepala akan pening. Lagilah sebab aku kena bangun jam 5am untuk pergi kerja.

akirasuri
err... worait. Nanti boss bagi permission yek. Tungguuu!
Kali ni boss bagi kebebasan utk kuli buat apa saja. Bila suka bos approve bila tak suka, bos reject. ohkek?