Wednesday, August 26, 2009

Catatan Ramadhan - 1

Masuk aje bulan Ramadhan, kawan-kawan aku kat Tanah Melaya dok pakat ramai-ramai tanya, buka pukul berapa hari ni? Bila aku jawab 8.40pm, mereka akan tanya pulak sahurnya pukul berapa? Lingkungan pukul 4am. Respons seterusnya 'ooo... lamanya!"

Kalau ikut waktu memang sangat lama berbanding kalau berpuasa kat Tanah Melaya tu tapi kami yang kat sini tak terasa pulak letihnya, walaupun berpuasa lingkungan 16 jam sehari. Inilah masa untuk muhasabah diri dan reflect balik indahnya alam ciptaan Allah. Sangat sempurna dan sangat adil untuk hamba-hambaNya.

Ramadhan kali ini buat kami di hemisfera utara jatuhnya di penghujung musim panas. Walaupun masa berpuasa tu agak panjang, tapi cuaca kat sini agak dingin dan masih selesa berpuasa tanpa rasa letih yang teramat sangat. Untungnya untuk mereka yang tinggal di hemisfera Selatan seperti di New Zealand dan Australia, puasa kali ini jatuh di musim sejuk hampir masuk ke musim bunga maka untuk mereka, masa berpuasa agak singkat. Untuk yang tinggal berdekatan dengan equator atau garisan Khatulistiwa yang masa malam dan siangnya sama panjang, tiada pertukaran masa yang melampau sepanjang tahun. Adilkan Allah?

Ramadhan dalam musim-musim yang bergilir.

Dalam beberapa tahun lagi, Ramadhan akan disambut pada kemuncak musim panas. Maghrib mungkin sekitar 10pm dan subuh sekitar 2am. 20 jam berpuasa. Rasanya masa tu lagi mencabar. Dan aku pun tak tahu kat mana aku waktu tu. Entah-entah di benua lain pula. InsyaAllah... aku mohon yang terbaik saja.

Iftar

Sumsa - Iftar 2008
Mungkin ada yang tak sependapat dengan aku tapi inilah yang aku rasa. Aku lebih suka ber-iftar di perantauan ini. Memang tak sama dengan berbuka dengan keluarga tapi bila di sini, mereka yang di sinilah keluarga aku. Sama-sama berkasih dan sayang. Sama-sama rindu juga.

Berbuka puasa di bulan ramadhan di perantaun terasa sangat manisnya. Semanis rutab yang dihidangkan bersama-sama kuah bijan. Isnin hingga Jumaat, aku akan cuba sedaya upaya untuk berbuka di SUMSA.

Alhamdulillah, tahun ini SUMSA masih berupaya untuk membuat jamuan iftar lima hari seminggu hasil dari wang sedeqah muslimin dan muslimat sekitar Glasgow. Ada juga komuniti Islam yang menderma makanan untuk iftar, macam malam tadi. Komuniti dari Libya membuka tirai bersedeqah, memberi makan musafir-musafir yang datang ke sini untuk menuntut Ilmu. Alhamdulillah dan semoga mereka mendapat imbuhan berlipat ganda dari Allah atas rezeki yang dikongsi bersama.

Selepas mengalas perut dengan rutab dan menikmati segelas air susu, solat maghrib secara berjemaah dilakukan. Selesai bersolat baru sambung makan balik. Jamuan biasanya nasi briyani dengan kari ayam. Bila ada sedeqah, merasalah kami, pasta bakar, kus kus daging kambing dan makanan Arab atau Greek yang paling aku suka - stuffed grape leaves with meat and rice. Beraneka kuih atau roti manis hidangan terakhir sebagai pencuci mulut.

Sambil duduk, sambil berbual. Ada yang datang dari Perancis, Libya, Iraq dan Turki, juga kami dari Malaysia. Ada masanya bersembang dalam bahasa Inggeris, ada kalanya menggunakan bahasa isyarat saja. Macam ayam dengan itik, tapi tetap meriah. Duduk ramai-ramai mengelilingi saprah kertas putih.

Kalau tak cukup pinggan, kita kongsi saja, makan berdua. Kalau tak cukup cawan, bergilir-gilir minum. Walaupun kadang-kadang makanan terpaksa dicatu, tapi tetap mencukupi. Malah, kadang-kadang ada lebih pula dan boleh dibawa balik untuk santapan sahur sebagai persediaan berpuasa keesokan harinya.

Seronok kan?

