suhu naik
- Witnessing
- Indigenous church planting
- Networking partnerships
- Discipling leaders
- Orphanage and medical ministry
- Waterwell projects
Posted by khairyn at Monday, January 11, 2010
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
7 comments:
Wah..misi Window 10/40 sangat menarik..
tetiba teringat misi 'kekhalifahan' Kita.
method yang berbeza..mungkin kita kena belajar jugak?
huuuu
khalifah yang 4 tu memang tak menzalimi...tapi ada kelemahan depa yang dipergunakan oleh orang terdekat depa...tapi khalifah dalam dinasti2 lepas tu ko kena tengok sejarah yang ditulis oleh mereka yang kalah yang cuba dipadamkan oleh yang menang...ada yang sesama islam pun dizalimi sebab dendam turun temurun...
btw aku penah gak tengok dokumentari pasal timbuktu tu...bbc punya kah? dasat kan timbunan buku yang disembunyikan dalam tanah tu
Salam
Mimi
ya kena belajar lagi dan lagi. Depa ni memang ler licik
akuatik
ya ya.. tapi tahap kekejaman mereka tu macamana ek? Hari tu tengok citer apa ntah tak ingat, but depa citer pasal the Crusade. Macamana depa really slaughtered orang awam, perempuan dan kanak2 Muslim and they take pride gelak2 suka2 hati. Politik Arab ni memang gila. Aku baca Muqadimah tu aku sakit hati huhu.
Yep berpeti-peti depa sembunyikan manuskrip. Aku terfikir Melayu zaman dulu tak de sembunyikan manuskrip lama ka? Sebb apa yg aku tahu, portugis bawa lari satu kapal manuskrip melayu tapi kapal tenggelam dekat Goa. Semua manuskrip Melayu yg dibawa lari x survive huhuhu
salam khairyn
panjang n3 hari ni , mungkin krn suhu dh naik atas tahap beku kot ngeh ngeh ngeh
apa2 pun saya mmg minat tgk documentari dan jarang miss kat discovery channel astro , banyak ilmu dan pengetahuan drinya
tentang sikap umat islam yg malas nak fikir apabila sesuatu berkaitan agama kita diperkotak-katikkan, saya pun tak tahu mengapa mrk bersikap sedemikian
mungkin jiwa mrk "beransur-ansur mati"
sebenarnya dalam perang pun takleh kita rosakkan rumah ibadat orang lain... orang yang berlindung dalam tu pun tak leh kita bunuh...
Terima kaseh kak. Kalo kak tak kasi info neh, mmg dok fikir Timbuktu tuh tmpt pedalaman yg takde apa2.
Masalahnya umat Islam skang neh, tiadanya kerjasama. Asyik nak berpuak2. Macamana nak mengekang kemaraan puak2 bukan Islam yg menikam depan belakang. Hmm..!
Rezeki
huhuhu.. agaknya la. Memang dah mula hangat balik :)
Saya pun minat sangat2 dengan dokumentari. Kat sini hampir setiap Channel ada slot dokumentari dan kalau ter-miss boleh tengok balik kat Internet hehehe
Saya harap jiwa saya tak 'mati'. XD
Pa'chik
betul tu. Dalam perang pun ada disiplin
Nur@Deen
Huhuhu... dulu ingat ceruk manalah Timbuktu ni. Tapi memang mat salleh ni licik, mana2 yg dia rasakan akan menggugat, depa akan propaganda memburuk2kan musuh depa.
Betul betul... suka berpuak2 :)
Post a Comment