Embrace life and live life to the fullest. Cintailah kehidupan yang Allah anugerahkan dengan mengucapkan syukur atas setiap nikmat yang diberikan.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah!

16 comments:

arapink said...

Mungkin sbb faktor cuaca mempengaruhi penat atau tidak...

Tapi dimana2pun sama je, wpun tempat akak lebih jamnya...

Nikmat puasa tu lebih kita nikmati...

Allah sangat Adil :-)

Mimiamilia said...

eh..makcik tu..
makcik tetap sumsa ketika posa..

KAMATO said...

Di akui memang seronok sesekali berpuasa di luar negara terutama negara2 yg memang ramai komuniti muslim. Saya pernah merasa berpuasa di UK dan German, memang seronok, keakraban muslim komuniti memang kuat. Di Japan saya pernah juga rasa berpuasa di situ, sedih susah cari oarng islam kat kawasan saya duduk, terpaksa berbuka sorang2 dan terawih sorang2

khairyn said...

salam

arapink
betul tu, faktor cuaca memang banyak main peranan untuk insan-insan yang tak kuat iman macam kita ni hehehehe
Alhamdulillah, sama-sama kita hayati Ramadhan.

Osmet
itu gambar iftar tahun lepas daaa...
Hari ni ada NTI gath. Kot boleh curi2 ambik gambar saudara baru ke huhuhu

Kamato
Kadang terasa juga bila bulan Ramadhan nilah nampak keakraban komuniti muslim tapi bila bulan2 yang lain kita macam tak nak bercampur pula. Peringatan untuk diri sendiri.
Sekarang ni pun terawih sorang diri juga sebab tak berani nak tunggu bas lewat malam. Ironisnya walaupun sayu buat terawih sorang2, masih terasa seronok.

e.i.s.r.a.a said...

salam ramadhan
aduhaiii... teringat pulak kat bumi unta... di sana kami panggil maidah ar rahmaan.

dyia said...

pembetulan: kami di NZ/OZ di hujung winter beralih ke spring

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kalau ikut mimi balik aritu kan boleh berbuka awal skit..tgk cik mimi tu skit punya hepi dapat balik berpuasa ngan family..hehehe..kalau tidak dah boleh pi beli ayaq tebu & kuih keria :-D

khairyn said...

eisraa
:) sangat best kan?

dyia
Ya, terima kasih atas pembetulan. Saya salah kira hehehe.. Kami nak masuk winter, awak nak masuk summer. Tahun depan semakin pendek la ye. Spring sangat cantik, saya suka :)

Elly
Aku tak tau nak explain macamana. Berbuka dengan family memang best sebab mereka family kita tapi bila berbuka ramai-ramai dan rasa makanan lain-lain ni, penghayatannya berbeza.
Tak pa umur panjang, masih boleh lagi berpuasa ngan family and minum ayaq tebu makan kuih keria hahaha

akirasuri said...

Berbuka jauh dr keluarga ajar macam-macam.. Lepas tu boleh diet sikit.. Haha! Tapi kalau dengan keluarga, mewah dengan makanan sampai bulan puasa jadi bulan gemukkan badan.. hahak!

khairyn said...

Betul tu ati. Belajar macam-macam. Dapat pula kawan-kawan yang sama-sama ting tong.. jadi bertambah meriah.
Diet? huhuhu.. dietku terbang melayang melalui tingkap hehehe

rezeki said...

Salam Khairyn,
alhamdulillah, itulah nikmat Allah kpd hambanya , walau dimana kita berada.
Alhamdulillah

cikgu mas said...

salam Khairyn

CM nk tanya u ni org melaka ker?

khairyn said...

Salam rezeki
Alhamdulillah. Bahagian masing-masing. :)

Cikgu Mas
Salam
Orang Semenanjung hahaha.. tapi sekarang ni memang mak dah bermastautin di Melaka - Ayer Keroh. Jemputla datang beraya hihihi

yginsaf4 said...

sonok bbuka dgn mak arab kannns.. teringat zaman soklah kat us dulu dulu.. ehehe, salamm akak khairyn ittewww

Nina Suria said...

salam ramadan nissa, dah lama kakmOn tak singgah sini, byk cerita menarik :)

paling suka bila baca bab menu iftar tu, terkecur gak dibuatnya :p

khairyn said...

enchek me
Ish ish ish.. Enchek Me buka puasa dengan mak arab mana ni? huhuhu
Ye rasa seronok ber-iftaar ramai-ramai

Kak Mon
Ye saya pun dah lama tak ke rumah kak Mon.
Huhuhu.. makanan memang sedap! :)